::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, November 27, 2011

:: uNTuK aWaK ::

Aku rindu ko.

Lagi.

Rasa macam semalam kite berjumpa. Semua kenangan terasa sesangat "segar".

Ko bomohkan aku ea? X payah bomohkan pon xpe, sebab aku masih di sini. Menanti sesuatu yang tidak pasti.

Walaupun aku sudah jelas akan kesudahan jalan cerita ini.


*sigh*

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, November 26, 2011

:: WoRDs oF ThE DaY ::

La Tahzan andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 25, 2011

:: SeNTaP ::

Semenjak dah tua, semua benda nak sentap. Orang muda cakap sikit pon da sentap, orang buat muka pun dah sentap, inikan plak kaloo orangyangkitesayang asyik nak cari gaduh jer memanjang.

Aku tahu aku x perfect pun, tapi aku tegur sebab aku sayang kat ko. Aku pernah rasa zaman muda, dan aku xnk ko jadi membabi buta. Tengok ko sekarang pun entah pape. Rasa hormat kat orang tua memang fail. Sukati ko la.

Susah nak tegur remaja zaman sekarang.

Kaloo di tegur, kite balik yang kena.

Cukupla aku rase. Lepas ni, jangan datang kat aku menangis airmata darah. Sebab time tu aku akan lempang ko.

Maafkan aku x dapat jadi yang terbaik untuk ko, sebab aku pun memang x baik.

Sekian, terima kasih.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, November 22, 2011

:: SuKa HaTi ::

panas dan seumpama dengannya.

kalu kalah, buat cara kalah.

kecian korang.


sile klik gambar di atas.


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: GARUDA DI PATAHKAN SAYAP, HARIMAU TERUS MENGAUM MEGAH ::




Malam ni boleh tengok muka2 bahagia, sebab Malaysia boleh mengalahkan Indonesia. *kepada Indonesia, kami mengeja nama negara dengan betul*. Kepuasan yang memang takdapat di gambarkan. Menang kepada negara yang memperkecilkan Malaysia. Yang menghina Malaysia, kepuasan itu memang x dapat di gambarkan dengan kata2. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas kemenangan malam ini. Tahniah buat pemain Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat di belakang tabir. Tahniah ini semestinya di utamakan untuk pemain Malaysia.

@Kahirul Fahmi Che Mat - Walaupun beribu cubaan serta helah dan tipuan yang di bawa ke depan gol, apek tetap mampu menangkis. Sememangnya Malaysia beruntung kerana memperolehi goalkeeper secekap apek. Terima kasih atas jasamu apek!

@Badrol Bakhtiar - Terima kasih kerana mnguatkan semangat untuk Malaysia. Walaupun bertalu-talu tackle dan fouls daripada pihak lawan, Bad mampu berdiri, demi Malaysia tercinta. Inilah semangat HarimauMalaya! Tidak lupa dengan jaringan penalti! Kelajuan bola Bad tidak mampu di tepis oleh penjaga gol. Tahniah Bad, dan sekalung terima kasih kerana mempertahankan pingat emas sukan sea.

@Syahrul Azwari - Terima Kasih kerana menghidupkan peluang Malaysia ke separuh akhir. Gol tunggal kamoo amat berharga.

@Fakri Shaarani - Aku tahu, malam ni banyak boo-an. Bukan daripada hendon, tapi from Malaysian. Korang x malu ke? Kita x semestinya akan senantiasa di atas. Kadang2 prestasi akan menurun. Mungkin juga banyak sangat tackle daripada hendon's player yang m,embuatkan dia x boleh nak concentrate sangat dengan permainan tadi. Malaysian, banggalah dengan apa yang kamoo ada, jangan mengutuk bangsa sendiri. Kalau bukan kita yang nak naikkan bangsa kita siapa lagi ea dak?

dan semua pemain yang bertungkus lumus. Setiap pemain. Setiap orang yang berada di belakang tabir. Kami Rakyat Malaysia bangga dengan kamoo!

ayat2 cinta daripada http://www.wawanfaiz.com/2011/11/sukan-sea-2011-harimau-malaya-musnahkan.html


Pasukan Malaysia, tampil cemerlang untuk menumpaskan pasukan Indonesia dalam penentuan penalti, di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, di Stadium Bung Karno, sebentar tadi. Terlebih dahulu, anak buah Ong Kim Swee turun dengan barisan tempang apabila kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Norsyahrul Azwari, Izzaq Faris Ramlan dan juga Wan Zaharul Nizam ekoran dari kecederaan.

Bermula separuh masa pertama, Indonesia bermula garang dan memperoleh gol awal menerusi jaringan pemain pertahanan, Gunawan pada minit ke-5 meletakkan Indonesia 1-0 dihadapan. Namun skuad muda negara, bangkit dari ketinggalan itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan kiri, Ashrarudin Putra pada minit ke-34, yang menewaskan Kurnia Megaherwan di gawang Indonesia.

