::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, December 27, 2012

Study Week Yang Sakit

بسم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Lama sudah aku rasa tak mengarang. Sungguh. Kehadiran twitter menjejaskan masa untuk aku berceloteh di blog. Di twitter terasa seperti di blog. Bercerita, mengadu. Tapi mungkin jodoh lebih dengan blog. Twitter semakin sibuk. Semakin ramai manusia yang mengunjungi twitter. Takboleh lagi tweet sesuka hati. Mana tahu. Mungkin jugak tweet kita akan membuat orang terasa. Ya, mungkin satu ketika dahulu tweet aku pernah meyakiti. Jadi. Lebih baik menyepi kan? Belajar untuk bercakap hanya bila perlu.

Situasi sekarang, sudah hampir seminggu aku berada di zon study week. Dan hanya dua hari aku study. Itu pun, study, BBM, Facebook, Twitter. Menyesal tak sudah pergi activate BIS. 

Study week ni di jaga rapi oleh ma. Kenapa? Sebab tibe tibe penyakit lama menyerang kembali. Sungguh lama aku rasa penyakit tu menghilang. Nasib baik menjelma time study week. Kalau time final, menangis tak berlagu la jawab nya.

Dua hari tak mampu bangun, tak mampu makan, tak mampu bergerak. Ma lah yang menjadi kaki dan tangan aku. Sungguh. Kasih ibu tiada nilainya. Dia umpama superwoman. Tiba masa nya, air susu di sediakan. Tiba masanya, makanan di hidangkan. Saat aku nak muntah, bagi aku tuh saat paling seksa. Ma ada, di sisi. Sentiasa ada. Walaupun tanpa di panggil. Saat aku berjalan, tanpa sedari, dia di sisi, membantu aku. Sungguh. Dengan ma. Aku rasa lebih sihat. Bila di fikirkan,  aku menangis seketika. Mampukah aku menjaganya sebegini di hari tuanya? Mampukah aku sentiasa berada di sisi dia bila dia perlukan aku? Mampukah aku laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak?

Ya, ma adalah nurse terbaik. Yang tak pernah mengeluh. Yang sentiasa ada, walaupun tanpa di panggil. Menjaga aku. Sehingga aku sihat. Terima kasih ma. Andai kau tahu. Betapa cinta, kasihnya aku kepada mu. 

TERIMA KASIH MA.

TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUPERWOMAN KEPADA ANAKMU.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, December 05, 2012

Maafkan Aku.

Aku, hanya insan biasa. Sungguh, aku tahu kau lebih mengenali aku. Kau tahu setiap kata kata aku. Kau tahu samada ianya jenaka ataupun kebenaran. Sedih ataupun tawa. Sungguh. Aku terkilan. Terkilan sebab di saat aku perlukan seseorang, kau takde. Sedih sebab aku anggap kau lebih daripada seorang kawan. Kau umpama adik, umpama kakak.

Aku akui. Aku salah. Maafkan aku. Andai kau tahu. Aku tak pernah berniat. Sedikitpun pun tak pernah terlintas nak sakitkan hati kau. Memang. Terkejut bila dapat mesej kau. Maafkan aku. Sebab aku tak dapat berada di sisi kau saat ketika kau perlukan aku.

Maafkan aku. Sebab aku hanya insan biasa.

" A true friend is the only therapy you'll ever need "






* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, September 24, 2012

Mengintai Sedikit Cahaya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Satu saat. Aku menoleh. Melihat dia. Airmata menitis. Sungguh aku kagum. Kagum dengan ciptaan Penciptaku. Sungguh. Aku juga teringin. Semoga. Satu hari nanti. Izinkan aku Ya Allah.





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, September 04, 2012

KepadaNya kita kembali.


Assalamualaikum w.b.t.

Van jenazah melalui jalan itu. Aku hanya mampu melihat. Tanpa ku sedari, airmata mengalir. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya ibu arwah. Ma cakap, ayah arwah pengsan usai mengucup dahi arwah. Aku pasti akan perasaan itu. Perasaan yang sama aku rasa ketika arwah atuk pergi. Pergi menghadap Penciptanya. Walaupun dah hampir empat bulan arwah atuk pergi, terasa seperti semalam dia melambai kepada aku. Menyapa aku seperti kebiasaannya. Ya, aku redha. Redha akan ketentuan Pencipta aku. Aku yakin. Di sebalik semua ini ada hikmah.

