::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, March 27, 2012

:: Kekasih Hati Pengarang Jantung ::

Assalamualaikum w.b.t~

Ini adalah entri ke tiga aku pada hari ni. Pergh. Gile cekal gua menaip malam ni. Ye, adik2. Tiga entri pada 1 malam. Ini bermaksud mood x keruan.

Saya, dengan ini mengakui perkara di atas adalah tidak di rujuk.

Kahkahkah.

Bahagia sangat bunyi ketawa malam ni kan.

Bahagia werh. Dapat mak bapak boleh buat kawan. Dapat adik beradik kadang2 macam hantu. Tapi, time nak menangis, diorang la yang aku cari. Dapat BFF kepala gila-gila. Insyallah, 2 3 bulan lagi check in spital tg rambutan. Dapat tunang, alhamdulillah. Bahagia. ERH ?


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Pelangi Selepas Hujan


Tukar persepsi. Ujian = Rebah. 

Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali.
 
Pandang hadapan. Teruskan.

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?

Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?

Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?

Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?

Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?

Jadi, jangan putus asa.

Jangan pernah putus asa.

Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.

Insha Allah.

Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung ::

assalamualaikum w.b.t~

Tadi tengah asyik menggodek FB tetibe terjumpa artikel ini~

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung


Well, aku bukan anak sulung pun. Tapi anak perempuan sulung. Jadi di kire sulung jugak kot? Dulu kan time bebudak, selalu nangis sensorang. Nak duit singgit pun kena buat kerja umah dulu. Baru ma dan abah bg duit, benda yang aku mintak selalu x dapat. Tapi bila kite dah besar, kite jadi dapat paham situasi tu. Ma dan abah banyak ajar aku dan abang berdikari. Katanya, korang kena belajar hidup berdikari. Nanti kalau ma dan abah xde, bolehlah kami berdua menjaga adik2 kami. Dan, maafkan kak ngah, ma dan abah. Kami x mengerti lagi time kami kecik. Jadi, kami mengata yang bukan-bukan kat ma dan abah. Maafkan kami.

Time kaseh. sebab besarkan kami. Terlalu banyak untuk di katakan.

Sobs~

tetibe tacing.

Buat anak2 sulung baca ni. Semoga korang tahu betapa bagusnya korang.

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.



Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?



Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,


Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, March 24, 2012

:: Kekasih Hati ::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pepagi lagi sudah di kejutkan. Dah memang rutin la kalau Pakcik Saidi shift malam. Dia balik pagi2 tu, habis la. Sume anak2 dia di kejutkan. Semenjak abang aku xde ni, aku adalah insan bertuah. Bertuah sebab kalau dia nak ke mane2, aku lah yang jadi drebar. Kalau petang2 xde hal, kalau pagi2 kan. Alahai. Macam setan tengah bergayut kat kelopak mata je. Malas nye lain macam. Memang malas la kalau bab menolong kan. Cer kalau bab berdating, kemain laju bangunnye. Manusia, biasala.

Sesudah mandi tu. Buke almari. Cari baju. Baju ni pon dah mcm biskut chipsmore. Kalau aku nak pakai dan-dan je xde. Hantu betol baju ni. Nak pakai baju lama2 dah x boleh. X muat. Bahagia sangat sekarang. XD

Sudahnyer, bersandar tepi almari. Tibe2 la pulak rase nak nangis. Annoying kan? Cam bebudak. Beberapa minit kemudian, makcik Norizan masuk. Kemain aih terperanjat. Ingatkan aku dah siap. Ghupenyer, menangis tepi almari.

makcik Norizan : Bakpo x siap lagi ni? Abah dok tunggu doh tu..

aku : Malas la nop g. Baju ore xdop.. Hile abes..

makcik Norizan : La, baju hile g mano? Tengok doh ko molek dale almari tuh. Xdop ore nop pakai baju meu erh. Terlebih besa.

aku : Mane ore tahu. Malas nop g la. Xdop baju. *mule.menangis.macam.budak.kecik*

makcik Norizan : Mace2 la mu sore ni gak. *pastu.mak.aku.mule.carikan.baju.untuk.aku*

*beberapa minit kemudian *

makcik Norizan : Hoh, amik baju ni. Pakai baju ni jela. Cepat sikit. Namukae abah bleber plop.


Yess, saya memang macam budak kecik kan? Walaupun umur dah mampu nak ada anak.

Okai, boleh gelakkan saya beramai2..

p/s : ma, i heart u soooooo much. :D

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, March 23, 2012

Apa Khabar Jodohku?

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, March 22, 2012

:: Dari Aku Untuk Mr Egois ::


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata



"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24. Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam

1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran

Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..



"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

p/s : aku bukanlah pencinta yang setia. Namun aku tekad. Cintaku hanya untuk lelaki yang di bilamana aku menyintainya, akan menambahkan cintaku kepada Penciptaku. Aku bukanlah wanita yang baik, namun semoga aku akan temukan aku dengan lelaki yang mampu membimbingku,

 * TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Entri dari Hawa Kepada Adam ::


Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!


Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.


bingkisan teman,

dari Hawa buat Adam.





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Selangkah ke SyurgaMu ::


Diakui..dia cantik..sungguh cantik!
Bila upload saja gambar,
Ramai yang memuji,
Jumlah 'like' apatah lagi,
Istimewanya..majoriti dari kaum Adam!
Ohh..sungguh teruja!

Namun sayang 1000 kali sayang,
Tanpa sedar,
Dia sebenarnya..
Telah me"rela"kan dirinya,
Menjadi santapan rakus pandangan sang lelaki!

Sedang hakikat wanita itu,
Saidatina Aisyah RA pernah mengatakan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”. 

copycat : Mamat fan page


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #7

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wordless Wednesday #6




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, March 20, 2012

:: Selangkah ke SyurgaMu ::

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
 



copycat : MAMATFANPAGE

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Enam pesanan khusus untuk wanita ::

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.
 


Dipetik dari: malaysiaria.ning.com

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Doa Supaya diampunkan Dosa-dosa ::

DOA 1

رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"
(A-li 'Imran : 16)

DOA 2

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ، رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti""Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji"
 



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Cinta hati LAGI ::

Assalamualaikum w.b.t

Seawal pagi nak menghapdate nyer haa! Mood nak menaip ni datang jarang2 jer. Tapi tadi, boleh plak dye datang time aku tengah study. Pahtu start la cakap sensorang kan. Nasib BFF sorang tu pakai head-phone ataupun dalam bahasa aku telinga. Sebab apa telinga? Sebab aku nak panggil. :D

Malam ni aku study werh. Gile kentang betul study pon nak kecoh segala bagai. Ni la name nyer bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Kemain aih cuti 2 minggu. G kelas nak tak nak. Bajet takde kelas kan. Sekali masuk kelas, kemain esaimen beratur. X termasuk mini project, presentation. Pergh, HANTU betul aku rase bab-bab presentation ni. Padan muka kan. Org lain bersusah2 dahulu, kita bersenang dahulu. Memang minggu paling TERBAIK la minggu ni kan.

Malam ni kemain semangat nak study sebab dapat catalyst. Pergh, memang semangat bebeno. Catalyst ni memang terbaik la kan. Tengah study pon boleh senyum sensorang. Esaimen tu terasa heaven.

Boleh buat lagi lain kali. Tapi kali kedua, biasanya dah x best. (^,~)

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, March 18, 2012

:: Lost ::

Asslamualaikum w.b.t

Baru brapa jam aku rase keluar daripada umah tu. Tak sampai sehari pom. Malah tak sampai 12 jam pon. Tak tengok senyuman abah pon hari ni. Bila bersiap nak g kelas tadi, abah dah keluar. Ma je yang mengiringi pemergian aku ke kelas.

Apakedehal sedih sangat ayat aku ni?

Susah jadi anak manja ni. Nak jauh kejap pon dah x boleh. Start la homesick. Padehal umah dengan machang ni jarak nye sekangkang kera je. Betul ke idak peribahasa aku tuh?

2 3 4 hari ni rasa sedih semacam. Banyak sangat kot dengar berita orang kehilangan. Rasa macam lemah semangat pon ade. Di luar nampak tenang. Tapi dalam hati ni, Dia je yang tahu.


Dah, nak tido. Mintak bangun pagi esok dah x rasa cenggini.






* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, March 14, 2012

:: Tabahkan Hatimu ::

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni aku buat khas untuk sahabat aku. Aku xleh nak face-to-face dengan dia. Kaloo aku cakap depan2, confirm air mata aku meleleh. Aku x boleh la sedih depan dia kan. Dia dah sedih jadi aku kena kuat.

Aku boleh tahan kaloo Kelantan kalah, boleh buat selamba kaloo Manchester United tewas di tangan Manchester City, boleh buat happy walaupun hidup forever alone, boleh senyum walaupun Ferrari aku masuk bengkel, boleh terima walaupun MFR blah  2 3 4 kali. Tapi, benda yang paling aku x boleh terima bila kita kehilangan orang kesayangan kita. Bukan pakwe, sbb dia x tentu lagi jadi laki kita. Tapi, parents kita.

Benda yang paling x boleh nak di bayangkan. Walaupun aku selalu rasa nak lari umah sebab abah aku suke kongkong aku, tapi aku x boleh tido selagi abah aku x balik ke rumah bila dia keluar malam2. Walaupun mak aku suke mmbebel dan merajuk ngan aku, tapi aku takkan tenang kalau dia keluar umah sensorang.

Buat sahabat.

