::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Monday, August 01, 2016

60 Hari Mencari Cinta

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Ye, aku tahu. Lama tak menjengah. Banyak cerita yang aku ingin kongsi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dia bagi aku peluang untuk buat semua impian aku daripada kecik.

Terima kasih Ya Allah.

Cabaran 60 hari mencari cinta. Sebab apa? 60 hari lagi aku bakal meninggalkan Pulatibang 1. Bakal tinggalkan kau. Jadi, coretan ini adalah coretan aku dan dia.

Day 1, Seiring dan sejalan.

Sumpah. Aku adalah manusia yang paling pemalu. Tambah tambah dengan lelaki. Aku boleh jadi manusia paling gila gila dengan kawan baik aku. Tapi boleh berubah sekelip mata kalau tiba tiba strangers muncul. Alkisahnya. Aku dengan dua orang wanita kena detail karoeke. Paling jahanam bila dpt lagu siti lepastu dpt lagu duet. Aku mana lah pernah nak karok dengan lelaki. 😥.

Tapi, aku layan je. Muncul lagi seiring sejalan by Nurul dengan Ajai. Tahu tak. Aku berduet dengan dia. Coincidently. Harem betul. Aku tak tau la aku feeling gila menyanyi lagu tu. Sampai saat ni, aku takleh berhenti dari tersenyum.

Kanda, tolong dinda.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...