::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, September 18, 2016

12 Hari Mencari Cinta

12 days to go.

Aku tak berganjak lagi. Tapi dah sedih. Belum lagi tinggalkan kau. Tapi dah rindu. Rasa macam nak dekat dengan kau 24/7, jauh sikit dah rasa sayu. Tapi. Tengok kau pon dah tak boleh. Rasa sedih.

Semoga perasaan ini di jaga. Entah. Siapa tahu. Semoga satu hari. Perasaan ni akan jadi yang halal.

Semoga satu hari nanti, kau lah orang yang akan aku pandang saat ketika aku bangun tidur.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, August 10, 2016

50 Hari Mencari Cinta

Terkadang yang kau lihat dekat itu jauh. Yang kau rasa benci itu sayang. Yang kau nafikan itulah kemahuan.

Masa seolah pantas berlalu. Aku harap saat kau dan aku. Kita bersama. Waktu berhenti berdetik. Biar aku lihat kau puas puas. Biar aku cerita apa yang aku rasa. Biarkan setiap masa begitu. Aku takkan jemu. Takkan pernah jemu selagi kau ada.

Cuma satu, sedarilah. Aku masih di sini. Masih setia di sudut yang sama. Semoga satu hari, kau akan berpaling. Dan lihat. Aku wujud. Cukup bagi aku.

Terima kasih cinta.

 * TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, August 04, 2016

57 Hari Mencari Cinta

Belajar untuk kenal. Ada masa tak semua yang kita nak kita dapat.

Usaha dan tawakal. InsyaAllah, kejayaan akan hadir.

Sebab aku percaya, Jodoh itu pasti bertemu.  😊

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, August 03, 2016

Mr Perfect

Yang kau lihat sempurna, tak semestinya tiada cacat cela.

Bukan. Bukan itu maksudnya.

Sempurna itu sebab,
Aku sedih, dan kaulah kegembiraan.
Aku lapar, dan kaulah kekenyangan.
Aku kekurangan, dan kaulah kelebiha.
Aku hodoh, dan kau mr perfect.

😅

Yang part last tu melawak.

Jangan jatuh hanya kerana sifat sempurna dia. Sebab dia juga manusia, ada cacat cela. Yang kau lihat indah, tak semestinya. Ada yang hanya berpura. Menunjukkan yang indah, sedang di dalam terselit seribu rahsia.

Ya, aku terima. Terima walaupun aku tengah letih, dan kau buat tak tahu.

Takpe, aku kumpul dulu. Tunggu masa bom meletup eh. 😂

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

58 Hari Mencari Cinta

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, August 02, 2016

59 Hari Mencari Cinta.

Tengah best layan lagu sambil mop lantai, lepastu eh awak datang.

Sumpah. Nasib baik tak terlepas mop tu. Biasa tengok awak dengan flying suit. Bila nampak pakai baju no 3, nampak lain. Nasib baik jantung tak terkeluar.

Lepastu terus lari keluar. Takboleh nk pandang awak lama lama. Nt jatuh sakit. Sakit apa. Sakit jiwa. 😂

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, August 01, 2016

60 Hari Mencari Cinta

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Ye, aku tahu. Lama tak menjengah. Banyak cerita yang aku ingin kongsi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dia bagi aku peluang untuk buat semua impian aku daripada kecik.

Terima kasih Ya Allah.

Cabaran 60 hari mencari cinta. Sebab apa? 60 hari lagi aku bakal meninggalkan Pulatibang 1. Bakal tinggalkan kau. Jadi, coretan ini adalah coretan aku dan dia.

Day 1, Seiring dan sejalan.

Sumpah. Aku adalah manusia yang paling pemalu. Tambah tambah dengan lelaki. Aku boleh jadi manusia paling gila gila dengan kawan baik aku. Tapi boleh berubah sekelip mata kalau tiba tiba strangers muncul. Alkisahnya. Aku dengan dua orang wanita kena detail karoeke. Paling jahanam bila dpt lagu siti lepastu dpt lagu duet. Aku mana lah pernah nak karok dengan lelaki. 😥.

Tapi, aku layan je. Muncul lagi seiring sejalan by Nurul dengan Ajai. Tahu tak. Aku berduet dengan dia. Coincidently. Harem betul. Aku tak tau la aku feeling gila menyanyi lagu tu. Sampai saat ni, aku takleh berhenti dari tersenyum.

Kanda, tolong dinda.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...