::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, June 26, 2012

"Aku Malu.. Maafkanlah.."

A : "Aku malulah nak rapat balik dengan dia."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
B : "Pergilah minta maaf.."
A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;
"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan." 
 [ HR Bukhari ]
Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.
Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf' itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.
"kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa.  Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.

Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.
Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika..
Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.
Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.
cuba kita ubah dialog di atas tadi..
A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
B : "Yups.. yakinlah.."
"Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^
"Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"
Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini;
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53] 
Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita, semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa syirik tidak akan diampunkan.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (MempersekutukanNya dengan sesuatu), dan Dia mengampunkan semua dosa yang lain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [4:48] 
Subhanallah. Maha Suci Allah atas segala-galanya. Lihatlah bagaimana agungnya rahmat Allah SWT. Allah membuka pintu pengampunan-Nya dengan seluas-luasnya buat kita semua. Allah tidak akan sama seperti makhlukNya. Allah tidak memilih-milih dalam memaafkan kesalahan kita. Selagi tidak syirik, Allah pasti akan memaafkan semua kesalahan kita. Tidak seperti segelintir manusia, ada yang suka memaafkan dan ada juga yang sukar memaafkan. Maka siapakah orang-orang yang selalu 'meminta maaf' pada Allah? Semoga diri kita sendiri adalah orangnya.
Diulangi, malulah terhadap Allah atas segala dosa yang kita lakukan, tetapi jangan ragu-ragu untuk memohon maaf kepada Allah yang pasti memaafkan. Yakinlah dengan pengampunanNya. Yakinlah.. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW;
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu."
[Jami' Al-Tirmizi]
Atas kesedaran ini, marilah kita ringan-ringankan bibir untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah 'Azza Wa Jalla. Tidak susah. Mudah saja.. Apabila mulut kita merayu dengan menyebut "Astaghfirullah", pastikan hati kita merintih dengan menyebut " Ampunkanlah diriku Ya Allah".

Ampunkanlah, Ya Allah
Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha.
وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
"Dan beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih." [11:90] 
Allah pujuk lagi..
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik.  Dan jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." [11:3] 
Dari 'Abdullah bin 'Amr ibnul 'Ash radhiallahu 'anhuma, dia mengatakan:
"Abu Bakr radhiallahu 'anhu pernah berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, ajarilah aku sebuah do'a yang boleh kupanjatkan dalam shalatku." Nabi menjawab, "Katakanlah,
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.[HR Bukhari] 
Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, June 23, 2012

Warkah Seorang Yang Mahu Berubah

Nama saya E (bukan nama sebenar). Saya ini gadis biasa yang dapat belaian kasih sayang daripada kedua ibu bapa saya. Saya ada ramai kawan-kawan dan saya happy dengan hidup saya. Alhamdulillah. Walaupun saya bukan berasal daripada keluarga yang kaya, yang boleh dapat segala-galanya, tapi, cukup untuk saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya.
Hmm, saya memang pakai tudung, dan, Alhamdulillah, apa yang wajib saya tunaikan. Tapi kadang-kadang itu, err... ada jugalah saya tergelincir. Saya tak terbangun untuk mengerjakan solat Subuh dan sebagainya.
Kadang-kadang, kalau setakat nak keluar pergi kedai beli santan, saya sarung sahaja T-shirtberlengan pendek. Nak senanglah kononnya. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan untuk menonton wayang ke, baju kenalah fashionable, kan? Dalam kata lain, ketat dan jarang. Kadang-kadang saya pandang sebelah mata sahaja. Apalah sangat, kan? Waktu itu, saya fikir yang penting saya tak buka tudung.
Saya nak buat satu pengakuan. Saya pernah bercouple. Saya pernah ada boyfriend. Memang saya hanyut bercinta. Hanyut melayan perasaan. Saya memang sayang boyfriend saya itu. Sangat sayang.
Kalau dia tak text saya, saya sedih. kalau dia tak call, saya mula rindu. Teringat akan dia. Tulis status jiwang di Facebook, Twitter.
Kalau boleh, saya nak dia tahu yang dia amat bermakna buat saya. Bagi saya, saya nak jadi yang terbaik untuk dia. Pelbagai usaha saya lakukan untuk memastikan yang saya dapat jadi terbaik untuk dia. Saya tak nak orang lain jadi lebih baik daripada saya.
Memang pada mulanya, hubungan kami sangat "membahagiakan"'. Janji itu, janji ini. Janji untuk sehidup semati, janji untuk sama-sama hidup susah dan senang. Biasalah. Remaja.IDEALISTIC.

