::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Monday, May 27, 2013

Setelah Sekian Lama.

سم الله الرحمن الرحيم
  The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Cinta, apa khabar kamu di sana? 

Sudah setahun lebih.
Namun, engkau tetap hidup dalam hati.
Tetap menjadi pujaan hati. Tetap menjadi peneman setia.
Kenangan, memori, sentiasa ada. 
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari,
Kotak ingatanku akan senantiasa memainkan memori itu.
Mana mungkin lupa padamu.
Kekasih hati yang sentiasa ada.
Melukis senyuman, menceriakan hati,
Kekasih hati yang telah pergi,
Peneman pada setiap game bola, 
Hiruk pikuk kita bersama.


Argh, Maafkan aku. 
Tak mampu untuk kuat tanpamu.
AKu rindu, rindu dengan nasihatmu tika aku tersilap.
Aku rindu, pelukmu ketika aku bersedih,
AKu rindu, usikanmu.
AKu rindu.
Rindu pada kekasih yang telah pergi.
Pergi menghadap Penciptanya.

Selagi aku masih bernyawa, kau akan kekal. Kekal menjadi kekasihku. Yang akan sentiasa hidup dalam hati walau jasadmu tiada di sini. 








* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...