Keputusan masa penuh 90 minit, Indonesia 1-1 Malaysia.

Keputusan seri dalam masa sebenar mengheret perlawanan ke masa tambahan. Aksi rancak saling menyerang kedua-dua pasukan cukup mencemaskan kedua-dua belah penyokong. Di masa tanmbahan, Indonesia berjaya mendapatkan gol hasil kelam kabut di depan gol Malaysia, namun dibatalkan kerana kedudukan "offside". Begitu juga dengan pasukan Malaysia yang berjaya meletakkan bola ke gawang Indonesia menerusi Zubir Azmi, namun juga dibatalkan kerana "offside". Kedukan seri 1-1 itu kekal sehingga memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di dalam penentuan sepakan penalti, Malaysia terlebih dahulu mendapat kelebihan apabila sepakan kedua pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang manakala sepakan Fandhi Otman pula menerjah jaring untuk meletakkan Malaysia di depan. Namun, Malaysia kembali tertekan apabila Ahmad Fakri Saarani gagal menewaskan penjaga gol Indonesia.

Mujur, di sepakan terakhir pasukan Indonesia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menepis sepakan pemain Indonesia sebelum ketua pasukan, Badrrol Baktiar menjaringkan penalti terakhir untuk kemenangan mutlak buat pasukan Malaysia. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lepas. Tahniah buat pasukan negara.


Gambar2 kemenangan.



:: Gol pertama Malaysia oleh Asrarudin ::


: Pemain meraikan gol Asra :: 


:: Malaysia menang dengan penalti, 4-3 ::



:: di saat kita bergembira, masih ada yang bersedih ::



:: penjaga gol indonesia terkedu ::


:: apek, kemas menangkap bola ::


:: Harimau Malaya mengaum! ::



Final Sea Game 2011 | Football | Penalty Kick


GOLD MEDAL : MALAYSIA

SILVER MEDAL : INDONESIA


Indonesia 1-1 MALAYSIA


-5' Gunawan (IND)


-33' Ashrarudin Putra (MAS)



Penalty Kick : Indonesia 3-4 MALAYSIA


-Mahali Jasuli


-Fandi Othman


-Fakri Saarani (missed penalty)


-Fadhli Shas


-Badrrol Baktiar (C)



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, November 20, 2011

:: 2408 ::


Sedang aku termenung, pandanganku tertangkap pada angka di atas. Aku tahu, ianya bukan sesuatu untuk di banggakan. Blogger lain lebih bnyak angkanya daripada aku.
Tapi angka ni mengingatkan aku kat "ko"

4 tahun dulu pada tarikh ni "ko" lamar aku kan?

Aku dah buang perasaan kat "ko". Cuma kadang2 teringat.

Sori terjiwang.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: KaHWiN ::

*entry ini di jangka akan menjadi sesangat poyo, so, kalau anda x bleyh nak layan, sile scroll ke bawah, sekian terima kasih*

Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada PakCik dan MakCik aku. Maafkan aku sebab x dapat hadir. Insyaallah aku akan pergi ke majlis untuk menyambut menantu. Semoga kalian berdua akan tabah dan berjaya mengharungi dugaan hidup ini sehingga ke akhir hayat.



Kahwin bukan perkara mudah kan?

Aku tahu, aku x pernah kawin, tapi pengalaman mengajar kita untuk lebih dewasa kan?

Nak kahwin memang bukan perkara mudah. Nak buat kad kawin. Nak prepare bajet untuk majlis lagi, baju kawin, nak kena bajet masa untuk persiapan n bla bla bla.

Aku bukan nak kawin lagi. Sebab makcik Norizan selalu ingat kan aku untuk ganti dlu barang kat rumah yang selalu aku pecahkan. Ok, sorry ma. Sila buat akaun, nanti bayar balik.

Macam mampu bayar je kan? *memangxmampu*

berbalik kepada topik utama, jika anda merupakan salah satu insan bertuah yang telah di datangkan seru oleh Yang Maha Kuasa, maka, anda haruslah persiapkan diri anda.

Kahwin, bukan untuk setahun dua, bukan jua untuk menutup status andartu, jauh sekali untuk menunjukkan anda ni gatal nak kawin. Kawin merupakan penyatuan dua jiwa. Di mana, kita sedia untuk menerima pasangan kita apa ada nya. Pada baik dan buruknya. Pada kelemahan, dan kelebihannya.

Biasala kan kalau pasangan bergaduh, berentam, berhempas pulas telinga kan? Tapi bukankah setiap pergaduhan itu lebih mngeratkan kita? Membuatkan kita lebih mngenali pasangan kita kan? Tapi janganla amalkan selalu ea dak? Boleh menjejaskan mentaliti pasangan.