Pada hari lahir si dia, kalau boleh memang saya nak buat yang terbaik untuknya. Sanggup berhabis duit untuk buat surprise party buat si dia. Nama pun perempuan, kan? Memang kalau dah sayang orang, sayang sepenuh hati. Tambahan pula, saya memang susah nak sayang orang. Tapi kalau sekali saya sayang, saya memang sayang betul-betul. Betul apa yang orang kata, "Don't love too much, don't hope too much, because that too much will hurt you so much."
Setiap kali dia buat salah, cepat sahaja saya maafkan. Maklumlah, dah terlalu sayang. Memanglah sampai macam tu. Sampai semua kesalahan si dia saya pejam mata and saya fikir, biasalah, semua manusia buat kesalahan.
Masa sedang "bahagia" bercinta, ada jugalah kadangkala saya dengar orang cakap, couple itu haram. Ya! Saya faham apa itu haram. Saya faham apa hukumnya kalau kita buat juga. Tapi sebab sayang, saya pujuk diri saya, "Bukan kami buat benda bukan-bukan pun."
Saya juga pernah menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan topik pada waktu itu ialah "Cinta".  Apabila saya tahu pasal topik itu, mulalah saya excited! Tapi alih-alih, Imam Muda Asyraf kata couple itu haram. Again, saya ambil mudah perkara itu, sebab, sekali lagi, saya fikir, "Bukan kami buat apa-apa pun."
Saya tengok orang lain pun bercouple juga. Ramai lagi kawan-kawan saya yang bercouple. Oleh sebab itu, saya buat tak kisah. Adalah juga saya terbaca di Facebook yang cakap bercouple itu haram. Hmm, memang saya baca. Saya faham.
Sebelum ini, saya dah didedahkan dengan macam-macam statement yang mengatakan coupleitu haram. Tapi, biasalah, orang yang tengah syok bercinta, saya sanggup utamakan cinta saya untuk si dia daripada cinta saya untuk Dia.
Setiap kali saya text buah hati saya itu, confirm saya tunggu depan telefon. Angau! Credit habis banyak-banyak pun saya tak kisah. Yang penting saya dapat text dia. Yang penting, saya dapat dengar suara dia. Sweet ke? Bila saya cakap, "I love you," dan ada orang balas, "I love you more, baby." Ooh, memang! Ketika itu, bila dapat text seperti itu, senyum lebar sampai rasa nak menari-nari, lompat-lompat atas katil! SYOK HABIS! Memanglah. Cinta boleh membahagiakan tetapi, pada masa yang sama, cinta boleh membawa keburukan kalau kita tak jaga dengan betul.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia cakap dia nak break upThere you go! Sayang sangat, janji sangat itu ini, berkorban macam-macam. Akhirnya?! Hah! Memang masa itu padan muka saya. Dia cakap dia nak freedom, dia tak bersedia untuk ada commitment. Dan saya pun tak pastilah kalau dia ada agenda lain.

Pada mulanya, saya agak tabah untuk menerima hakikat yang kami dah tak ada apa-apa. Tapi lama-kelamaan, saya rasa kehilangan. Sampai demam-demam masa itu. Penangan terhebat! Kalau saya duduk bersendirian, mesti saya akan menangis. Kadangkala, tiba-tiba teringat kenangan yang kami pernah ada dulu – memang menangislah!
Saya tak boleh dengar lagu-lagu yang pernah kami dedicate to each other dulu ... sewaktu zaman romantis bagai nak rak! Saya cuba jadi kuat, tapi saya tahu, saya sedar. semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya terjumpa ayat ni,
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Saya percaya ini adalah 'turning point' buat saya. Saya rasa Allah nak saya cari Dia balik selepas dah lama saya abaikan dia. Selepas semua benda yang terjadi, saya lalai. Saya lupa Dia. Waktu itu, memang saya rasa saya bodoh sangat. Bodoh kerana hanyut dengan cinta yang tak kekal. Sedangkan orang lain berlumba-lumba untuk mengejar cinta Allah. Tapi saya? Hanyut. Hanyut dengan keseronokan dunia. Keseronokan yang sementara.
Saya rasa bersalah. Bersalah dengan Allah. Bersalah dengan ibu bapa saya. Wang yang ibu bapa saya beri, saya bazirkan untuk top up kredit telefon, beli hadiah teman lelaki saya. Daripada situ, saya mula mencari cinta DIA. Cinta yang hakiki.

