::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, February 03, 2012

:: Syurga cinta ::

Assalamulaikum w.b.t.

Hari ni kite bercakap pasal cinta la plak. Tapi bukan sebarang cinta, ni SYURGA CINTA. Asyik pasal bola, sosial, dan bola. Mesti bosan kan?

Semenjak sensorang ni, cinta tu makin bertambah kepada Pencipta kita plak. Ada bagusnya jugak kan sensorang ni. Betol orang cakap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Aku x boleh nak mengharap yang terbaik, sebab aku pon x baik sangat. Tapi, semoga penemu rusuk kiri ini, bisa membuat kan aku lebih menyintai Dia. Yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Jalan yang di redhai oleh Dia.





Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka te...ngok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.



crediit to : Konpirasi Terlarang.
^
l
l

Semoga teman hidup aku mampu membimbing seperti lelaki di atas. (^,~)





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...