Mignon McLaughlin pernah ber'quote'- A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

so, apa kata kepada pasangan tersebut sila amalkan quote di ats.

(^_^)


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: KaD KaHWiN ::

Aku ada view kad kawin Dira, ala yang kahwin dengan Helmi tu. Korang tengok x? Gempak kan? Bagi aku, yang dye paling gempak.




Aku suke. Dia g wedding dye naik moto Harley Davidson.

Sebentar kemudian, aku terpiki.

Kad kawin aku nanti...

Aku nak buat ala2 bola boleh x?

Noor Elliana Binti Ahmad Saidi VS Sile isikan tempat kosong

Pengadil : Pak Cik Saidi
              : Mak Cik Norizan

Tempat : Stadium Kg Belimbing.

Pemain Utama : Ahli Keluarga terdekat.

Pemain Simpana : Ahli keluarga terjauh.

Pahtu pic kat depan tu taruk la gambar aku pakai baju bola. Team apa? Harusla Red Warriors. Merah putih adalah tema. Buat plak pra-perkahwinan. Pergh, macam artis siot. Hahaha.


Tengok, da ada orang tiru.

*menyampah*

ohwellwhatever.

Tapi x same kan? Dia Manchester, aku Machangster. haha

Sekian, terima Kasih.


*malamnimalasnakhapdatepasalbolanantiakuhapdatelainkaliok*



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 18, 2011

GaRuDa Di BaHaM HaRiMaU :: PaRt 2


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersorak gembira ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia di bilik penginapannya, malam tadi. Turut bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan isteri Datin Seri Rubiah Abdul Samad.

EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.

“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.

Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan. 
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.
Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat. 

*sape yang maling sebenarnya? kepada hendon2 sekalian, tunggu turn sukan sea di Malaysia. Kami akan membalas segala "kebaikan" yang anda lakukan*

ayat2 cinta di atas di kreditkan kepada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/100_000penontongagal_ganyang_/Article

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, November 17, 2011

GaRuDa Di BaHaM HaRiMaU


aum aum aum roar roar roar!

semangat terlebyh sude,..~

ok2, minit ke 80 lagi aku dah piki tajuk berita utama di belog aku. Amacam? Gempak tak? Haaa, kuasa Tuhan tu lagi besar. Kan dah kena balik. Main kotor lagi! *terlebihemosi*
Ok, kalau yang selalu follow sukan sea kat hendon tu, tahulah kan ke-tidak-adil-an yang berlaku. MENYAMPAH. Bila ada game bola malam ni, sumpah. X expect Malaysia akan menang. Sebab ribu-an boo-an daripada hendo-an akan menerpa ke telinga pemain bola Malaysia. Tapi Alhamdulillah, jaringan tunggal Syahrul Azwari me-nidak-kan sume tanggapan aku. Ingat kah kamoo2 pada entri aku berkaitan Syahrul Azwari?




Time game hari tu, aku sendiri mendengar dan melihat segala kutukan kepada dia. Malam ni, dia dah buktikan. X kan setiap kali nak perfect kot? Buat robot la bai.. kan? Papepun, tahniah untuk Syahrul Azwari yang menjaringkan gol untuk Malaysia walaupun beliau baru sahaja berusia 18 tahun!



Suatu hari di padang rumput yg luas, seekor garuda bertemu anak harimau .... Tepat pada saat itu, tiba-tiba garuda berlari2 ketakutan di dlm dalam kandang lalu menyerabutkan seradung seraga serah berserah diserah diserahkan menyerah ... dan terkulai di mamah harimau muda.



*sangat-sangat puas hati malam ni*

info : 

Syahrul Azwari Berusia 18 TAHUN..
Memakai Jersi Bernombor 18
Dan Menjaringkan Gol KEMENANGAN MALAYSIA Pada Minit 18 !!!


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: BiG CoNgRaTeS ::

Assalamualaikum w.b.t.~

Hari ni dengan semangat aku bangun pepagi buta, semata2 nak folllow mak aku ke sekolah adik aku. Hari ni kan pengumuman result UPSR. Adik bongsu aku merangkap ustaz aku itu kan anak emas, so, keputusan nye sangat2 di nantikan. Ssebelum aku umum kan result dye, nak berceloteh la sikit pasal dye.

Pada peperiksaan 1, dia dapat 1A 4B. Gila terkejut. Sangat menurun. Lepastu, ada sorang cikgu ni cakap kat dye...

Cikgu : " Mule2 lagi dah teruk. Macam mane awak nak dapat 5A ni?"