Langkah pertama saya, saya penuhkan hari-hari saya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Saya mula sedar yang selama ini masa saya banyak dihabiskan untuk si dia. Kadang-kadang, saya sanggup korbankan masa tidur saya semata-mata untuk si dia.
Sememangnya pada masa itu, nafsu saya berjaya menjajah akal saya untuk bersikap kurang realistik dan jauh daripada kewarasan yang sepatutnya.  Tapi, saya bersyukur. Setidak-tidaknya, pengalaman itu mengajar saya erti cinta sebenar.
Kemudian, saya ambil langkah seterusnya dengan menyertai usrah di tempat saya belajar. Itu adalah pengalaman pertama saya menyertai usrah. Pada mulanya, saya agak takut. Saya tak tahu macam mana suasana suatu usrah itu. Saya tak tahu, dan selama ni, saya tak pernah nak ambil tahu.
Saya juga mula belajar baca buku agama. Rupa-rupanya, banyak lagi benda yang saya tak tahu. Banyak lagi benda yang saya ambil ringan. Banyak lagi benda yang saya rasa betul, tapi hakikatnya dalam Islam apa yang saya buat itu salah.
Pada suatu hari, ketika suatu sesi usrah, naqibah group usrah saya tanya kepada ahli-ahli usrah tentang 20 sifat Allah. Setiap orang dengan ceria menyatakan satu persatu 20 sifat Allah. Saya terkedu. Saya senyap. Saya akui, memang saya tak tahu. Pada masa itu, saya rasa sangat malu. Saya memang rasa diri saya sangat jahil.
Setelah pulang daripada sesi usrah itu, saya menangis! Saya menangis sebab saya baru sedar yang selama ini orang lain sedang berkejar-kejar mencari cinta Ilahi. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. Tapi saya? Saya ambil ringan. Saya buat tak kisah. Saya terpengaruh dengan keseronokan dunia yang sementara. Tapi semua itu tak mematahkan semangat saya. Alhamdulillah, saya lagi bersemangat untuk terus mencari cinta Allah, cinta yang hakiki.

Kemudian, saya menyertai suatu camp keagamaan. Suatu perkara yang betul-betul terkesan di hati saya adalah, 90% daripada peserta-peserta program itu pakai tudung betul-betul mengikut apa yang digariskan dalam Islam. Tapi saya? Saya pakai tudung biasa-biasa, setakat untuk memenuhi syarat memakai tudung.
Ketika itu, saya memang rasa sangat rendah diri. Saya sangat kagum dengan gadis-gadis sebaya dengan saya yang betul-betul ada prinsip diri untuk mengikut al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Mereka tahu itu perkara yang betul. Mereka tak ambil kisah pandangan orang lain yang sering mengeluarkan statement orang yang bertudung labuh itu kolot dan sebagainya.
Saya sangat impressed. Alhamdulillah, itu merupakan satu semangat kepada saya untuk terus berusaha mencari cinta Ilahi. Saya nak! Saya nak jadi yang terbaik di sisi Dia, bukan terbaik di mata manusia tapi terbaik dalam pandangan Allah.
Saya bertekad. Saya nak jadi baik. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. Saya nak jadi insan yang mulia di sisi Allah. Saya nak jadi wanita yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. Yang penting, SAYA NAK BERUBAH.
Yang ikhlas,
E


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, June 03, 2012

Warkah Terakhir

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama aku tak mengupdate. Kaloo ade update pon mostly copycat. Kosong. Entah kenapa. Itu yang aku rasa. Bila view balik last post, dah takde post pasal BOLA. Entah. Pemergian atuk bawa semangat bola tu sekali. Dulu, kat rumah ni, aku la yang paling riuh pasal bola. Tak kira pasal bola dalam negeri atau luar negeri. Sekarang, bila abah tanya. Hanya mampu cakap tak tahu. Tengok bola pon dah macam takde feel.

Rindu. Rindu nak ade semangat bola macam dulu. Pergi umah arwah atuk dan bercerita pasal bola. Ya, aku berbeza dengan gadis lain kan? Bola. Bola. Bola. Itu je yang aku tahu. Tapi sekarang. Rasa macam KOSONG. Atuk pergi 16 Mei 2012. Tahun ni. Aku tengok Final FA Cup tanpa atuk. Kelantan menang kan? Tapi, entah. Gembira tu takde. Yang hidup pasti akan mati kan? Itu pasti. Itu janji Dia.

Semoga arwah atuk tenang di sana. Al-Fatihah buat arwah atuk. Ibrahim Bin Husin.






* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, June 02, 2012

Perkahwinan Cik Cinderella

"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe," Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!
Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap.Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara familysahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.
Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!
"Anisa, sorry lah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu," Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.
"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham," Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.
"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dangold. Memang dewi kayangan sangat.
"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."
"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi," sampuk Nady.
"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"
"Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make uptebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.
Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.

"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar," jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.
"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best lah beb.
"Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je," tambah Anisa.
Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan-kawan lain. Semuanyaphotographer lelaki yang shoot gambar.
"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit," pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.
"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding olehphotographer lelaki. Actually nak ambil gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographerperempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki," cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."
"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko," jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.
"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.
"Veil ko dah kemas dah."
"Terima kasih. Cantik ko buat," puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya-Allah."
Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.
"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan ...honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.
"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."
Tok! Tok!
"Siapa?" tanya Anisa.
"Abang ni."
Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.
"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab," ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.

"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa sincesekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."
"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya," ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.
"Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot," balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam daripada suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!
"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek," Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.
"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu dan ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.
Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.
"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa," ujar Anisa, merendah diri.
"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas, kan?" kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.
"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."
"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."
"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!
"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.
Anisa, ku doakan kau bahagia!

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...