::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, November 22, 2011

:: GARUDA DI PATAHKAN SAYAP, HARIMAU TERUS MENGAUM MEGAH ::




Malam ni boleh tengok muka2 bahagia, sebab Malaysia boleh mengalahkan Indonesia. *kepada Indonesia, kami mengeja nama negara dengan betul*. Kepuasan yang memang takdapat di gambarkan. Menang kepada negara yang memperkecilkan Malaysia. Yang menghina Malaysia, kepuasan itu memang x dapat di gambarkan dengan kata2. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas kemenangan malam ini. Tahniah buat pemain Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat di belakang tabir. Tahniah ini semestinya di utamakan untuk pemain Malaysia.

@Kahirul Fahmi Che Mat - Walaupun beribu cubaan serta helah dan tipuan yang di bawa ke depan gol, apek tetap mampu menangkis. Sememangnya Malaysia beruntung kerana memperolehi goalkeeper secekap apek. Terima kasih atas jasamu apek!

@Badrol Bakhtiar - Terima kasih kerana mnguatkan semangat untuk Malaysia. Walaupun bertalu-talu tackle dan fouls daripada pihak lawan, Bad mampu berdiri, demi Malaysia tercinta. Inilah semangat HarimauMalaya! Tidak lupa dengan jaringan penalti! Kelajuan bola Bad tidak mampu di tepis oleh penjaga gol. Tahniah Bad, dan sekalung terima kasih kerana mempertahankan pingat emas sukan sea.

@Syahrul Azwari - Terima Kasih kerana menghidupkan peluang Malaysia ke separuh akhir. Gol tunggal kamoo amat berharga.

@Fakri Shaarani - Aku tahu, malam ni banyak boo-an. Bukan daripada hendon, tapi from Malaysian. Korang x malu ke? Kita x semestinya akan senantiasa di atas. Kadang2 prestasi akan menurun. Mungkin juga banyak sangat tackle daripada hendon's player yang m,embuatkan dia x boleh nak concentrate sangat dengan permainan tadi. Malaysian, banggalah dengan apa yang kamoo ada, jangan mengutuk bangsa sendiri. Kalau bukan kita yang nak naikkan bangsa kita siapa lagi ea dak?

dan semua pemain yang bertungkus lumus. Setiap pemain. Setiap orang yang berada di belakang tabir. Kami Rakyat Malaysia bangga dengan kamoo!

ayat2 cinta daripada http://www.wawanfaiz.com/2011/11/sukan-sea-2011-harimau-malaya-musnahkan.html


Pasukan Malaysia, tampil cemerlang untuk menumpaskan pasukan Indonesia dalam penentuan penalti, di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, di Stadium Bung Karno, sebentar tadi. Terlebih dahulu, anak buah Ong Kim Swee turun dengan barisan tempang apabila kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Norsyahrul Azwari, Izzaq Faris Ramlan dan juga Wan Zaharul Nizam ekoran dari kecederaan.

Bermula separuh masa pertama, Indonesia bermula garang dan memperoleh gol awal menerusi jaringan pemain pertahanan, Gunawan pada minit ke-5 meletakkan Indonesia 1-0 dihadapan. Namun skuad muda negara, bangkit dari ketinggalan itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan kiri, Ashrarudin Putra pada minit ke-34, yang menewaskan Kurnia Megaherwan di gawang Indonesia.

Keputusan masa penuh 90 minit, Indonesia 1-1 Malaysia.

Keputusan seri dalam masa sebenar mengheret perlawanan ke masa tambahan. Aksi rancak saling menyerang kedua-dua pasukan cukup mencemaskan kedua-dua belah penyokong. Di masa tanmbahan, Indonesia berjaya mendapatkan gol hasil kelam kabut di depan gol Malaysia, namun dibatalkan kerana kedudukan "offside". Begitu juga dengan pasukan Malaysia yang berjaya meletakkan bola ke gawang Indonesia menerusi Zubir Azmi, namun juga dibatalkan kerana "offside". Kedukan seri 1-1 itu kekal sehingga memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di dalam penentuan sepakan penalti, Malaysia terlebih dahulu mendapat kelebihan apabila sepakan kedua pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang manakala sepakan Fandhi Otman pula menerjah jaring untuk meletakkan Malaysia di depan. Namun, Malaysia kembali tertekan apabila Ahmad Fakri Saarani gagal menewaskan penjaga gol Indonesia.

Mujur, di sepakan terakhir pasukan Indonesia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menepis sepakan pemain Indonesia sebelum ketua pasukan, Badrrol Baktiar menjaringkan penalti terakhir untuk kemenangan mutlak buat pasukan Malaysia. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lepas. Tahniah buat pasukan negara.


Gambar2 kemenangan.



:: Gol pertama Malaysia oleh Asrarudin ::


: Pemain meraikan gol Asra :: 


:: Malaysia menang dengan penalti, 4-3 ::



:: di saat kita bergembira, masih ada yang bersedih ::



:: penjaga gol indonesia terkedu ::


:: apek, kemas menangkap bola ::


:: Harimau Malaya mengaum! ::



Final Sea Game 2011 | Football | Penalty Kick


GOLD MEDAL : MALAYSIA

SILVER MEDAL : INDONESIA


Indonesia 1-1 MALAYSIA


-5' Gunawan (IND)


-33' Ashrarudin Putra (MAS)



Penalty Kick : Indonesia 3-4 MALAYSIA


-Mahali Jasuli


-Fandi Othman


-Fakri Saarani (missed penalty)


-Fadhli Shas


-Badrrol Baktiar (C)



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...