::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, April 27, 2012

:: B.F.F ::

Assalamualaikum w.b.t.

Diam tak diam dah hampir seminggu. Dah hampir sangat ke penghujung cuti. Ape ke hal yang aku rase Degree sangat-sangat tak besh entah. Masa berlalu kemain panjang. Diploma dulu kemain kejap. Sabar la hati dua tahun lagi.

Entry pagi-pagi buta ni takde kaitan langsung dengan minat aku untuk belajar ataupun nak kahwin? EH?

Kembali kepada topik utama.

Khamis malam yang lalu, aku ke KL. Bukan Kok Lanas. Tapi Kuala Lumpur. Terkejut aku tatkala my incik abah allow me pergi ke KL. Nasib baik aku takde sakit jantung. Katanya abah, "kak ngah dah besar". Thanks a lot abah.

Aku pergi ke KL menaiki bas Sani Ekspress. Excited mak aih. Bukan excited nak naik bas. Excited nak tengok konon2 tv y ada di setiap seat. Sudahnye, aku punyer seat takde headphone. Aku gune aku punyer headphone, tapi sound x berapa. Lastly, aku dengar lagu BB aku je. Hanturaya betol. Time menghala ke KL takde hal la sangat sebab membe aku ade. Tapi tido je sepanjang perjalanan. Mengelakkan mabuk. Sedar kan diri je dah ade dekat Putra. Sambung tido balik. Mata automatik terbuka bila sampai kat Kajang.

Jam menunjukkan jam 6.30 pagi. Pagi tu aku mem'breakfast'kan dri dengan roti canai dengan BFF aku a.k.a majidah a.k.a mmy. Wah kemain gumbira dapat jumpa dia. Tetibe "childish" mood activated. *eleh.macam.la.dekat.machang.tak.childish*, Lepas mem'breakfast'kan dri, aktiviti kegemaran yang pertama. Tido.

Malam itu, BF mmy a.k.a ddy datang menjemput. Malam tu menemani mmy yang menemani ddy memfutsalkan dri.




Bahagia aku tengok mmbe aku bahagia. Selepas mem'futsal'kan diri, kami menuju ke uptown. Memang kelabu mata. Nasib baik berjaya mengawal nafsu shopping. :D Malam tu kami makan steambot. Pergh memang sedap gile.

Memang hebat penangan steamboat ni. Membuatkan malam2 yang berikutnya, aku decide untuk dinner dengan bendalah ni. NyumNyum!

2nd day, Girl's Day! Menuju ke Alamanda, dan watching The Battleship. Ok, bile tengok movie ni automatic teringat kat Mr Black, which is my brother. Tapi cerita ni memang awesome. No wonder la member aku ber'ia kenenkan cerita ni kat aku. Then, lepas tengok movie, kitorang pergi Masjid India dan dinner steamboat once again. Lepas selesai sesi menghabeskan duit, we heading back home. Tapi sebelum balik, kami menyinggah di Bandar Kinrara. Bila je dapat jumpa kolam, cenggini la jadinya, excited nak terjun. :D


3rd day, Family Outing. Keluar bersama mmy and ddy.




Rasenyer memang sesuai dah both of them ni jadi parents. Sebab betol2 jage anak mereka. First, keluar makan bersama di IKEA. Yess, sepanjang di KL berapa kali dapat makan nasi. Asyik makan western food je.


Selepas selesai sesi memenuhkan perut, kami ke Taman Botani. Niat di hati nak berbasikal. Tapi, since dah petang sangat, dan sewaan basikal hanyalah sehingga pukul 5p.m, jadi kami hanya walk around.



4th Day. Girl's Day out AGAIN. 




Tapi one of my friend tak dapat join. Sebab ade date bersama kakaknye. Jadi, kami menuju ke MidValley dengan KTM. Woah, first time dapat naik KTM. 




Here we goes again. Watching Mirror-Mirror. Memang puas hati kot trip ke KL kali ni. Pagi keluar, dah nak malam baru sampai kat umah. Selepas watching movie, kami lunch di Pancake House. Cair di mulut katenye membe aku.






:: this is my lunch, n this is awesome ::



:: muka excited dapat makan ::

Last day, four of us pergi The Mines. Tapi before tu, pergi Sogo, beli handbag for my mum, dan t-shirts untuk abah dan adik. Dan, kami naik cruise at The Mines tu. Tak lupa, kami watching movies, Jangan Pandang-Pandang. Lagu wassini pon boleh halau hantu. Memang lawak gile.