*sila jangan salahkan cikgu itu, kerana dia sedang menaikkan semangat adik aku*

Adik aku pun kemain lagi sentap dengan statement cikgu tu. tapi mungkin kerana "terbakar" dengan kata2 cikgu itu, adik aku bangkit. Menyedari kesilapan dia. Start study bersungguh2.

Pada peperiksaan ke 2, aku lak yang terkejut besar. Adik aku cakap dia dapat 5A. Bayangkan daripada
1A ke 5 A. Terbaik la! Tapi cikgu yang sama tetap bersuara...

Cikgu : "Sekarang dapat 5A, nanti time UPSR, merosot.! "

Aku hanya menenangkan adik aku. Aku taw cikgu tu tak nak adik aku alpa dengan apa yang dia ada.

Peperiksaan ke 3, adik aku dapat 4A 1B. Failed BI. Time ni aku membebel. Yela, aku kan merangkap cikgu matematik n English adik aku. 1 yang aku x berkenan dengan adik aku ni, sangat2 malas bukak kamus. Asyik tanya aku jer. Bila dah kena sedas dua bebelan daripada aku, barulah dia start buka kamus.

Time trial UPSR, Alhamdulillah, dia dapat 5A.

Dan time UPSR pun, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dia dapat 5A.



 Kat sekolah dia, cuma 4 orang lelaki je yang dapat 5A, the rest sume perempuan.

Aku bersyukur sangat2. Akhirnya, adik aku dapat bagi hadiah yang aku x dapat bagi kat ma dan abah.

Airmata kegembiraan lahir daripada mata ma dan abah.

Bangga sangat dengan kamoo, adik. X sia2 kan telinga adik jadi merah?
(^_^)


Antara gamba yang sempat gua candid. Tapi x banyak la, sebab aku nak rush balik machang balik. Pergi semata2 nak taw result adik aku jer. Kelas kol 12, pukul 11.38 aku otw balik machang. Terbaik kan? Nasib baik sempat smpai on-time.


:: muka kegembiraan mak cik norizan setelah tahu anak dia mendapat 5A ::
Mak cik norizan bertudung merah, dan anaknya adalah pengawas berbaju biru



:: Pengumuman result ::


:: muka mnggelabah ketakutan ::


:: My Lil Bro ::


:: kesedihan yang tak dapat di bendung ::

Kepada adik2, kejarilah cita-cita anda. 

Hargailah pengorbanan ibubapa anda.

Bukan mudah bagi mereka untuk membesarkan kamu.

Bahagiakanlah mereka seperti mereka membahagiakan kamu. 

(^_^)




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, November 15, 2011

:: BiaRKaN GaMBaR BeRBiCaRa ::


::sila klik gambar::



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, November 13, 2011

:: TaHNiaH, PaHLaWaN MeRaH ParT 2 ::

Assalamulaikum w.b.t readers!

Semalam telah berlangsungnya Piala Agung di mana Kelantan akan menentang Perlis.

Dan macam biasa, aku hanya mengetahui tentangnya setelah buka facebook. Jadi sape yang cakap facebook bawa keburukan?

Berikut merupakan keputusan Full Time Piala Agung 2011 

Piala Agung 2011
FULL TIME : Kelantan (3) vs Perlis (2)


Antara penjaring gol semalam.



Minit 34 - Mohd Muhaimin~Perlis

Minit 51 - Rosairi Asrol~Kel

Minit 67(P) - Wan Rohaimi~Kel

Minit 87 - Mohd Ikmal~Perlis

Minit 92-Ramzul Zahini~Kelantan

Pakwe saya ada yea.

Yang mane?

Opkos la Mr Ramzul. Perasan x saya?


(^,~)


Kesebelasan utama Pasukan Kelantan

Shahrizan Ismail (GK),

Nik Shahrul Azim, 

Mohd Sani Nawi, 

Wan Rohaimi Wan Ismail (C), 

Tuan Norhafizie, 

Rosairil Asrol, 

Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), 

Hafizi Awang (Noriman), 

Hamizi Harun, 

Mohd Aris Zaidi, 

Ramzul Zahini Adenan.




Pemain terbaik perlawanan, Aris Zaidi.

Tahukah kamu bahawa Aris Zaidi pernah juga di nobatkan pemain terbaik ketika memenangi Piala Emas Raja2?



