::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, January 29, 2012

:: aNTaRa MeReKa DaN MeReKa ::

Tadi tengah menggodek Facebook, tetibe ternampak post berkaitan Kelantan. *tanahtumpahnyadarahku*. Someone make a post about Kelantan. And he is not from Kelantan. Tapi, biasalah kalau dah buat post pasal Kelantan, mesti ada comment daripada HATERS. Tengok comment tuh memang berasap. Tapi, apakedehal. Biaasanya diorang cemburu sebab kami selangkah di hadapan mereka. Well, itu yang peribahasa katakan. Kan?

ini yang aku copy paste daripada blog Expect the unexpected.

Salam kepada semua pembaca blog nie. Awal-awal lagi aku nak beritahu yang aku nie takde kena mengena dengan darah Kelantan atau yang sama waktu dengannya. Aku sememangnya seratus peratus asal dari Johor. Sejak kecil aku tak pernah bercampur dengan orang Kelantan dan sejak masuk Universiti barulah aku start bergaul dengan orang Kelantan dan baru aku dapat lihat cara hidup masyarakat Kelantan. Kebanyakan yang aku nampak kalau boleh aku nak terapkan kat masyarakat lain. Tapi nie cuma pendapat aku jer. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang ketepi ok? Don't take it hard. Takde niat nak buat provokasi ke apa ke. Kitakan satu Malaysia. :) 

Dekat sini aku senaraikan perkara-perkara yang aku suka pasal orang Kelantan.

1. Bahasa Kelantan
Firstly yang aku suka, korang akan kenal orang tu dari jauh lagi kenapa? Sebab dia cakap dalam bahasa Kelantan. Kenapa? Aku tak pernah lah tengok orang Kelantan yang taknak cakap Kelantan. Betul tak? Aku rasa takde orang Kelantan yang malu nak cakap Kelantan macam certain tempat lain, bila pergi KL sibuk nak cakap KL. Sedarlah asal kita dari mana, jangan nak rasa diri tu bandar sangat. Lagi satu loghat mereka nie ada macam-macam. Sampaikan orang Kelantan sendiri ada yang tak tau perkataan dalam loghat Kelantan itu sendiri? Betul tak orang Kelantan? Hehe.

2. Lagu Dikir Kelantan
Ok, aku nie dah kata awal-awal memang tak pernah lepak dengan orang Kelantan sebelum nie, tapi bila dah lepak dapatlah dengar lagu dikir-dikir diorang. Then, you wonder what? Lagu-lagu yang ada semuanya pada aku kebanyakannya secara tak langsung memberi nasihat kepada masyarakat Kelantan itu sendiri. Maksudnya, orang-orang tua mereka dulu dah lama terapkan unsur nasihat pada lagu. Cuma pada aku ada sesetengah loghat tu yang aku memang tak faham tapi still boleh enjoy lagi. Huhu. Mana nak dapat dengar lagu sambil dengar nasihat, cuba cerita sikit? Haha.

3. Budak-budak U Kelantan
Budak-budak U? Korang tengah study ke apa? Tapi rasanya kerja mana-mana pun ada kot. Cuma kat Johor jer kurang sikit. Kebanyakan yang memonopoli Universiti nie adalah dari Kelantan. Kenapa? Entah lah, pada aku mungkin budak Kelantan ramai bijak-bijak belaka kot. Tapi aku takde lah kata budak-budak tempat lain tak bijak, cuma aku rasa komuniti mereka macam besar mungkin sebab bahasa mereka yang dari jauh kita dah dapat cam dan lagi satu mereka memang selalu berkumpul. Selain dari tu, memang perasan lah mereka sebab aweks-aweks Kelantan pun mostly cun-cun woi. Haha.

4. Semangat Kenegerian Yang Kuat
Bila sebut bab nie ramai yang faham lah kan, ada pro dan ada jugak cons. Tapi aku nampak benda yang sangat pros. Tahu tak apa? Kalau korang jalan-jalan, then ada tak perasan motor/kereta yang ada jata negeri? Ya, jata negeri. Aku berani kata 7/10 yang ada jata negeri adalah motor/kereta yang asal dari Kelantan/Terengganu. Kenapa? Mereka sangat sayangkan negeri mereka. Aku tak kata masing-masing tak sayang negeri masing-masing. Cuma pada pandangan mata aku, mereka sangat bangga menjadi rakyat Kelantan. Mestilah masing-masing bangga jadi rakyat negeri masing-masing kan. Termasuklah juga aku. :) Dan rakyat Kelantan pada mata aku sangat tolong menolong even bila mereka merantau ke negeri lain. Betul tak pendapat aku? Nie cuma pendapat jer, tolong jangan hentam saya. :)