Sehari sebelum,

Aku ke hospital. Arwah di tempatkan di tempat yang sama. Tempat yang suatu ketika arwah atuk bertarung nyawa di tempat itu. Sebak hati. Airmata itu ku tahan. Tak sanggup untuk kelihatan lemah di hadapan nenek tercinta. Aku dah berjanji. Aku harus kuat. Perlahan lahan aku berjalan. Menuju ke tempat arwah. Nenek aku cakap dah takde harapan. Pandangan ku alihkan ke arah ibu arwah. Arwah kemalangan. Arwah dengan motor. Kereta Avanza melanggar motor arwah. Entah, aku pun tidak mengerti tentang bagaimana arwah boleh mendapat kemalangan. Keadaan arwah memang teruk. Arwah bernafas pun dengan bantuan pernafasan yang di sediakan oleh pihak hospital. Bila ibu arwah dapat tahu anaknya kemalangan, ibu arwah pengsan.

Ibu, mereka yang melahirkan anak. Di saat kehilangan anak yang sembilan bulan mereka kandungkan, sudah pastinya dunia mereka gelap. Pinta aku, biarlah ma dan abah pergi dulu sebelum aku. Aku tahu betapa sedih, betapa tersiksa kehilangan orang yang di sayangi. Tak sanggup melihat ma dan abah meratapi jenazah aku. Biarlah. Biarlah aku yang merasainya. Sudah banyak kesukaran, kesusahan, keperitan yang ma dan abah kena lalui untuk membesarkan aku. Lagipun, aku bukan anak yang baik. Maafkan kak ngah ma, maafkan kak ngah abah.

Usai menunaikan solat Maghrib, aku dan nenek meminta diri. Nenek pun kurang sihat.

Keesokan hari,

Lebih kurang pukul 8, abah menghubungi adik aku. Memaklumkan bahawa arwah sudah tiada lagi.
Kita hanya mampu merancang tapi dia yang menentukan. Hajat di hati untuk menyambut hari lahir bersama arwah atuk memandangkan hari lahir kami hanya selang sehari tidak kesampaian. Sedih bila mengenangkan aku hanya tahu pada saat-saat akhir. Sedih bila mengenangkan aku bukan cucu yang baik.

Buat mereka yang masih ada insan kesayangan, hargailah mereka. Kita takkan pernah tahu sampai bila kita akan bersama mereka. Sampai bila hilai tawa mereka akan menemani kita. Jangan menyesal hanya setelah mereka meninggalkan kita .

 AL_FATIHAH BUAT ARWAH ATUK, IBRAHIM BIN HUSIN DAN ARWAH DUA PUPU, ANIP. SEMOGA ROH MEREKA TENANG DI SANA, DAN SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA KEKHILAFAN MEREKA DI DUNIA SAMADA SECARA SENGAJA ATAUPUN TIDAK SENGAJA. AMIN. 




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, July 19, 2012

Rindu Setengah Mati.

Assalamualaikum w.b.t.


Tinggal sehari lagi sebelum tiba nya Ramadhan. Bulan yang mulia. Sedih bila mengingatkan dia tiada lagi. Tiada lagi di sisi. Tak akan dapat mencium tangan tua nya tahun ni. Tiada lagi kedengaran orang yang akan menyapa aku dengan riang. Tiada lagi usikan dia.


Susah untuk membiasakan diri bila kita tak biasa. Aku cuba untuk kuat. Cuba untuk tak nampak sedih. Aku tahu aku harus kuat. 


Tapi, akhirnya. Aku tersandar jugak. 


Ayah, maafkan kak ngah. Sebab tak dapat tunaikan janji kak ngah. Maafkan diri ni. Yang tak mampu menunaikan janji untuk membahagiakan kamu.


Rindu setengah mati.


Semoga ayah tenang di sana. Insyallah selagi hayat di kandung badan, akan ku cuba segala upaya. Untuk menjaga mereka.