 Juara Piala Agung 2011



Turun selaku tuan rumah, pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan tidak menghampakan penyokong yang hadir apabila menggondol gelaran Juara Piala Agong menumpaskan Perlis, 3-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Perlis yang menguasai perlawanan pada babak pertama terlebih dahulu membuka tirai perlawanan apabila penyerang mereka, Mohd Muhaimim bijak menyempurnakan peluang yang terhidang untuk meletakkan Perlis di depan, pada minit ke-34. Kelantan yang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan seolah-olah hilang punca apabila Perlis berjaya menyerap setiap asakan yang dilancarkan oleh pasukan tuan rumah. Kedudukan separuh masa pertama, kekal dengan Kelantan ketinggaln 0-1.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Kelantan mula memperkemas corak permainan dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu pasukan pelawat. Gol penyamaan yang dicari akhirnya muncul apabila gerakan Norshahrul Hawari dan Aris Zaidi berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Rosairil Asrol pada minit ke-51. Gol penyamaan Kelantan itu sekaligus menyuntik semangat pemain untuk mencari gol kemenangan.

Aris Zaidi sekali lagi bertindak cemerlang apabila larian lincah penyerang itu memaksa pertahanan lawan menjatuhkan beliau di dalam kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Kelantan. Ketua pasukan, Wan Rohaimi Wan Ismail ternyata tidak mensia-siakan peluang apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti, menewaskan Izwan di gawang gol Perlis.

Kelantan yang mendahului 2-1 dilihat mengendurkan asakan ke kubu pelawat, dan sedikit kelekaan pada minit-minit akhir perlawanan ternyata menghukum pasukan Kelantan apabila Perlis berjaya menyamakan kedudukan, 2-2 pada minit ke-87 menerusi Mohd Ikmal.





:: Ramzul Zahini Adenan ::


Tersentak dengan jaringan penyamaan Perlis, pasukan Kelantan terus menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan. Dan akhirnya, penyerang skuad Liga Super Kelantan, Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menerusi satu tandukan cantik mengelirukan penjaga gol Perlis. Tamat perlawanan, Kelantan menang 3-2 sekaligus menjulang Piala Agong 2011.


ayat-ayat cinta beserta gambar di atas di creditkan kepada : J Photography dan Wawan Faiz

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, November 12, 2011

:: TaHNiaH, PaHLaWaN MeRaH ::


Sultan Hargai TRW | Sinar Harian 12/11/11

"Atas sumbangan membawa kejayaan kepada bola sepak negeri, pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim, bekas jurulatih, B.Sathianathan dan empat pemain dipilih menerima anugerah pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-42 di Istana Balai Besar, hari ini".

BINTANG SERI MAHKOTA KELANTAN (S.M.K)
1) Azman Ibrahim
2) B.Sathianathan

PINGAT SETIA :
1) Badri Radzi
2) Norshahrul Idlan Talaha
3) Daudsu Jamaluddin
4) Rizal Fahmi Rosid

dear to all my love, congrates.
keep all the spirit up.
me will always be by your side.
cheer all of you up.
so, never feel alone.
cause no matter what, i will always be there.
(^,^)


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 11, 2011

:: RaSa YanG x aKaN MaTi ::

Lelaki boleh cakap

"aku dah lupakan dia"

tapi dalam hati lelaki itu x sape pun taw kan? benda tu betul ke salah ke.

Kenapa lelaki suka cakap tidak walaupun benda itu betul?

Kenapa lelaki harus senantiasa mempertahankan ego dia?

Kenapa perempuan x boleh sekeras hati lelaki?

Kenapa perempuan tak boleh berlagak biasa macam lelaki?

Aku jeles. Kenapa aku tak boleh berlagak biasa bila aku jumpa ko. Sedangkan ko boleh buat x taw bila jumpa aku. Aku keliru bila membe ko bagitahu aku, ko masih tunggu aku, sedangkan aku x nampak pun ko macam tunggu. Kenapa setiap aktiviti ko manjeleskan aku? Kenapa aku x boleh belagak cool macam kau? Siap boleh buat *dunno bila kita terserempak. X boleh ke sekali je ko buat menggelabah? Supaya aku tenang sikit je.

Semalam aku keluar dating, aku nampak ko. Automotik aku tutup muka aku. Macam biasa la, itu yang akan aku buat setiap kali kita terserempak kan? Ko pandang aku. Aku mintak maaf aku x leh pandang ko. Membe aku cakap ko tengok aku.

Aku dah lain kan? Dulu ko la cikgu fesyen aku, pantang aku pakai x kena taste ko, kompem2 ko membebel. Ko macam mak nenek kan? Suke membebel kat aku. Tapi aku x kisah. Aku suke. Sekarang xda orang nak tegur. Aku pun dah malas nk berfesyen segala bagai. Aku pakai ikut suka je.

Aku tengok ko pun dah kurus, ko x makan ke? Dulu ko selalu makan nasi aku kan? Tu sebab aku kurus bila dengan ko. Sekarang aku habiskan sendiri nasi aku. Ko kan x suke aku membazir.

Aku rindu kat ko.

