::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, January 17, 2013

Salam Rindu

سم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Hari semakin pantas berlalu. Ya, aku pinta jua begitu. Sem ni tidak seperti sem sem sebelum. Perasaan ingin berhenti belajar membuak-buak. Aku teruskan hanya kerana ma. Hanya kerana abah. Semoga semua berjalan lancar. Semoga aku mampu bertahan. Untuk mereka.

Sudah enam belas hari. Enam belas hari tanpa dia, sahabat, musuh ketat, kakak, kaunselor dan dia. Adik aku. Rindu setengah mati. Terkadang. Aku cuba untuk mengimbau. Mungkin salah aku yang menjarakkan kami. Tapi. Lumrah hidup. Seringkali tersilap. Seringkali terjatuh. Maafkan aku atas khilafku.

Sungguh. Melihat rumah. Aku menangis. Menangis sebab rindu. Kau di sana, aku di sini. Siapa yang nak menjadi teman aku? Teman untuk aku menangis. Teman untuk aku bergaduh. Teman untuk aku menyakat. Ya. Kita harus berpisah. Kita bukan seperti budak kecil lagi. Berada di bawah ketiak ma dan abah. Ya, cuma aku yang masih kekal di sini. Masih kekal menanti kepulangan perantau bersama ma dan abah. Tahukah kau rindu ini?

Tidak aku sangka adik aku yang kasar, yang macam lelaki, akan menjadi jururawat.

Semoga kau terus berjaya.

Salam Rindu dari kakak yang garang tapi comel.








* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, January 01, 2013

Harapan.


سم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Bermula detik baru pada tahun baru. Cuba mengimbau kembali. Kenangan yang ada pada tahun 2012. Aku tersenyum sambil memikirkan tingkah laku aku sendiri. Alhamdulillah. Tiada lagi tangisan ma dan abah kerana aku. Cukuplah senyuman mereka untuk menceriakan hari aku. Cukuplah mereka, SADISZINE sebagai penyeri hidup aku. Mereka, harta yang tak akan dapat di tukar ganti. Tak akan pernah daat di ganti.

Sedang asyik aku mengimbau kenangan lalu. Tiba tiba fikiran aku terhenti. Wajah arwah ayah melintas di fikiran. Tuhan sahaja yang mengerti. Sebak, sedih. Sedih, sebab aku tak sempat menunaikan janji aku terhadap arwah. Hampir 6 bulan arwah pergi, tapi terasa seperti semalam aku bergurau bersama arwah, menonton bola bersama, berbual bersama. Dan terasa baru arwah duduk di sebelah ketika aku menghantar dia ke hospital. Sedih. Sebab terbiasa bersama. Sedih, sebab dia pujaan hati.

Tapi, mungkin Penciptaku lebih menyayanginya. Aku redha. Arwah seorang yang baik, wajah arwah bercahaya bila usai di mandikan. Semoga arwah tenang di sana. Semoga arwah di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Al-Fatihah buat arwah Ibrahim Bin Husin.

Alhamdulillah. Things are getting better and better. Setiap apa yang berlaku, aku cuba untuk percaya. Ada hikmahnya. Allah S.W.T tahu, sedangkan kita taktahu. 

Harapan semoga 2013 tiada lagi kehilangan. Tiada lagi airmata. Izinkan aku menggapai bintang, agar mereka bisa menutup mata dengan tenang. Semoga aku mampu untuk menjadi insan yang mereka idamkan. Ya, Inspektor Elliana. In Syaa Allah.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...