::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, November 10, 2011

:: tHe ReD WaRRioRs Vs KeLaNTaN PiaLa eMaS RaJa-RaJa ::

aku tak tahu nak taruk name apa untuk skuad piala emas, so bg name tu jela. okeyh je kan?

Assalamualaikum w.b.t.

tahukah anda telah berlangsungnya game di antara The Red Warriors menentang skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan?

xtahu?

aku pun x tahu.

pagi ni bangun dengan semangat nak update pasal Malaysia vs Thailand, tp bile buka fb, tgk pulak page kekanda Wawan Faiz, terus lupa pasal game Malaysia tu. Xpela, next update will be about Malaysia yaw..!~

skuad The Red Warriors telah memenangi game tersebut.


Pasukan The Red Warriors mudah menumpaskan skuad Piala Emas Kelantan, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

The Red Warriors yang turun tanpa kelibat trio, Farhan, Azizi & Indra mendahului seawal minit ke-2 menerusi penyerang tempatan, Ramzul Zahini Adenan yang menewaskan Shahrizan Ismail di gawang gol skuad Piala Emas Kelantan. Pemain tengah, Khairul Izuan Rosli meletakkan The red Warriors selesa di depan selepas menjaringkan gol kedua pasukan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, skuad Piala Emas Kelantan cuba untuk memperkemaskan permainan namun gagal menemui jaringan. Sebaliknya, The Red Warriors menambah gol ketiga menerusi pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin pada minit ke-49 hasil gerakan cantik bersama Badri Radzi. Pada minit ke-51, penyerang import dari Ghana, Danny Antwi mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat pasukan The 
Red Warriors sekaligus memenangi perlawanan itu dengan jaringan 4-0.




Senarai Penjaring Gol :
  • Ramzul Zahini Adenan min-2
  • Khairul Izuan Rosli min-45
  • Daudsu Jamaluddin min-49
  • Danny Antwi min-51 *penalti







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...