Aku x leh nak harap lebih. Benda dah x sama macam kita mula-mula couple dulu. Sekarang aku paham kenapa ko selalu menidakkan apa yang aku nak dulu. Ko nk ajar aku kan? Terima kasih. Sekarang baru aku nak paham. Dulu aku marah ko. Jahat aku kan? Tapi bila aku tanya, ko jawab tak. Aku ni nakal je.

Dulu aku x paham lagi lumrah hidup, mungkin time tu aku x boleh paham ko lagi.

Bila aku dah paham, keadaan x mengizinkan.

Xpelah, aku redha. Sekurang-kurangnya aku ada bnyak kenangan manis antara kita untuk di kenang.



Tapi, aku nak mintak maaf sebab aku x mampu nak buang rasa cinta ini lagi.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, November 10, 2011

:: JaR oF HearTs ::

I know, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?



Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

And It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You're lookin' to get me back

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are? 

*ko ingat ko sape? *tsk**

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: MaLaYSia Vs tHaiLanD ::

*semangat hitam kuning di aktifkan*


Anak buah Kim Swee tampil garang benam Thailand

HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.

Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas.
Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius.
“Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. “Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.

“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami.”

Saya tak sangka: Izzaq

Pada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand. 
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.


Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik pada minit ke-85.

“Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya,” kata Izzaq. 


Semalam, dengan penuh semangat men-duduk-kan diri di hadapan tv seawal jam 4.30. Semangat x? Harusla semangat kan? Negara aku.

Overall, aku sangat tabik spring dengan game semalam. Referee pon ok, pasukan Thailand pon ok. Tapikan korang perasan x pemain no 9 Thailand? semart kan? puas aku google image dye, tapi x dpt. xpela, kepada yang tengok bola semalam, mesti korang perasan dye an? kapten pasukan thailand. *หากคุณพบบทความนี้โปรดโทรหาฉันโดยเร็วที่สุด*

semangat beno ciap google translate segala bagai.

ok2, lupekan pasal no 9, aku dan no 9 memang x dpt di pisahkan.

tapi, jangan la plak korang salaah sangka pertemuan Malaysia dengan thailand akan same dengan gambar di bawah ini, kerana game semalam adalah fair n square game.


Malaaysia dapat banyak peluang semalam yang di cipta melalui Syahrul Azwari. Kalau dia x sia-siakan peluang semalam, dia berkemungkinan mencipta hatrik semalam. Pergh, hattrick kot. Kompem2, lepas ni boleh berdiri sama level ngan apek. *ok, gurau* Kenal ke deme dengan dia ni? Meh aku kenalkan. Dia ni merupakan pemain Harimau Muda A dan berusia 18 tahun, Berasal daripada TANAH MERAH, KELANTAN. Hamek kau, kan da semangat bebenau tu. Terperanjat jugak aku bila melihat profil beliau. Tapi, apa nak kata. Mungkin dia gugup sebab mewakili Malaysia kot! Aku umo 18, baru la start nak mewakili Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu. Semoga game akan datang, beliau akan mencipta jaringan beliau sendiri yerrr. Bangga kami orang Tanah Merah ni.



:: Syahrul Azwari ::

Malaysia sebenarnya mampu menjaringkan gol lebeyh banyak daripada semalam, tapi mungkin ketumpulan di bahagian hadapan. Bila berhadapan dengan gol, semua fail. Tapi apedehal, x semua manusia perfect kan? Mencuba itu adalah satu usaaha. Semoga, Ong Kim Swee bisa menajamkan bahagian hadapan Malaysia dan membentuk pasukan yang lebih mantap!






:: Malaysia berada di kedudukan teratas ::


Next match, Malaysia akan berhadapan dengan Kemboja.
Jangan lupe saksikan perlawanan ini!~




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: tHe ReD WaRRioRs Vs KeLaNTaN PiaLa eMaS RaJa-RaJa ::

aku tak tahu nak taruk name apa untuk skuad piala emas, so bg name tu jela. okeyh je kan?

Assalamualaikum w.b.t.

tahukah anda telah berlangsungnya game di antara The Red Warriors menentang skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan?

xtahu?

aku pun x tahu.

pagi ni bangun dengan semangat nak update pasal Malaysia vs Thailand, tp bile buka fb, tgk pulak page kekanda Wawan Faiz, terus lupa pasal game Malaysia tu. Xpela, next update will be about Malaysia yaw..!~

skuad The Red Warriors telah memenangi game tersebut.


