::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, September 04, 2012

KepadaNya kita kembali.


Assalamualaikum w.b.t.

Van jenazah melalui jalan itu. Aku hanya mampu melihat. Tanpa ku sedari, airmata mengalir. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya ibu arwah. Ma cakap, ayah arwah pengsan usai mengucup dahi arwah. Aku pasti akan perasaan itu. Perasaan yang sama aku rasa ketika arwah atuk pergi. Pergi menghadap Penciptanya. Walaupun dah hampir empat bulan arwah atuk pergi, terasa seperti semalam dia melambai kepada aku. Menyapa aku seperti kebiasaannya. Ya, aku redha. Redha akan ketentuan Pencipta aku. Aku yakin. Di sebalik semua ini ada hikmah.

Sehari sebelum,

Aku ke hospital. Arwah di tempatkan di tempat yang sama. Tempat yang suatu ketika arwah atuk bertarung nyawa di tempat itu. Sebak hati. Airmata itu ku tahan. Tak sanggup untuk kelihatan lemah di hadapan nenek tercinta. Aku dah berjanji. Aku harus kuat. Perlahan lahan aku berjalan. Menuju ke tempat arwah. Nenek aku cakap dah takde harapan. Pandangan ku alihkan ke arah ibu arwah. Arwah kemalangan. Arwah dengan motor. Kereta Avanza melanggar motor arwah. Entah, aku pun tidak mengerti tentang bagaimana arwah boleh mendapat kemalangan. Keadaan arwah memang teruk. Arwah bernafas pun dengan bantuan pernafasan yang di sediakan oleh pihak hospital. Bila ibu arwah dapat tahu anaknya kemalangan, ibu arwah pengsan.

Ibu, mereka yang melahirkan anak. Di saat kehilangan anak yang sembilan bulan mereka kandungkan, sudah pastinya dunia mereka gelap. Pinta aku, biarlah ma dan abah pergi dulu sebelum aku. Aku tahu betapa sedih, betapa tersiksa kehilangan orang yang di sayangi. Tak sanggup melihat ma dan abah meratapi jenazah aku. Biarlah. Biarlah aku yang merasainya. Sudah banyak kesukaran, kesusahan, keperitan yang ma dan abah kena lalui untuk membesarkan aku. Lagipun, aku bukan anak yang baik. Maafkan kak ngah ma, maafkan kak ngah abah.

Usai menunaikan solat Maghrib, aku dan nenek meminta diri. Nenek pun kurang sihat.

Keesokan hari,

Lebih kurang pukul 8, abah menghubungi adik aku. Memaklumkan bahawa arwah sudah tiada lagi.
Kita hanya mampu merancang tapi dia yang menentukan. Hajat di hati untuk menyambut hari lahir bersama arwah atuk memandangkan hari lahir kami hanya selang sehari tidak kesampaian. Sedih bila mengenangkan aku hanya tahu pada saat-saat akhir. Sedih bila mengenangkan aku bukan cucu yang baik.

Buat mereka yang masih ada insan kesayangan, hargailah mereka. Kita takkan pernah tahu sampai bila kita akan bersama mereka. Sampai bila hilai tawa mereka akan menemani kita. Jangan menyesal hanya setelah mereka meninggalkan kita .

 AL_FATIHAH BUAT ARWAH ATUK, IBRAHIM BIN HUSIN DAN ARWAH DUA PUPU, ANIP. SEMOGA ROH MEREKA TENANG DI SANA, DAN SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA KEKHILAFAN MEREKA DI DUNIA SAMADA SECARA SENGAJA ATAUPUN TIDAK SENGAJA. AMIN. 




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...