5. Awek-awek Kelantan
Ok, nie aku taknak ulas. Macam biasa yang semua tau, awek-awek dalam Malaysia nie ada area yang memang cantik-cantik. Aku tak tau kenapa macam tu tapi tu memang realiti. Aku pernah baca dalam Mastika mengenai nie tapi lupa apa tajuknya. Tak semua kawasan tapi adalah sesetengah kawasan, mungkin faktor-faktor tertentu yang buat jadi macam tu. Ok, bab nie sendiri faham ye. Awek-awek Kelantan yang nak tinggalkan no phone tu silakan lah. Hahaha. Joking. XD

Sekian jer lah rasanya memuji orang Kelantan. Don't worry, takde orang bayar aku untuk tulis semua nie. Cuma pendapat yang dapat aku kongsi sejak aku balik makan dari restoran orang Kelantan tadi. Tengok awek yang serve tadi terus dapat ilham nak menulis blog. Huhu. Ok, sampai sini jer lah untuk post kali ini. Sekali lagi aku nak terapkan yang aku tak racist kepada mana-mana bangsa di negeri ini. Kadang-kadang orang hanya pandang benda buruk jer tanpa perasan benda baik yang ada, betul tak? Aku anak kelahiran Johor dan aku bangga menjadi rakyat Johor. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, kalau rajin jemputlah komen ye. :)

P/S : Ok, bab makanan aku takleh masuk sebab semuanya manis. Jangan marah ye. Huhu.
Lain orang lain selera. :D 


Read more: http://www.chuckotop.com/2012/01/5-perkara-yang-aku-suka-pasal-orang.html#ixzz1kpz7lKxJ



kat atas tuh dah ada link. Boleh la korang terjah. Link tu di sediakan manelah tahu kan kot-kot Melodi nak terjah ke. Bila baca post ni, aku kagum dengan penulis dia. At least ada jugak yang bangga dengan Kelantan.

ni plak antara komen-komen hantu




Dah biasa sangat kaloo nak dengar HATERS ni bercakap. yela, negeri dyorang tu kan dapat title NEGERI terbaik ! Kaloo berani nak mengomen and bla - bla - bla  kenapa kurang keberanian korang nak taruk nama? Setakat letak ANONYMOUS, sudah terserlah sangat "keberanian" itu.







 TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Antara aku, dia dan BOLA ::


gambar-gambar di bawah adalah hasil karya tangkapan KELATE.NET PHOTOGRAPHY.

Terbaik kan? Siap ada photographer lagi. Ko ade? Kalau ada pon, like i care~~

Statement asyik nak bagi orang sentap je.

Beralih kepada topik utama. Semalam, di Stadium Sultan Muhammad ke IV telah berlangsungnya perlawanan di antara Kelantan dan Kuala Lumpur. Plan dengan "kembar" nak g tengok match tu. "Kembar" siap bagitau kat mak dia depan aku lagi. Nasib baik x tersembur nasi dalam mulut. "Kembar" memang kurang asam sikit. Tapi, apakan daya kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan. Semalam PakCik Saidi xde, ke KL. Ada keje katenya. Tak kan nak tingggal MakCik Norizan sensorang. Bola memang penting. Tapi, MakCik Norizan lagi penting. Ada jodoh, jumpa lagi 11hb ni. Kaloo dapat tengok game tuh baru gempak. Kelantan vs Terengganu. Tengok Terengganu pon macam kurang mnyerlah je sejak Irfan Bakti xde ni. Tapi, xleh nak judge untuk 1 perlawanan je kan? Aku harap game 11hb ni FAIR & SQUARE play la. Harapan tuh. Kalah pon x kesah sangat KALAU game best kan? 

Dah, cukupla menerangkan ayat panjang lebar. Apakata kite layan gambar plak. Harusla di mulai dengan PAKWE tersayang. 