Pasukan The Red Warriors mudah menumpaskan skuad Piala Emas Kelantan, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

The Red Warriors yang turun tanpa kelibat trio, Farhan, Azizi & Indra mendahului seawal minit ke-2 menerusi penyerang tempatan, Ramzul Zahini Adenan yang menewaskan Shahrizan Ismail di gawang gol skuad Piala Emas Kelantan. Pemain tengah, Khairul Izuan Rosli meletakkan The red Warriors selesa di depan selepas menjaringkan gol kedua pasukan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, skuad Piala Emas Kelantan cuba untuk memperkemaskan permainan namun gagal menemui jaringan. Sebaliknya, The Red Warriors menambah gol ketiga menerusi pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin pada minit ke-49 hasil gerakan cantik bersama Badri Radzi. Pada minit ke-51, penyerang import dari Ghana, Danny Antwi mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat pasukan The 
Red Warriors sekaligus memenangi perlawanan itu dengan jaringan 4-0.




Senarai Penjaring Gol :
  • Ramzul Zahini Adenan min-2
  • Khairul Izuan Rosli min-45
  • Daudsu Jamaluddin min-49
  • Danny Antwi min-51 *penalti







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, November 05, 2011

:: CiNTa HaTi SaYa PaRt 2::

sayang saya da balik..

*hoorey*

bile dapat mesej dye pada 5 November 2011, 1836.

"sayang, saya da ada kat umah".

Tuhan je y tahu hepinyer...

sayang, esok kite dating ea?

(^,^)

*sayang saya itu adalah sahabt baik saya.
no misunderstanding yaww.~

 TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: CiNTa HaTi SaYa ::






:: credit to http://wawanfaiz.com ::
:: Sila klik gambar untuk lihat dengan lebeyh terang ::

:: credit to http://wawanfaiz.com ::
:: Sila klik gambar untuk lihat dengan lebeyh terang ::

berita ni da agak basi kalau x silap aku, al maklumla kan aku kheen jarang2 nak mengonline kan diri. Bz tido jer 25 jam. Sebab tu badan naik mendadak. Ok takde kaitan.

(^_~)

Suke sgt2 sebab 3 abdul tu nak balik kelantan balik. Sebenarnya memang suke dgn pertahanan azizi mat rose, kecekapan farhan, n kebotakkan indra. erh, Indra da x botak kan?

hahahahahaha~

Wutever la kan? Semoga dengan kehadiran diorang akan mengembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan.



:: credit to http://wawanfaiz.com ::

no 15 tu y terpenting... ngeee.... sebelum ni ada dengar rumours yang Mat Yo akan pindah ke negeri lain, agak sedih malam tu, trus amek bantal, n tido.. Lepas taw dye x jadi pindah n akan stay main ntuk Kelantan, terlonjak-lonjak gembira. 

hahahahaha~

<3 tahun depan boleh la g tgk bola lagi sebab Mat Yo ada.. <3

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 04, 2011

:: UiTM Di HaTiKu ::

cceewah, title memang x leh blah kan? ok2, akhirnya aku berjaya jugak menamatkan diploma aku..!~ *hooorey*



..  BApak r best kan boleh konvo ni walaupun kepenatan yang amaat sangat.

Sabtu - Beli tiket bus. untuk pengetahuan mak cik dan pak cik sekalian, aku x pernah beli tiket bus. Aku call mmbe aku a.k.a mak cik majidah, untuk bertanyakan ke mana arah harus aku turun, lantas dia menjawab, hentian putra, so aku bagitau la akak penjual tiket, nak turun kat hentian putra. Setelah selesai sesi bayar membayar, aku angkat kaki menuju ke kereta aku, aku tgk tiket, erh, apekehal akak ni bagi tempat turun lain ni, aku nak turun kat hentian putra, bukan dekat Kuala Lumpur. So, dengan marahnye, aku keluar dpd keta, n ckp dengan akak tu....


aku : "akak, saya nak turun kat hentian putra, bukan dekat Kuala Lumpur"

Akak penjual tiket dan sahabatnyer seraya mengggelakkan aku.. Ntuk seketika, aku hanya mampu buat muka blur. Melihatkan keadaan aku, pakcik y juga sahabat akak penjual tiket tu pun menerangkan kat aku dengan panjang lebarnya....

pakcik penjual tiket : "dik, Hentian Putra tu kat Kuala Lumpur la dik. Nanti dik naik bas nt, adik ckp kat pakcik drebar tu, nak turun kat Hentian putra ea?"

cait! Gile maloo... Tu la keburukan org x pernha naik bus. Aku hnya mampu menggariskan senyuman palsu sebelum berlalu pergi daripada makcik,pakcik n akak penjual tiket tu.