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, July 09, 2012

Sabarlah, Cinta


Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, June 26, 2012

"Aku Malu.. Maafkanlah.."

A : "Aku malulah nak rapat balik dengan dia."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
B : "Pergilah minta maaf.."
A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;
"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan." 
 [ HR Bukhari ]
Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.
Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf' itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.
"kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa.  Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.

Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.
Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika..
Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.
Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.
cuba kita ubah dialog di atas tadi..
A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
B : "Yups.. yakinlah.."
"Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^
"Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"
Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini;
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53] 
Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita, semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa syirik tidak akan diampunkan.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (MempersekutukanNya dengan sesuatu), dan Dia mengampunkan semua dosa yang lain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [4:48] 
Subhanallah. Maha Suci Allah atas segala-galanya. Lihatlah bagaimana agungnya rahmat Allah SWT. Allah membuka pintu pengampunan-Nya dengan seluas-luasnya buat kita semua. Allah tidak akan sama seperti makhlukNya. Allah tidak memilih-milih dalam memaafkan kesalahan kita. Selagi tidak syirik, Allah pasti akan memaafkan semua kesalahan kita. Tidak seperti segelintir manusia, ada yang suka memaafkan dan ada juga yang sukar memaafkan. Maka siapakah orang-orang yang selalu 'meminta maaf' pada Allah? Semoga diri kita sendiri adalah orangnya.
Diulangi, malulah terhadap Allah atas segala dosa yang kita lakukan, tetapi jangan ragu-ragu untuk memohon maaf kepada Allah yang pasti memaafkan. Yakinlah dengan pengampunanNya. Yakinlah.. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW;
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu."
[Jami' Al-Tirmizi]
Atas kesedaran ini, marilah kita ringan-ringankan bibir untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah 'Azza Wa Jalla. Tidak susah. Mudah saja.. Apabila mulut kita merayu dengan menyebut "Astaghfirullah", pastikan hati kita merintih dengan menyebut " Ampunkanlah diriku Ya Allah".

Ampunkanlah, Ya Allah
Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha.
وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
"Dan beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih." [11:90] 
Allah pujuk lagi..
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik.  Dan jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." [11:3] 
Dari 'Abdullah bin 'Amr ibnul 'Ash radhiallahu 'anhuma, dia mengatakan:
"Abu Bakr radhiallahu 'anhu pernah berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, ajarilah aku sebuah do'a yang boleh kupanjatkan dalam shalatku." Nabi menjawab, "Katakanlah,
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.[HR Bukhari] 
Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, June 23, 2012

Warkah Seorang Yang Mahu Berubah

Nama saya E (bukan nama sebenar). Saya ini gadis biasa yang dapat belaian kasih sayang daripada kedua ibu bapa saya. Saya ada ramai kawan-kawan dan saya happy dengan hidup saya. Alhamdulillah. Walaupun saya bukan berasal daripada keluarga yang kaya, yang boleh dapat segala-galanya, tapi, cukup untuk saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya.
Hmm, saya memang pakai tudung, dan, Alhamdulillah, apa yang wajib saya tunaikan. Tapi kadang-kadang itu, err... ada jugalah saya tergelincir. Saya tak terbangun untuk mengerjakan solat Subuh dan sebagainya.
Kadang-kadang, kalau setakat nak keluar pergi kedai beli santan, saya sarung sahaja T-shirtberlengan pendek. Nak senanglah kononnya. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan untuk menonton wayang ke, baju kenalah fashionable, kan? Dalam kata lain, ketat dan jarang. Kadang-kadang saya pandang sebelah mata sahaja. Apalah sangat, kan? Waktu itu, saya fikir yang penting saya tak buka tudung.
Saya nak buat satu pengakuan. Saya pernah bercouple. Saya pernah ada boyfriend. Memang saya hanyut bercinta. Hanyut melayan perasaan. Saya memang sayang boyfriend saya itu. Sangat sayang.
Kalau dia tak text saya, saya sedih. kalau dia tak call, saya mula rindu. Teringat akan dia. Tulis status jiwang di Facebook, Twitter.
Kalau boleh, saya nak dia tahu yang dia amat bermakna buat saya. Bagi saya, saya nak jadi yang terbaik untuk dia. Pelbagai usaha saya lakukan untuk memastikan yang saya dapat jadi terbaik untuk dia. Saya tak nak orang lain jadi lebih baik daripada saya.
Memang pada mulanya, hubungan kami sangat "membahagiakan"'. Janji itu, janji ini. Janji untuk sehidup semati, janji untuk sama-sama hidup susah dan senang. Biasalah. Remaja.IDEALISTIC.

