::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, January 29, 2012

:: aNTaRa MeReKa DaN MeReKa ::

Tadi tengah menggodek Facebook, tetibe ternampak post berkaitan Kelantan. *tanahtumpahnyadarahku*. Someone make a post about Kelantan. And he is not from Kelantan. Tapi, biasalah kalau dah buat post pasal Kelantan, mesti ada comment daripada HATERS. Tengok comment tuh memang berasap. Tapi, apakedehal. Biaasanya diorang cemburu sebab kami selangkah di hadapan mereka. Well, itu yang peribahasa katakan. Kan?

ini yang aku copy paste daripada blog Expect the unexpected.

Salam kepada semua pembaca blog nie. Awal-awal lagi aku nak beritahu yang aku nie takde kena mengena dengan darah Kelantan atau yang sama waktu dengannya. Aku sememangnya seratus peratus asal dari Johor. Sejak kecil aku tak pernah bercampur dengan orang Kelantan dan sejak masuk Universiti barulah aku start bergaul dengan orang Kelantan dan baru aku dapat lihat cara hidup masyarakat Kelantan. Kebanyakan yang aku nampak kalau boleh aku nak terapkan kat masyarakat lain. Tapi nie cuma pendapat aku jer. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang ketepi ok? Don't take it hard. Takde niat nak buat provokasi ke apa ke. Kitakan satu Malaysia. :) 

Dekat sini aku senaraikan perkara-perkara yang aku suka pasal orang Kelantan.

1. Bahasa Kelantan
Firstly yang aku suka, korang akan kenal orang tu dari jauh lagi kenapa? Sebab dia cakap dalam bahasa Kelantan. Kenapa? Aku tak pernah lah tengok orang Kelantan yang taknak cakap Kelantan. Betul tak? Aku rasa takde orang Kelantan yang malu nak cakap Kelantan macam certain tempat lain, bila pergi KL sibuk nak cakap KL. Sedarlah asal kita dari mana, jangan nak rasa diri tu bandar sangat. Lagi satu loghat mereka nie ada macam-macam. Sampaikan orang Kelantan sendiri ada yang tak tau perkataan dalam loghat Kelantan itu sendiri? Betul tak orang Kelantan? Hehe.

2. Lagu Dikir Kelantan
Ok, aku nie dah kata awal-awal memang tak pernah lepak dengan orang Kelantan sebelum nie, tapi bila dah lepak dapatlah dengar lagu dikir-dikir diorang. Then, you wonder what? Lagu-lagu yang ada semuanya pada aku kebanyakannya secara tak langsung memberi nasihat kepada masyarakat Kelantan itu sendiri. Maksudnya, orang-orang tua mereka dulu dah lama terapkan unsur nasihat pada lagu. Cuma pada aku ada sesetengah loghat tu yang aku memang tak faham tapi still boleh enjoy lagi. Huhu. Mana nak dapat dengar lagu sambil dengar nasihat, cuba cerita sikit? Haha.

3. Budak-budak U Kelantan
Budak-budak U? Korang tengah study ke apa? Tapi rasanya kerja mana-mana pun ada kot. Cuma kat Johor jer kurang sikit. Kebanyakan yang memonopoli Universiti nie adalah dari Kelantan. Kenapa? Entah lah, pada aku mungkin budak Kelantan ramai bijak-bijak belaka kot. Tapi aku takde lah kata budak-budak tempat lain tak bijak, cuma aku rasa komuniti mereka macam besar mungkin sebab bahasa mereka yang dari jauh kita dah dapat cam dan lagi satu mereka memang selalu berkumpul. Selain dari tu, memang perasan lah mereka sebab aweks-aweks Kelantan pun mostly cun-cun woi. Haha.

4. Semangat Kenegerian Yang Kuat
Bila sebut bab nie ramai yang faham lah kan, ada pro dan ada jugak cons. Tapi aku nampak benda yang sangat pros. Tahu tak apa? Kalau korang jalan-jalan, then ada tak perasan motor/kereta yang ada jata negeri? Ya, jata negeri. Aku berani kata 7/10 yang ada jata negeri adalah motor/kereta yang asal dari Kelantan/Terengganu. Kenapa? Mereka sangat sayangkan negeri mereka. Aku tak kata masing-masing tak sayang negeri masing-masing. Cuma pada pandangan mata aku, mereka sangat bangga menjadi rakyat Kelantan. Mestilah masing-masing bangga jadi rakyat negeri masing-masing kan. Termasuklah juga aku. :) Dan rakyat Kelantan pada mata aku sangat tolong menolong even bila mereka merantau ke negeri lain. Betul tak pendapat aku? Nie cuma pendapat jer, tolong jangan hentam saya. :)

5. Awek-awek Kelantan
Ok, nie aku taknak ulas. Macam biasa yang semua tau, awek-awek dalam Malaysia nie ada area yang memang cantik-cantik. Aku tak tau kenapa macam tu tapi tu memang realiti. Aku pernah baca dalam Mastika mengenai nie tapi lupa apa tajuknya. Tak semua kawasan tapi adalah sesetengah kawasan, mungkin faktor-faktor tertentu yang buat jadi macam tu. Ok, bab nie sendiri faham ye. Awek-awek Kelantan yang nak tinggalkan no phone tu silakan lah. Hahaha. Joking. XD

Sekian jer lah rasanya memuji orang Kelantan. Don't worry, takde orang bayar aku untuk tulis semua nie. Cuma pendapat yang dapat aku kongsi sejak aku balik makan dari restoran orang Kelantan tadi. Tengok awek yang serve tadi terus dapat ilham nak menulis blog. Huhu. Ok, sampai sini jer lah untuk post kali ini. Sekali lagi aku nak terapkan yang aku tak racist kepada mana-mana bangsa di negeri ini. Kadang-kadang orang hanya pandang benda buruk jer tanpa perasan benda baik yang ada, betul tak? Aku anak kelahiran Johor dan aku bangga menjadi rakyat Johor. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, kalau rajin jemputlah komen ye. :)

P/S : Ok, bab makanan aku takleh masuk sebab semuanya manis. Jangan marah ye. Huhu.
Lain orang lain selera. :D 


Read more: http://www.chuckotop.com/2012/01/5-perkara-yang-aku-suka-pasal-orang.html#ixzz1kpz7lKxJ



kat atas tuh dah ada link. Boleh la korang terjah. Link tu di sediakan manelah tahu kan kot-kot Melodi nak terjah ke. Bila baca post ni, aku kagum dengan penulis dia. At least ada jugak yang bangga dengan Kelantan.

ni plak antara komen-komen hantu




Dah biasa sangat kaloo nak dengar HATERS ni bercakap. yela, negeri dyorang tu kan dapat title NEGERI terbaik ! Kaloo berani nak mengomen and bla - bla - bla  kenapa kurang keberanian korang nak taruk nama? Setakat letak ANONYMOUS, sudah terserlah sangat "keberanian" itu.







 TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...