::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, November 10, 2011

:: MaLaYSia Vs tHaiLanD ::

*semangat hitam kuning di aktifkan*


Anak buah Kim Swee tampil garang benam Thailand

HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.

Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas.
Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius.
“Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. “Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.

“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami.”

Saya tak sangka: Izzaq

Pada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand. 
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.


Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik pada minit ke-85.

“Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya,” kata Izzaq. 


Semalam, dengan penuh semangat men-duduk-kan diri di hadapan tv seawal jam 4.30. Semangat x? Harusla semangat kan? Negara aku.

Overall, aku sangat tabik spring dengan game semalam. Referee pon ok, pasukan Thailand pon ok. Tapikan korang perasan x pemain no 9 Thailand? semart kan? puas aku google image dye, tapi x dpt. xpela, kepada yang tengok bola semalam, mesti korang perasan dye an? kapten pasukan thailand. *หากคุณพบบทความนี้โปรดโทรหาฉันโดยเร็วที่สุด*

semangat beno ciap google translate segala bagai.

ok2, lupekan pasal no 9, aku dan no 9 memang x dpt di pisahkan.

tapi, jangan la plak korang salaah sangka pertemuan Malaysia dengan thailand akan same dengan gambar di bawah ini, kerana game semalam adalah fair n square game.


Malaaysia dapat banyak peluang semalam yang di cipta melalui Syahrul Azwari. Kalau dia x sia-siakan peluang semalam, dia berkemungkinan mencipta hatrik semalam. Pergh, hattrick kot. Kompem2, lepas ni boleh berdiri sama level ngan apek. *ok, gurau* Kenal ke deme dengan dia ni? Meh aku kenalkan. Dia ni merupakan pemain Harimau Muda A dan berusia 18 tahun, Berasal daripada TANAH MERAH, KELANTAN. Hamek kau, kan da semangat bebenau tu. Terperanjat jugak aku bila melihat profil beliau. Tapi, apa nak kata. Mungkin dia gugup sebab mewakili Malaysia kot! Aku umo 18, baru la start nak mewakili Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu. Semoga game akan datang, beliau akan mencipta jaringan beliau sendiri yerrr. Bangga kami orang Tanah Merah ni.



:: Syahrul Azwari ::

Malaysia sebenarnya mampu menjaringkan gol lebeyh banyak daripada semalam, tapi mungkin ketumpulan di bahagian hadapan. Bila berhadapan dengan gol, semua fail. Tapi apedehal, x semua manusia perfect kan? Mencuba itu adalah satu usaaha. Semoga, Ong Kim Swee bisa menajamkan bahagian hadapan Malaysia dan membentuk pasukan yang lebih mantap!






:: Malaysia berada di kedudukan teratas ::


Next match, Malaysia akan berhadapan dengan Kemboja.
Jangan lupe saksikan perlawanan ini!~




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...