Malam itu, i heading back to Tanah Merah. Terlepas rindu pada B.F.F. Till see you again next time. :')


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, April 23, 2012

:: Tasha Shila, Hrithik Roshan bergabung dalam filem Hollywood ::

Assalamualaikum w.b.t.

Percayakah anda, Tasha Shila dan Hrithik Roshan bergabung dalam filem Hollywood?

Dalam cerita mirror-mirror ni haaa~


Dengan segala hormat nya aku mempersembahkan Tasha Shila


Dan jua Hrithik Roshan !


Terbaik kan? :D

oke. sekian berita untuk hari ini. Sekian terima kasih. 




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, April 12, 2012

:: Sahabat ::

Assalamualaikum w.b.t.

Lebih kurang jam 1900, aku dapat mesej. Daripada mmbe aku. Bertanyakan tentang percutian mid sem aku yang bakal tiba seminggu lagi. Dah lama plan benda tu. Rindu sangat aku dengan BFF aku yang aku anggap macam sedara aku sendri. Beruntung aku. Di temukan dengan BFF macam diorang. Sepanjang 3 tahun, x pernah aku rase kesorangan. Sentiasa ada di sisi aku. Timekaseh sahabat.

Berbalik kepada tajuk asal.

Sedih aku baca mesej tu. Duit aku dah simpan. Tapi, kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan menentukan. Balik kelas tadi, keta aku punyer econ macam ade probs. Pegi bawak ke kedai. Katanya tokeyh tu "benda" tu pecah. Aku pon dah x ingat apename ntah "benda" tuh. Bila tanya pasal kos, katenyer dia, kaloo nak repair, lebih kurang RM300. Hamek kau! RM300 tuh aku prepare untuk nak g bercuti tuh kot. Tapi, nak buat ape lagi. Malas nak bebankan PakCik Saidi. Dah banyak aku mnyusahkan dia. Dia belikan kereta tu untuk aku pon dah satu nikmat yang xterhingga.

Lepas tuh, aku bagitahu BFF aku tuh, aku tak join reunion tuh. Lepas tu, start la ayat tacing2. Gila tak sedih plan lame2, lepastu tak jadi. Tak lama kemudian, membe aku mintak no akaun aku. Dia cakap dia nak support tiket aku pegi balik. Aku dah start menggelabah. Kalau dia dah keje takdela nak kisah sangat. Ni, dia pon study lagi. Kos hidup kat KL tinggi kot. Aku pon macam mengelat la. Segan werh. Tapi setelah di paksa, aku pon bagi jela no akaun aku. Sebab dia dah plan dah sume aktiviti kat sana.

Sahabat, timekaseh. Sebab sentiasa memahami aku. Bukan dalam masalah kewangan je, tapi paham sume masalah aku. Timekaseh, sebab sudi jadi sahabat aku. Timekaseh yang tak terhingga.


:: BFF.saya.cantik.macam.saya.kan ::




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Maafkan daku ::

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ni khas aku tujukan buat pakwe tersayang.

Maafkan aku. Bukan niat aku nak curang. Tapi aku dah tak boleh nak tahan. Kau ingat aku kaya ke? Selalu sangat kau nak buat hal. Bila kau buat hal, maka banyak la duit aku yang akan melimpah ruah hanya untuk kau. Kau x sayang kat aku ke? Dah 3 tahun kita bersama. Dalam 3 tahun tu banyak benda kita harungi bersaama. Susah senang, pahit manis, suka duka. Semua aku cite dekat kau. Kaloo aku sedih pon, aku menangis dengan kau, kaloo aku gembira pon, aku kongsi dengan kau jugak.

