::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, November 13, 2011

:: TaHNiaH, PaHLaWaN MeRaH ParT 2 ::

Assalamulaikum w.b.t readers!

Semalam telah berlangsungnya Piala Agung di mana Kelantan akan menentang Perlis.

Dan macam biasa, aku hanya mengetahui tentangnya setelah buka facebook. Jadi sape yang cakap facebook bawa keburukan?

Berikut merupakan keputusan Full Time Piala Agung 2011 

Piala Agung 2011
FULL TIME : Kelantan (3) vs Perlis (2)


Antara penjaring gol semalam.



Minit 34 - Mohd Muhaimin~Perlis

Minit 51 - Rosairi Asrol~Kel

Minit 67(P) - Wan Rohaimi~Kel

Minit 87 - Mohd Ikmal~Perlis

Minit 92-Ramzul Zahini~Kelantan

Pakwe saya ada yea.

Yang mane?

Opkos la Mr Ramzul. Perasan x saya?


(^,~)


Kesebelasan utama Pasukan Kelantan

Shahrizan Ismail (GK),

Nik Shahrul Azim, 

Mohd Sani Nawi, 

Wan Rohaimi Wan Ismail (C), 

Tuan Norhafizie, 

Rosairil Asrol, 

Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), 

Hafizi Awang (Noriman), 

Hamizi Harun, 

Mohd Aris Zaidi, 

Ramzul Zahini Adenan.




Pemain terbaik perlawanan, Aris Zaidi.

Tahukah kamu bahawa Aris Zaidi pernah juga di nobatkan pemain terbaik ketika memenangi Piala Emas Raja2?



 Juara Piala Agung 2011



Turun selaku tuan rumah, pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan tidak menghampakan penyokong yang hadir apabila menggondol gelaran Juara Piala Agong menumpaskan Perlis, 3-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Perlis yang menguasai perlawanan pada babak pertama terlebih dahulu membuka tirai perlawanan apabila penyerang mereka, Mohd Muhaimim bijak menyempurnakan peluang yang terhidang untuk meletakkan Perlis di depan, pada minit ke-34. Kelantan yang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan seolah-olah hilang punca apabila Perlis berjaya menyerap setiap asakan yang dilancarkan oleh pasukan tuan rumah. Kedudukan separuh masa pertama, kekal dengan Kelantan ketinggaln 0-1.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Kelantan mula memperkemas corak permainan dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu pasukan pelawat. Gol penyamaan yang dicari akhirnya muncul apabila gerakan Norshahrul Hawari dan Aris Zaidi berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Rosairil Asrol pada minit ke-51. Gol penyamaan Kelantan itu sekaligus menyuntik semangat pemain untuk mencari gol kemenangan.

Aris Zaidi sekali lagi bertindak cemerlang apabila larian lincah penyerang itu memaksa pertahanan lawan menjatuhkan beliau di dalam kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Kelantan. Ketua pasukan, Wan Rohaimi Wan Ismail ternyata tidak mensia-siakan peluang apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti, menewaskan Izwan di gawang gol Perlis.

Kelantan yang mendahului 2-1 dilihat mengendurkan asakan ke kubu pelawat, dan sedikit kelekaan pada minit-minit akhir perlawanan ternyata menghukum pasukan Kelantan apabila Perlis berjaya menyamakan kedudukan, 2-2 pada minit ke-87 menerusi Mohd Ikmal.





:: Ramzul Zahini Adenan ::


Tersentak dengan jaringan penyamaan Perlis, pasukan Kelantan terus menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan. Dan akhirnya, penyerang skuad Liga Super Kelantan, Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menerusi satu tandukan cantik mengelirukan penjaga gol Perlis. Tamat perlawanan, Kelantan menang 3-2 sekaligus menjulang Piala Agong 2011.


ayat-ayat cinta beserta gambar di atas di creditkan kepada : J Photography dan Wawan Faiz

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...