Pada hari lahir si dia, kalau boleh memang saya nak buat yang terbaik untuknya. Sanggup berhabis duit untuk buat surprise party buat si dia. Nama pun perempuan, kan? Memang kalau dah sayang orang, sayang sepenuh hati. Tambahan pula, saya memang susah nak sayang orang. Tapi kalau sekali saya sayang, saya memang sayang betul-betul. Betul apa yang orang kata, "Don't love too much, don't hope too much, because that too much will hurt you so much."
Setiap kali dia buat salah, cepat sahaja saya maafkan. Maklumlah, dah terlalu sayang. Memanglah sampai macam tu. Sampai semua kesalahan si dia saya pejam mata and saya fikir, biasalah, semua manusia buat kesalahan.
Masa sedang "bahagia" bercinta, ada jugalah kadangkala saya dengar orang cakap, couple itu haram. Ya! Saya faham apa itu haram. Saya faham apa hukumnya kalau kita buat juga. Tapi sebab sayang, saya pujuk diri saya, "Bukan kami buat benda bukan-bukan pun."
Saya juga pernah menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan topik pada waktu itu ialah "Cinta".  Apabila saya tahu pasal topik itu, mulalah saya excited! Tapi alih-alih, Imam Muda Asyraf kata couple itu haram. Again, saya ambil mudah perkara itu, sebab, sekali lagi, saya fikir, "Bukan kami buat apa-apa pun."
Saya tengok orang lain pun bercouple juga. Ramai lagi kawan-kawan saya yang bercouple. Oleh sebab itu, saya buat tak kisah. Adalah juga saya terbaca di Facebook yang cakap bercouple itu haram. Hmm, memang saya baca. Saya faham.
Sebelum ini, saya dah didedahkan dengan macam-macam statement yang mengatakan coupleitu haram. Tapi, biasalah, orang yang tengah syok bercinta, saya sanggup utamakan cinta saya untuk si dia daripada cinta saya untuk Dia.
Setiap kali saya text buah hati saya itu, confirm saya tunggu depan telefon. Angau! Credit habis banyak-banyak pun saya tak kisah. Yang penting saya dapat text dia. Yang penting, saya dapat dengar suara dia. Sweet ke? Bila saya cakap, "I love you," dan ada orang balas, "I love you more, baby." Ooh, memang! Ketika itu, bila dapat text seperti itu, senyum lebar sampai rasa nak menari-nari, lompat-lompat atas katil! SYOK HABIS! Memanglah. Cinta boleh membahagiakan tetapi, pada masa yang sama, cinta boleh membawa keburukan kalau kita tak jaga dengan betul.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia cakap dia nak break upThere you go! Sayang sangat, janji sangat itu ini, berkorban macam-macam. Akhirnya?! Hah! Memang masa itu padan muka saya. Dia cakap dia nak freedom, dia tak bersedia untuk ada commitment. Dan saya pun tak pastilah kalau dia ada agenda lain.

