::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, May 22, 2012

Entri buat abah.


Muka itu ku tenung jauh. Ku kira abah sedang berteleku di sejadahnya, rupanya abah tertidur. Tertidur ketika bertasbih. Abah letih sangat. Menitis air mata ini. Betapa abah berpenat lelah demi memberi kesenangan buat isteri dan anak yang tersayang. Alpanya aku. Tidak langsung menghargai penat lelah abah. Buat seketika. Pemergian atuk menginsafkan aku. Untuk lebih menyayangi kesemua orang yang aku sayang. Mungkin itu hikmahnya di atas apa yang terjadi.

Di malam yang sunyi ini. Ingatan aku hanya pada mereka. Kalau boleh aku tak ingin lagi belajar. Biarlah aku bekerja. Memang aku malas. Tapi itu bukan faktor utama. Sedih dan hiba melihatkan abah bekerja siang dan malam. Apa saja kehendak anak di turuti. Sedangkan baju abah, dah bertahun tak bertukar. Seluar abah dah lusuh. Kalau bukan ma dan anak-anak yang membeli, memang abah tak kan beli.

Betapa besarnya pengorbanan abah takkan ada sesiapa boleh balas.

Hari pemergian atuk. Ma lemah sangat. Terkejut dengan kehilangan ayahnya. Abah la yang byk tolong. Takde pon airmata yang menitis. Aku tahu. Abah pon sedih. Walaupun atuk tu bapak mertua dia, abah baik dengan dia. Abah baik dengan semua orang. Betapa bertuahnya ma, dapat suami mcam abah. Abah je yang banyak bagi semangat buat ma. Abah jugak yang banyak bantu pengurusan jenazah tu. Tabik dengan abah. Sebab kuat. Aku tak mampu. Umpama hilang segala kekuatan bila tahu arwah atuk dah takde. Bila jenazah dah siap di mandikan, dan tiba saat untuk cium jenazah, kat situ aku Nampak. Abah cium atuk. Pastu abah menangis. Abah lari. Mungkin tak nak ma nampak dia menangis.

Abah, dirimu tiada ganti. Bersyukur aku. Di lahirkan ke dunia ber binti kan Ahmad Saidi. Anak abah. Moga kak ngah akan kuat. Macam abah. Tiada kata yang mampu menggambarkan diri abah. Cukuplah kak ngah semaikan dalam hati. Supaya satu hari nanti kak ngah boleh jadi ibu yang kuat dan tabah macam abah dan ma.

Terima kasih abah. Buat segalanya.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, May 14, 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu Kita Juga Sepertinya
Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)
Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..
Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.

Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.

Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Hidup ::

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah agak lama aku tak mengarang. Sibuk. Sibuk menghargai masa yang ada. Kita hidup bukannya lama. Tak tahu bila nak pergi mengadap Yang Maha Esa. Sementara masih ada masa ni, hargai apa yang ada.

Cukup merepek. Tujuan utama aku rajin beno menaip hari ni adalah untuk buat entri balas kepada salah seorang sahabat aku merangkap roommate aku. Nak terperanjat pon ade. Boleh pulak dia buat entry hari ibu tu berkaitan aku? Aku = ibu ? Kasihan anak2 umi. Erh, terlebih sudah.

Bila baca entri dia. Rase sedih. Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang aku ada. Tapi, kite kena ingat. Hargai apa yang kita ada. Dulu, aku tak pernah terfikir. Terfikir yang Allah S.W.T telah menganugerahkan aku harta yang paling bernilai. Harta yang aku tak pernah nampak. Bersyukur lagi sekali, sebab aku sempat meghargai harta itu sebelum ianya tiada. Sesungguhnya kurniaan Dia sentiasa ada. Cuma kita yang jarang sangat nak menghargai kurniaan itu.

Buat sahabat. Allah S.W.T telah merancang semuanya. Dia takkan menguji hambaNya yang tak mampu. Percayalah. Pelangi akan muncul selepas hujan lebat itu pergi.

Akan tiba satu hari, di mana hadirnya insan yang akan membantu mu. Percayalah akan kekuasaan Dia.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Cinta Tanpa Noda


Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,
takutkan Ilahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.
(Al-An'am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Diriku Hamba Senja


Dalam kelewatan ini
Aku menjelajah kesepian
Meneroka seribu makna yang membawa aku
Ke satu daerah kesunyian..
Meronta jiwa palsu
Menafikan rindu ini milik dia
Menyingkirkan cinta ini buat dia
Mengagung kasih pada hambanya
Melerai kelekaan cinta buat zaujah
Sehingga kulupakan anugerah itu milik Dia..
Mentari senja mengejut aku dari lamunan
Khabar usiaku bukan mainan
Kutoleh ke belakang
Ya Allah, aku tiada bekalan buat masa hadapan..
Adakah sinar buat aku lagi???
Adakah mentari pagi bakal bersua lagi???
Sesungguhnya rindu yang aku labuhkan
Bukan pada tempatnya..
Cinta yang aku persembahkan
Bukan pada miliknya
Hanya sendu aku milik Dia
Saat kesedihan kuratap padanya..

Ampunkan kejahilan diri ini
Anugerahkan aku mentari lagi
Agar esok aku mampu berdiri
Menyulam cinta sejati
Menyemai kasih abadi..
Jika esok tiada lagi buat hamba senja ini
Adakah hamba ini dalam payungan rahmat-Nya??
Mungkin juga belas dari Nya
Siapa tahu dia pemilik jiwa
Yang pasti malam ini milik hamba
Kesempatan ini aku menghamba jiwa
Melabuh cinta
Agar Dia menghapus dosa.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...