:: reaksi muka itu SANGAT penting ::


::no 6, 9, 10, 11 pakwe kite. no 19 pakwe "kembar" ::



:: pasukan KL ::








:: picture of the DAY ::

- gambar ni di ambil sewaktu ANTWI dan PiYA sedang menari, banggo melihat semangat pasukan hok gni -


:: Haruslah berakhir dengan pakwe kesayangan jugak. ::


Gewe di kampung menerajui LIGA SUPER, tetapi apakan BOYFIE OVER THE SEA kecundang menentang Liverpool di Anfield semalam. Apakedehal. If u can't take the defeat, don't cheer over the victory. Right.? Jangan hnya menjadi penyokong yang hanya mampu menyorak ketika menang, tapi jadilah penyokong yang mampu untuk memberi sokongan walaupun ketika KALAH.

#GKG & #GGMU







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, January 28, 2012

:: Gemersik kalbu ::

Setiap hari Isnin-Khamis. Jam 7 malam.



Cerita ini di adaptasi daripada novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni.

Bagi aku la, Gemersik Kalbu ini adalah yang terbaik daripada filem2 lain yang di adaptasi. Nora Elena sebelum ni pun x berapa nak layan. Gemersik Kalbu ni mengancam werh. Muka Aqasha a.k.a Sufian memang terbawa2 sampai ke mimpi wooo~

Nakal kan dia? Suke angat2 lelaki yang berperangai sebegitu. HAHA. Tapi, Raihanah tu dah memang sepadan la dengan Sufian sebab Raihanah tu jenis slow je kan? Aku ni plak, bak kata mak aku, aku yang akan mengusik laki aku. err? Pelik kan. HAHA

Istimewanya cerita ini adalah, aku x boleh berhenti daripada tersengih sensorang. Memang layan habis. TERBAIK.*alaalaboboiboy




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, January 26, 2012

:: Bila orang tua bukak mulut ::

Assalamulaikum w.b.t....

Petang ni macam biasa, lepak2 tepi umah bersama baby2 tercinta. Untung ada 2 baby boy. Bosan dengan y tu, boleh amik y ni plak. Tapi tu bukan tajuk utama. Tajuk utama adalah KAHWIN. Semenjak dua menjak ni, ramai sangat mmbe aku datang umah. Datang melepak xde hal sangat. Sejak sekolah lagi memang rumah aku menjadi kegemaran ramai untuk melepak. Tapi, yang pelik nya, ramai yang dataang ajak ke MAJLIS PERKAHWINAN. Gile kentang. KAHWIN?

Kaloo aku kahwin awal2, mau mati laki aku. Hari2 makan nasi goreng, maggi. Minum teh o, nescafe. Time aku moody, makan kat lua. Pergh, gile. Memang betol kaloo aku x kahwin lagi. Tapi jeles tengok membe nak kahwin. Bila la incik Diploma sem 3 nak datang meminang.

Tadi, tetibe mak aku dan mak sedara aku buka topik. Topik ni boleh buat aku x tido 5 hari 5 malam. Apa kejadahnya tetibe mak dan mak cik aku buka topik pasal kahwin? KAHWIN? KAHWIN? Aku x leh bayang hidup aku bila dah kawin. nak kena bangun pagi tu xde hal sangat. Yang menjadi hal, aku dah x boleh balik rumah mak aku tiap2 minggu. Pergh. Memang gile. Memang gile x dapat jumpa mak aku seminggu. MEMANG x dapat bayang.

Jadi, sebelum mak dan makcik aku melanjutkan lagi pertanyaan diorang berkaitan kahwin, aku terus blah. Mak, jangan sebut pasal kahwin lagi. Nanti anak mak jadi kurus sebab asyik piki pasal kahwin.

"Allah s.w.t da tetapkan sume manusia berpasangan. Aku yakin rusuk kiri x kan tertukar. Jodoh kite mungkin lambat sedikit sebab Allah nak menguji kite. Apa salahnya kalau bersabar sedikit untuk yang lebih baik."


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, January 25, 2012

:: Outdoor wedding ::

Pasangan lain akan sibuk nak buat outdoor wedding kat tepi pantai, dalam hutan, n bla bla bla. Tapi kaloo aku, nk buat outdoor wedding kat cni bole?









Ni dah memang kalah OLD TRAFFORD. Nanti x payah habes duit g OLD TRAFFORD, cukupla sekadar pergi ke NEWCASTLE a.k.a KOTA BHARU.


:)


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wordless Wednesday #3



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, January 23, 2012

:: Kisah Setan Merah dan Robin Van Persie ::

Malam ni game MANCHESTER UNITED a.k.a Setan Merah menentang Arsenal.

