::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Wednesday, March 14, 2012

:: Tabahkan Hatimu ::

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni aku buat khas untuk sahabat aku. Aku xleh nak face-to-face dengan dia. Kaloo aku cakap depan2, confirm air mata aku meleleh. Aku x boleh la sedih depan dia kan. Dia dah sedih jadi aku kena kuat.

Aku boleh tahan kaloo Kelantan kalah, boleh buat selamba kaloo Manchester United tewas di tangan Manchester City, boleh buat happy walaupun hidup forever alone, boleh senyum walaupun Ferrari aku masuk bengkel, boleh terima walaupun MFR blah  2 3 4 kali. Tapi, benda yang paling aku x boleh terima bila kita kehilangan orang kesayangan kita. Bukan pakwe, sbb dia x tentu lagi jadi laki kita. Tapi, parents kita.

Benda yang paling x boleh nak di bayangkan. Walaupun aku selalu rasa nak lari umah sebab abah aku suke kongkong aku, tapi aku x boleh tido selagi abah aku x balik ke rumah bila dia keluar malam2. Walaupun mak aku suke mmbebel dan merajuk ngan aku, tapi aku takkan tenang kalau dia keluar umah sensorang.

Buat sahabat.

Aku bangga dengan ko. Aku xleh nak bayang kalau aku dok kat tempat ko. Aku tahu ko kuat. Itu sebab Dia pilih kau. Tabahkan hatimu. Aku tahu susah nak terima sume ni. Tapi, ko kena ingat satu perkara. Ko ade aku. Aku mungkin x selalu dengan kau. Aku pun tahu kau susah nak kongsi masalah dengan orang lain. Ingatlah, x semua benda kita boleh simpan dalam hati. Bile kite bercerita, kita akan jadi lebih lega.

Akhir kata, hargai ibu bapa kite selagi mereka ade. Buatlah mereka rasa mereka adalah ibubapa yang paling bertuah dalam dunia ni.


Ma, abah, terima kasih. Atas segalanya.


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

1 comment:

  1. she's da strongest girl that i've seen in my life.. wlaupon bdn kcik, ht besar~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...