Pada mulanya, saya agak tabah untuk menerima hakikat yang kami dah tak ada apa-apa. Tapi lama-kelamaan, saya rasa kehilangan. Sampai demam-demam masa itu. Penangan terhebat! Kalau saya duduk bersendirian, mesti saya akan menangis. Kadangkala, tiba-tiba teringat kenangan yang kami pernah ada dulu – memang menangislah!
Saya tak boleh dengar lagu-lagu yang pernah kami dedicate to each other dulu ... sewaktu zaman romantis bagai nak rak! Saya cuba jadi kuat, tapi saya tahu, saya sedar. semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya terjumpa ayat ni,
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Saya percaya ini adalah 'turning point' buat saya. Saya rasa Allah nak saya cari Dia balik selepas dah lama saya abaikan dia. Selepas semua benda yang terjadi, saya lalai. Saya lupa Dia. Waktu itu, memang saya rasa saya bodoh sangat. Bodoh kerana hanyut dengan cinta yang tak kekal. Sedangkan orang lain berlumba-lumba untuk mengejar cinta Allah. Tapi saya? Hanyut. Hanyut dengan keseronokan dunia. Keseronokan yang sementara.
Saya rasa bersalah. Bersalah dengan Allah. Bersalah dengan ibu bapa saya. Wang yang ibu bapa saya beri, saya bazirkan untuk top up kredit telefon, beli hadiah teman lelaki saya. Daripada situ, saya mula mencari cinta DIA. Cinta yang hakiki.

Langkah pertama saya, saya penuhkan hari-hari saya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Saya mula sedar yang selama ini masa saya banyak dihabiskan untuk si dia. Kadang-kadang, saya sanggup korbankan masa tidur saya semata-mata untuk si dia.
Sememangnya pada masa itu, nafsu saya berjaya menjajah akal saya untuk bersikap kurang realistik dan jauh daripada kewarasan yang sepatutnya.  Tapi, saya bersyukur. Setidak-tidaknya, pengalaman itu mengajar saya erti cinta sebenar.
Kemudian, saya ambil langkah seterusnya dengan menyertai usrah di tempat saya belajar. Itu adalah pengalaman pertama saya menyertai usrah. Pada mulanya, saya agak takut. Saya tak tahu macam mana suasana suatu usrah itu. Saya tak tahu, dan selama ni, saya tak pernah nak ambil tahu.
Saya juga mula belajar baca buku agama. Rupa-rupanya, banyak lagi benda yang saya tak tahu. Banyak lagi benda yang saya ambil ringan. Banyak lagi benda yang saya rasa betul, tapi hakikatnya dalam Islam apa yang saya buat itu salah.
Pada suatu hari, ketika suatu sesi usrah, naqibah group usrah saya tanya kepada ahli-ahli usrah tentang 20 sifat Allah. Setiap orang dengan ceria menyatakan satu persatu 20 sifat Allah. Saya terkedu. Saya senyap. Saya akui, memang saya tak tahu. Pada masa itu, saya rasa sangat malu. Saya memang rasa diri saya sangat jahil.
Setelah pulang daripada sesi usrah itu, saya menangis! Saya menangis sebab saya baru sedar yang selama ini orang lain sedang berkejar-kejar mencari cinta Ilahi. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. Tapi saya? Saya ambil ringan. Saya buat tak kisah. Saya terpengaruh dengan keseronokan dunia yang sementara. Tapi semua itu tak mematahkan semangat saya. Alhamdulillah, saya lagi bersemangat untuk terus mencari cinta Allah, cinta yang hakiki.

Kemudian, saya menyertai suatu camp keagamaan. Suatu perkara yang betul-betul terkesan di hati saya adalah, 90% daripada peserta-peserta program itu pakai tudung betul-betul mengikut apa yang digariskan dalam Islam. Tapi saya? Saya pakai tudung biasa-biasa, setakat untuk memenuhi syarat memakai tudung.
Ketika itu, saya memang rasa sangat rendah diri. Saya sangat kagum dengan gadis-gadis sebaya dengan saya yang betul-betul ada prinsip diri untuk mengikut al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Mereka tahu itu perkara yang betul. Mereka tak ambil kisah pandangan orang lain yang sering mengeluarkan statement orang yang bertudung labuh itu kolot dan sebagainya.
Saya sangat impressed. Alhamdulillah, itu merupakan satu semangat kepada saya untuk terus berusaha mencari cinta Ilahi. Saya nak! Saya nak jadi yang terbaik di sisi Dia, bukan terbaik di mata manusia tapi terbaik dalam pandangan Allah.
Saya bertekad. Saya nak jadi baik. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. Saya nak jadi insan yang mulia di sisi Allah. Saya nak jadi wanita yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. Yang penting, SAYA NAK BERUBAH.
Yang ikhlas,
E


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...