Serius, gua x taw nak sokong sape. Robin Van Persie melemahkan semangat aku untuk terus mnyokong Setan Merah. Tapi, ketangkasan penjaring gol Setan Merah, Welbeck dan Valencia membuat aku terpaku.

AKhirnya, aku sokong dua-dua. Kena bahagikan kasih sayang betul2. Tapi, Arsenal tetap kalah dengan Setan Merah.

Game berakhir, aku xleh tengok muka Robin Van Persie. Sedih gile.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, January 21, 2012

:: Ikut hati, mati ::

Manusia takkan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.  #Fact

Sebab kita bukan Tuhan, dan manusia tidak sempurna.

Jangan pernah menghukum seseorang atas kesalahan yang dia lakukan. Tegur dahulu. Jangan suka2 nak membuat umpatan. Jangan suka2 nak memulaukan. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. Ada otak, fikir. Apa gune otak yang di berikan oleh Allah S.W.T kalau x di gunakan se-elok-eloknya.

X payah nak buat cantik sangat dengan memasamkan muka depan orang. Sebab kenyataanya, memang muka masam tu BURUK.

Perlu ke bila hati terasa nak kena mesej orang sana sini bagitahu keburukan orang lain? Pendek beno akal deme. Kalau berani nak sentap-sentap, berani la jugak tegur. Boleh la yang membuat kesalahan itu berubah. kan?

Kan senang? Boleh mngelakkan daripada mulut membuat dosa, hati berprasangka buruk, dan mengelakkan jiwa berasa x tenang.

:))


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #2



I am a GIRL who just pass in ALL EXAMS but comes FIRST in FINAL EXAM. :P


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: Detik-detik terakhir ::

Last paper bakal menjelma.Kurang 45 jam daripada sekarang, kami akan menghadapi paper terkhir untuk sem ni. Biarlah ini adalah kali terakhir aku mengambil paper itu. Bila dah last paper, sume bz. Bukan bz dengan study, tapi bz packing. Yang bebudak lain xde hal sangat sebab sem depan boleh jumpa lagi. Tapi, tengok 'kembar" packing, tetibe sedih.

Dengan sape aku nak g tengok bola sem depan, dengan sape aku nk menggila sem depan, dengan sape aku nak meluahkan perasaan. Dengan sape aku nak study sem depan. Yes, untuk 1 sem, aku dah rapat sangat dengan "kembar" aku tu. Terlalu banyak persamaan. Dia memang suka tiru hobi aku. XD

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Yang pasti sem depan akan berbeza dengan sem ni.

Pasti.


"Kembar", aku nak ko tahu, walaupun ko jauh, aku akan sentiasa ingat kat ko. Itu pasti. Ko dok sane, jangan manje sangat. Bukan semua orang boleh layan kerenah ko macam aku. Belajar berdikari ok? Nanti sem 3 nanti, aku pegi tempat ko ea? Jangan pulak time tu ko dah lupakan aku. ok? Sayang ko sangat2.


:')




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, January 17, 2012

:: Antara aku, dan dia ::

Hari ni hari sedih sedunia.

Dah la soklan pagi td macam haprak. Mungkin jam tu terlebih kuasa bateri. Cepat beno mase berlalu. Aku x cukup mase nak jawab soklan tadi. Gile kentang. X cukup mase tu. Sekali kot baru seumur hidup. Sebelum ni, setengah jam sebelum dah kire markah. Bajet markah nak lulus kekonon. Membe2 aku plak kelua dewan periksa, dah start menggelabah. Aku macam biasa. Berlagak cool. Mungkin sebab ma buat sembahyang hajat pagi tadi. Jadi tenang sikit la. X banyak la. Sikit je. Doa mak kan berkat. Mintak2 result ok. Cukupla sekadar boleh buat ma dan abah tersenyum.

Malam ni plak, tetibe nak menangis. perghh, benci beno aku akan perasaan ini.

Malam ni plak tetibe rindu. Rindu kat ma, abah, along, kak chik, adik. Rindu tu selalu ada. Cuma malam ni menebal sangat. Baru seminggu x balik dah kecoh. X padan dengan umo kan?