Maafkan aku. Hari ni kesabaran aku benar2 telah tercabar. Selama 3 bulan kau buat hal, aku senyap je. Sekarang ni aku rase cukupla. Cukuplah sampai kat sini je. Bukan aku x sayang kat kau. Gila x sayang, kau adalah benda paling berharga untuk aku. Tapi, mungkin dah smpai masanya. Aku lepaskan kau kepada yang lain. Ferrari.



yess, ni la pakwe tersayang aku. Maafkan aku sebab terpaksa lepaskan kau pergi.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, April 09, 2012

:: Gelagat Anak PokTeh ::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk hari 5 hari berlalu. 5 hari aku x balik umah werh. 5 hari. Minggu ni x dapat balik di sebabkan bz gile. Bz dengan module, harap-harap sem depan dapat abg fasi macam incik Wan Saiful Azzam lagi. Sebab dye smart + boleh masuk gu + spoting gegile. :D

Ok la dah cukup cite pasal laki. Aku ni memang pantang dengan lelaki. Mudah sangat jatuh cinta. *menyampah*

Hari-hari sepanjang 5 hari dekat umah pokteh ni banyak di selangi dengan hilai tawa kanak-kanak ribena. Ada saja yang nak di kenakan. Hari jumaat lepas prank roommate aku. Hamek kau, dengan tepung + telur + air. Memang busuk gila. Di sebabkan terlampau setiakawan sangat dengan roommate, aku pun mnerima tempias. Memang busuk gila la. Mandi bershampookan Lifebuoy pun x hilang bau. Lepas ni dah boleh tukar nama brand shampoo. Sudahnya, baju aku kena rendam 5 hari 5 malam.

Kanak-kanak ribena ni x cukup dengan prank je, Semalam, pegi hack FB housemate. Bukan buat status gile-gile sebab macam dah biasa sangat. Tukar birthday. Lepas tu, bile detik 12 tengah malam, kemain pelik housemate aku. Pelik sebab ramai sangat yang post dekat wall dia. Aku buat-buat muka blur. Tiba-tiba datangla rombongan cik kiah dengan bedak segala bagai konon2 nak smbut birthday housemate aku tuh la. Hantu kan? X plan dengan aku langsung. Sudahnya, dengan aku sekali makan bedak. Tapi xdela seteruk housemate aku tuh. Lepas ni kena beware bila online. Kena pastikan jauh dari pandangan mata kanak-kanak ribena ni.

Tapi apapun, anda sekalian telah berjaya menceriakan insan yang sedang berduka. (^_^)

Orang kata sahabat susah di cari. Moga diorang akan kekal menjadi sahabat aku. Pada susah dan senang aku.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, April 07, 2012

:: Warkah Berlagu Pilu ::

Assalamualaikum w.b.t.

sudah lama x menjenguk di blog ini. Kalau ada entry pon kebanyakannya copycat. Yela, tak mampu lagi untuk mengarang sebaik itu. Sebab itu hanya mampu copycat.


Diam tak diam, dua minggu lagi tinggal untuk cuti mid sem. Ya, saya budak uitm, jadi lambat la sikit cuti mid sem itu. Maknanya dah hampir separuh jalan berjalan untuk sem ini. Tapi masih terasa seperti semalam aku mendaftarkan diri dekat HEP.

Memang mampu rileks sem ni. Rabu takde kelas. Hari2 lain ade kelas paling maksimum empat jam. Heaven kan? Mampu heaven lagi sem ni. Sem depan dah boleh kenal macam mane rasenye Hell.

Sem ni bermula macam biasa. Sahabat, rakan, teman, pensyarah, rumah sewa, ferrari dan kelas. Tak lupe pada module. Lemah sekali rasenye bile mengingatkan module. *tsk*

Tapi, ada yang lain rasenye untuk sem ni.

1) BFF aku pindah KB. Terasa hilang sebelah hati bila dia takde. Biasanya, aktiviti kat rumah sewa ni meronggeng bersama2. Mungkin banyak sangat kimia antara kami menyebabkan kami rapat. SANGAT. Kadang2, rasa macam ada kakak. Untung kan orang yang ada kakak. Tapi aku rasa dah beruntung sangat bila ada abang.

2)Kelas tak packed sangat. Jadi asyik rase nak balik rumah. Aku x tahu la smpai bila perangai asyik nak balik rumah ni nak melekat. Bukan tak suke, tapi takut. Aku kena harungi perjalanan yang masih panjang lagi. Takut tak mampu tanpa mereka. Seminggu tak balik rumah dah boleh buat aku meroyan sensorang, apatah lagi berjauhan dengan diorang berbulan2, bertahun2. Tak dapat nak bayangkan.


Kadang-kadang hidup ini begitu complicated kalau itu yang kita fikirkan. Hidup ini terasa terbeban jika kita asyik berfikir benda yang sama.

Mungkin kita perlu tarik nafas, dan belajar, menghayati apa yang kita ada.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, April 04, 2012

Wordless Wednesday #8



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...