::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Monday, May 26, 2014

Aku Hanya Mampu Merancang

سم الله الرحمن الرحيم
                                               The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Aku anak yang tak sempurna, tapi aku mahu sempurnakan mereka.
Aku anak yang kurang iman, tapi aku mahu mereka bersama aku di syurga nanti, kelak.
Aku ingin pegang erat tangan mereka, InsyaAllah, setelah aku menggapai kejayaan.


Aku atur.
Dan mengatur.
Dan mengatur.
Mengatur lagi.
Satu ketika. Aku lupa.
Aku hanya mampu merancang.
Mampu merancang apa yang akan berlaku esok.
Hari selepas esok.
Dan kemudiannya.
Tanpa aku sedari. 
Aku hanya manusia. Hanya mampu merancang.
Satu ketika.
Aku terduduk.
Apa yang aku rancangkan.
Hancur berkecai.
Aku rencanakan hari yang indah bersama ayah.
Kemudian, Dia mengambil ayah.
Susah. 
Sebab aku terbiasa bersama.
Tapi, akhirnya aku redha. 
Arwah seorang yang baik. Mungkin Dia lebih menyayanginya. Aku cuma mampu kirimkan doa. Bacakan Yassin. Sungguh, sepanjang hampir dua tahun, tak pernah walau sesaat ayah lenyap dalam ingatan. InsyaAllah, akan kekal selamanya dalam ingatan. Damailah di sana, insyaAllah, akan ku kerah segala yang aku ada semoga kesayangan ayah akan sentiasa bahagia.
Kemudian, aku rencanakan detik manis bersama mok.
Kemudian, aku di uji. 
Sekali lagi.
Mok turut pergi. 
Terasa ingin rebah.
Sungguh aku tak kuat.
Tapi aku terpaksa redha.
"Takkan berlaku sesuatu melainkan dengan keizinanNya. Mungkin ini yang terbaik"

Dua insan yang aku sayang. Pergi.

Bagaimana kalau hari esok giliran aku?

Maafkan aku, atas segala kekhilafan aku. Maafkan aku andai aku terlajak kata. Maafkan aku atas segalanya. Sesungguhnya, aku hanya insan biasa, yang takkan pernah jauh daripada kekhilafan.





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...