Rindu kakak2 aku. Yess, rindu kakak2 saya. Yang jaga saya selama 3 tahun. Bestfriends who's the siblings that ALLAH S.W.T didn't give to me. Time2 nak final ni lagi la menebal ingatan kat mereka. Dulu, kami bersama merempuh peperangan ini. Namun, sekarang, kami terpisah. Seorang di utara. Seorang di timur. Yang dua lagi di pusat bandar. Kakak2, walaupun kita jauh, ingatan dan kenangan akan sentiasa hidup. Terima kasih atas kasih sayang, perhatian yang di curahkan. Semoga hubungan ni akan kekal abadi.

:')



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, January 13, 2012

:: Dia, cinta saya ::

Tadi, buka facebook. Macam bese. Stalk org sane sini. Tetibe terbaca status.




"When cake slices are five and members are six in a family
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Then only mother says : "I DON'T LIKE CAKES" ♥ :)



tetibe.. Teringat kat ma! Cait, padahal baru semalam ma datang melawat kat mchangster. Mulia kan hati seorang ibu?


Hari tu, aku bawak balik pizza 1 pan. Memang ckup2 jer pizza tuu. Ma taw, anak dye suke makan pizza, jadi dia cakap, "xpela, makan la. Ma dah kenyang."


T_T


Bertuah kite. Masih ada mak. Membe aku dah xde mak. Aku x boleh. Nak menangis. Aku bersyukur sangat dpt mak macam mak aku. Dia kawan baik aku, dia kakak aku, dia kekadang yang aku jadikan teman bergaduh. Dia ibuku~


ok. Dah start rindu. Malas nak taip bebanyak. Kan air mata meleleh.


okbai!


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #1





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, January 04, 2012

:: WoRdLeSS WeDNeSDaY ::


EXAM FEVER!


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, January 03, 2012

1. BaJu SeKoLaH BaRu

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni tibe gatal tangan nak bercerita tentang baju sekolah.

Tiap kali mula sekolah mesti la kan pergi sekolah pakai baju baru. #fact

Bagi yang mampu la kan?

Aku? Sebaliknya.

Kalau hari pertama sekolah, pakai baju baru. Kompem2 di-per-hanjeng-kan oleh kawan2 aku. Yup, kawan2 aku sangat2 baik. So, kalau awal tahun, memang ma dan abah boleh save duit la untuk aku. Saya memang anak yang baik kan? Tengah tahun baru beli baju sekolah baru.

Time aku melangkah masuk ke Form 5, memang niat di hati x nak beli baju sekolah. Tahun terakhir kan. X payah la kot nak ber-baju baru sangat. Tapi, nak di jadikan cerita, on the way nak g sekolah, ada la sekumpulan mamat2 yang meminati adik aku follow moto aku. Pergh, pantang beno aku orang mai follow dekat2 ni. Jadi aku pon sepantas kilat membawa moto menjauhi mereka. Tapi nak di-jadi-kan cerita elok aku dok me-rempit tu, boleh plak sebuah keta ni membelok ke kiri tanpa-signal oke. Kalau bawak moto pon kemain laju, memang xsempat la nak brek kan? Maka-nya, aku makan bontot keta tu la.

Memula kena tu rasa macam mimpi. Bila tengok keadaan sekeliling, baru ku tahu. Ini kenyataan. MALOO SANGAT-SANGAT. Benda pertama aku buat, angkat moto aku yang memang dah *xsanggup nak cakap*. Lepas tu ramai gile org datang menolong. Maloo, maloo maloo. Masa tu memang x perasan langsung baju n kain aku terkoyak. Darah dah membuak keluar dah. Lepas tu, boleh plak aku nampak keta polis. Memang pengsan la kan? Dah la takot kat polis. *tsk*

Pakcik polis bawak aku dan adik aku g kat hospital. Adik aku meraung je tengok darah kat tangan dye. Aku cuma mampu cakap "maaf,dik". Seriously, aku ingatkan luka aku x parah. Tapi, bile jer nurse tu belek tangan aku, kemain anjat boboi. Baju tu penuh dengan darah jer. Otomatik pengsan. Bile sedar balik, nurse tu nak cucuk jarum. Antibiotik kot. Time tu lah riuh 1 hospital. Adik aku time tu tengok aku dengan muke sedeyh. "adik, maafkan aku. Ko dah la pengecut. Tetibe ter-accident sekali dengan aku".Makcik Zan dan Pakcik Saidi smpai. Dyorang ingat aku luka teruk sebab riuh tempat emergency tu. Paadhal aku takoot jarum. XD

Kesimpulannya, malam tu tido dengan macam2 bunyi. Dan baju sekolah baru yang aku dapat setelah baju sekolah lama di-rosakkan di dalam kemalangan itu.