Selasa, 25 Oktober 2011- Bertolak daripada Tanah Merah, ok first time naik bus jauh2. Sebelum ni pon pernah naik bus jugak tapi dengan coursemate, so, x terasa sangat la ke-pening-an naik bas tu, tapi tup-tup bile naik berdua je dgn mmbe aku a.k.a mak cik atul, tetibe rasa nak muntah. Sampai kat machang je, trus kena kasi lena untuk memastikan tiada kejadian buruk berlaku. Dalam pukul 6 lebih, aku sampai la kat Kuala Lumpur a.k.a Hentian Putra. Sementara menunggu mmbe aku a.k.a makcik majidah tu sampai, aku lepak2 la kat Sunway Putra Mall. Gile bayang aku bile masuk kat sana. MAu tak gile, barang murah2 saje, nasib baik ptptn x masuk lagi, kaloo x memang 1 mall aku beli. Tapi, walaupun tanpa kehadiran ptptn, aku berjaya meng-grab 1 baju berharaga rm15. Murah kan? hehehe... Dalam pukul 8 lebih, makcik majidah call,..

makcik majidah : "werh, aku da smpai ni. Ko katne?"

aku : "werh, aku turun kat tepi2 hentian putra la. Aku x nmpak pon The Mall yang ko cakap tu. Aku ada kat Sunway Putra Mall ni. Ko taw x katne?"

makcik majidah y baru duk kat kl ni pon da start mengggelabah.

makcik majidah : "werh, Sunway Putra Mall tu kat mane? Ko trun kat Hentian Putra ke x werh?

apa macam? caring x sahabat aku? punye lah mnggelabah dye, takot aku sesat. Padahal Sunway Putra Mall =  The Mall. adoooyai.....

aku pun keluar daripada The Mall a.k.a Sunway Putra Mall untuk mencari makcik majidah. Melintasi jalan yang penuh dengan kenderaan. Lampu hijau aku berenti, n bile lampu nak merah baru la start nak jalan. Semua ini berlaku sebab terlalu gabra. selepas itu... 

aku : "ko kat mane? cube bg hint."

makcik majidah : "aku kat pokok kelapa ni, nampak x"?

mak cik atul pon bersuara ; "werh, tu pokok kelapa, Pokok kelapa y tipu ke?"

aku : " nampak, pokok kelapa tipu ke?"

makcik majidah : "erh, pokok kelapa y btol la."

aku : "haaa?"

setelah memusingkan kepala aku 360darjah, baru la aku ternampak pokok kelapa y asli.

aku : "haaa, dah nmpak."

setelah beberapa min berjalan, akhirnya aku jmpa gak r makcik Majidah. Kami meneruskan perjalanan ke rumah uncle dye. Setelah selesai makan2 dan berchatting sedikit bersama makcik Majidah dan Makcik atul, aku tido. Gile penat.

Rabu, 26 Oktober 2011 : Seawal 5 pagi lagi makcik Majidah dah bgun, memang terkejut beruk la aku. Time diploma dlu, memang x la kaloo dye nk bangun awal pagi kan? Kaloo kejut dye pun, 5 min, 5min. Makcik Majidah, sumpah aku rindu ko! Setelah ciap mandi n bla bla bla, kami bertiga berangkat daripada segambut seawal jam 7.30 pagi. Makcik Majidah takut sesat, sebab dye y drive hari ni. Aku pun memula gabra la jugak, takot x tersampai ke UiTM SHAH ALAM. Tapi Alhamdulillah la, sebab kami smpai lebih awal daripada jangkaan. Nak taw kenapa? Sebab memule kami sesat, tapi tetibe jumpe pulak jalan nk g UiTM, bagus x makcik Majidah ni? heheheee....

Smpai je kat UiTM, kitorang mem-beratur-kan diri ntuk sesi mengambil jubah. Nasib baik makcik Majidah smpai awal, sebab barisan ntuk mengambil jubah adalah sepanjang ketinggian KLCC. *peribahasa*. Setelah selesai mng-test jubah n bersalam n berpeluk rindu dengan mmbe2 time diploma dlu, kitorang pon bersnap pic, Pre-Convo la konon2.





:: amacam, skema x kami? ::

macam2 lagi la peristiwa yang terjadi pada hari ni. termasuklah sesat di KL. 

Khamis, 27 Oktober 2011 - Hari Konvo aku!





:: picture of the day::
:: muke semak gile::


:: sayang saya:









:: my besties::
::makcik majidah, makcik fittina, saya, makcik shasha n makcik diha::







:: diploma saya::





:: hadiah daripada sayang saya::




:: bersama makcik Atul ::
:: Insyallah, akan grad degree bersama::


:: sayang sayang saya::
:: trimas kerana sanggup datang daripada jauh ::



:: kepada sahabat-sahabat diploma saya, kenangan bersama kamoo akan senantiasa berada di ingatan. Semoga kenangan ini akan terus memahatkan memori indah. Setiap pertemuan pastinyer ada perpisahan. Semoga hubungan yang terbina ini tak kan pernah putus! ::

ATTENTION

THANKS A LOT TO MR PHOTOGRAPHERS WHICH IS MY BROTHER

N NOT FORGOTTEN MR NIZMAN.

thanks for taking our pictures on our convocation day!





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...