::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, July 19, 2012

Rindu Setengah Mati.

Assalamualaikum w.b.t.


Tinggal sehari lagi sebelum tiba nya Ramadhan. Bulan yang mulia. Sedih bila mengingatkan dia tiada lagi. Tiada lagi di sisi. Tak akan dapat mencium tangan tua nya tahun ni. Tiada lagi kedengaran orang yang akan menyapa aku dengan riang. Tiada lagi usikan dia.


Susah untuk membiasakan diri bila kita tak biasa. Aku cuba untuk kuat. Cuba untuk tak nampak sedih. Aku tahu aku harus kuat. 


Tapi, akhirnya. Aku tersandar jugak. 


Ayah, maafkan kak ngah. Sebab tak dapat tunaikan janji kak ngah. Maafkan diri ni. Yang tak mampu menunaikan janji untuk membahagiakan kamu.


Rindu setengah mati.


Semoga ayah tenang di sana. Insyallah selagi hayat di kandung badan, akan ku cuba segala upaya. Untuk menjaga mereka.







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

1 comment:

  1. sabar ek "mak" setiap perkara yg berlaku ada hikmah ner... hehehehe.. cntk x ayat kte.. rindu kak yana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...