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: aNTaRa MeReKa DaN MeReKa ::

*GILABOLA*

Assalamualaikum w.b.t..

Berehat bercerita tentang pakwe2 dalam negara, sekarang kite sambung-kan cerita kepada pakwe2 kat lua negara. Over the sea katenye omputih.

Agak lame x bercerita tentang pakwe di luar negara. Biasa la, sape suruh ko dok jauh, jadi kasih-sayang pon lebeyh kepada yang dekat la kan?


Semalam kemain aih berjaga sepanjang malam nak menghabeskan game CHELSEA dan ARSENAL. 

ARSENAL memang terbaik r semalam. Robin Van Persie kurang r. Time aku tgk x pnh plak nak me-nunjuk-kan kehebatan dye, ce kaloo aku x tgk, HATTRICK trus dye bagi. Tapi REF semalam agak macam puaka la. Sepatutnya Arsenal menang semalam taw! *menci2*

Chelsea plak, hmm~ No komen. Tapi dalam BPL 3 team ni je y aku suke. Tapi, Man Utd tetap ranking teratas dalam hatiku. *untuk pakwe luar negara*


Baru2 ni, Manchester United punyer prestasi agak r menurun. Sampai boleh kalah dengan Blackburn.

ManUtd 2 - 3 Blackburn.

Dulu, Berbatov pernah hattrick bila lawan again Blackburn.

ManUtd 7 - 1 Blackburn

Nampak x perbezaan tu? Time menang besar tu memang keje tersenyum jela. Mengingatkan jaringan Berbatov, Rooney, dan Nani.

Tapi, orang kata bola tu bulat kan? Kaloo bola tu petak2 cmane?

errr? Mesti orang dah x kata kan?

Malam tu pulak ramai la orang menggila nak hapdate status pasal Man Utd kalah dengan pasukan ranking 20. Pergh, memang berasap la kan baca statement2 gile tu. Yela, macam la pasukan diorang tu menang memanjang kan? LiverFOOL tu ranking ke berapa skang? Kaloo setakat ranking bawah Man Utd, x payah nak kecoh segala bagai. Nak komen bajet macam team dye bagus. Padahal macam FOOL je pon aku tengok. HUH~

If u can't accept the DEFEAT, PLEASE don't cheer over a VICTORY.

United we stand, even we LOSE.

Aku nak tengok game LiverFOOL vs Man Tity nanti. Sebenarnya memang anti dengan Tity ni, tapi gua harap LiverFOOL kalah teruk. Boleh aku post kat wall dye dengan statement berangin.

Nampak garang kan? Aku memang garang~~


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, January 02, 2012

:: BiLe PaKWe sTaRT MeNCuRaNgKaN DiRi ::

Assalamualaikum w.b.t readers!~

Benda yang paling di benci la kan kaloo pakwe kite curang dengan kite an?

Dah janji nak dating, tetibe x jadi, nak p dating ngan orang lain*sob sob sob*..

*tsk*

Dah la semua benda dah ready, baju dah iron, sume appointment di cancelkan, semata2 tak nak ada gangguan. *menci*

errr?

Terover erk?

Haruslah!

Ok, kecoh2 pon x gune kan? Pagi tadi buka FB, memang rutin bangun pagi, x sempat gosok gigi, x sempat lap air liur basi, x sempat buang taik mata, trus meng-hala-kan diri ke lappy. Tetibe kat recent stories tu ad cerita plak...


Ok, buat mase sekarang deme ni la pakwe2 ambe. Tahun depan, tahun luse, tahun tulat pon akan kekal. Gile terperanjat. Kenapa plak dengan Bukit Jalil ni? Bukan dekat Kota Bharu ke? Setelah di godek, baru ku tahu.....



Sedih wooo, rase nak tido balik je... Xpela, pakwe2. Ada jodoh kite jumpa lagi 28hb ni taw? Cayang kamoo ketat2..~







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, January 01, 2012

:: untungla ::

Untungla jadi adik aku, skolah x start lagi, tapi dye dah start dengan buku2 yang aku belikan untuk dye.

Aku?

Dari semalam ke hari ni, ke esok ke luse..

Ntah bile nak stdy..

Dapat result baru nak mnyEsal.. *manusia*

Adik, pinjam semangat study jap boleh x?


Okbai.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...