::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, December 01, 2011

:: eNtRy BeRuNSuR JeLeS ::

Sumpah jeles!

Seperti yang kita sedia maklum, Zahiril Adzim dan Syeira Ayob telah selamat di ijabkabulkan pada 20 November 2011 @ 20-11-2011.

Korang pernah bace x novel*novel kan?* dye yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan.

Pergh, *tabikspring*

Memang terbaik la. Ayat sempoi, maksud mendalam.

Bile wedding dye, boleh plak dye g wat puisi untuk hunny dye. *tabiksprrrrrrrrring*. Syeira Ayob kompem2 tido dalam senyuman malam tu kan sebab dapat hubby macam ZA tu..

Ayat-ayat cinta di bawah merupakan puisi daripada Zahiril Adzim untuk Syeira Ayob :


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”


:: mesti perempuan2 yang dah bace entry ni tengah tutup mata kan? membayangkan pakwe korang buat cmni kan? ::

(^_^)\/



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...