Aku bangga dengan ko. Aku xleh nak bayang kalau aku dok kat tempat ko. Aku tahu ko kuat. Itu sebab Dia pilih kau. Tabahkan hatimu. Aku tahu susah nak terima sume ni. Tapi, ko kena ingat satu perkara. Ko ade aku. Aku mungkin x selalu dengan kau. Aku pun tahu kau susah nak kongsi masalah dengan orang lain. Ingatlah, x semua benda kita boleh simpan dalam hati. Bile kite bercerita, kita akan jadi lebih lega.

Akhir kata, hargai ibu bapa kite selagi mereka ade. Buatlah mereka rasa mereka adalah ibubapa yang paling bertuah dalam dunia ni.


Ma, abah, terima kasih. Atas segalanya.


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wordless Wednesday #5




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, March 13, 2012

:: The.Battle.Begin ::

Hari ni, first time aku ponteng kelas. Doa banyak2 dah mintak kelas cancel. Tapi, mungkin doa tu untuk keburukan. Jadi x dimakbulkan. Kelas start dah dua minggu. Tapi baru semalaman je tdo kat umah sewa. Selebihnya, balik tdo kat home sweet home. Memang heaven sem ni. 3 subjek jer yang aku amik. Ni kaloo 1 subjek down, abes la pointer aku.

Semenjak masuk sem baru ni, malas gile nak pergi kelas. Xde ke orang nak jual catalyst untuk membangkitkan semangat nak belaja ni.

Semoga hari ni lec x mngajar. Kaloo ajar pon jangan banyak sangat. (^_~)


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: SaLaH FaHaM ::

Assalamualaikum w.b.t.  (^_^)

Buat emoticon bajet berlagak macam happy je kan padahal yang terjadi sebaliknya. Seriously, 2 3 hari ni rase stress mengalahkan pngantin. Semua bnda nak di pikir. Semua benda nak tacing2. Kan? Tapi, lepas have a talk dengan two of my besties, rase stress tu dah hilang. Seriously, aku rindu giler kat korang. Sahabat sejati susah di cari kan? Dan aku bersyukur aku jumpa diorang.

Berbalik kepada topik utama. Salah faham. Aku memang terkenal dengan perangai aku yang suka main2. Dan terkebetulan aku dapat kawan pun yang suke main2. So, kepada kawan aku yang lain. Tolong. Jangan amik hati sangat. Boleh tak? Aku ni seorang yang x pernah nak havoc dalam laman so-sial pasal ape2. Jadi segala benda yang aku cakap. Main2 je ok. Kecuali MFR. Dia lain.

Benda ni dah jadi banyak kali. Tapi malas la nak amik port. Kata dah dewasa kan. Tapi kadang2 jiwa dewasa aku ni pon reti la jugak nak rase sentap2 ni kan. Sebab aku berperasaan kot. Aku buat entri ni bukan nak kasi sentap kat ko. Cuma jgn amik hati sgt bole. Aku xde la baik sangat. Tapi aku x suka menyinggung perasaan org lain kat laman so-sial ni. Aku xdela childish sgt kan.


So, awak. Saya mintak maaf kaloo kawan saya bergurau xde tempat. Tapi, kalau awk nak kawan dengan saya, boleh tak nak mintak tolong? Terima perangai saya. Sebab perangai ni dah ada dlm dri saya ckup lama.



Sekian.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, March 12, 2012

:: GeLaK.BeSaR ::

Hari sabtu yang lepas, aku beli paper. Bukan nak havoc pasal paper. Tapi nak havoc pasal isi nye. Katenya Mancini yang merupakan pengurus pasukan Manchester City, beliau tekad untuk menjarakkan mata dengan Manchester United. So, dengan penuh tekad dan keazaman gua berebut remote dengan adik semata2 nak tengok sebanyak mane mata yang nak di jarakkan oleh si Manchini ni. Tengok United dah mndahului game, buat gua rasa kembang semangkuk. Di tambah pulak dengan City yang hanya seri dengan Swansea sehingga separuh masa pertama. Rooney beraksi cemerlang dengan menjaringkan 2 gol untuk United.



Man Utd 2-0 West Brom: Penulis daripada website arsenalreview berkata, Gol pertama Rooney pada perlawanan semalam adalah sama seperti jaringan yang pernah dilakukan oleh Denis Law pada ketika dahulu... -MU15-


Bila jer tengok Swansea mendahului dengan 1-0, meloncat2. Nasib baik x duk umah apartment. Kaloo x, mahu runtuh gamaknye. Dan keputusan akhir. United menang 2-0 ke atas West Brom dan City KALAH 1-0 kepada Swansea.

Dan ternyata Manchini tekad dengan kata2nya untuk menjarakkan mata dengan United.


Sila tengok. berjaya kan City jarakkan mata ? XD

pengajaran : Lain kali jangan cakap besar. Selalu ingat ayat2 di bawah.



Dalam keseronokan gua tengok pakwe luarnegara, x dilupa pakwe dalam negara. #gomokelategomo




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...