::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, September 23, 2011

:: SeTaN MeRaH & PaHLaWaN MeRaH ::

punye la lame aku ambil mase ntuk menghapdate story pasal pahlawan merah vs bujang senang kan?
sebenarnya,  2,3,4,5 n 6 hari ni agak sibuk dengan study *tangan di dada, mata ke atas*, so, bile weekend ni jela sempat nak menaip.. 

aku amat berpuas hati dengan game kelantan mlm tu, in 14 minutes boleh masuk 4 gol. terbaek dop? tak menyesal aku balik rumah semata2 nk tengok game kelantan tu. Kalau nk g stadium tu, memang tak la kan memandangkan saya ni gadis melayu terakhir.*tangan di dada, mata ke atas*. tapi, suatu hari nanti aku akan menjejakkkan kaki jugak ke stadium tu untuk kali ke 2. kali ke 2?


 ok, sebelum ni aku da pernah ke stadium. waktu game antara Kelantan vs Selangor. 


Memang havoc la, sebab aku x ambik seat kat astana. pergh, memang "nakal" rupanya org kelantan ni. Aku tak pergi berseorangan la kan, memang nak mati la kalo g sensorang. 2 buah kereta jugak la haritu. Bodyguard atas bawah kiri kanan. di sebabkan itu la Pak Cik Saidi melepaskan aku untuk pergi ari tu kot. detik yang paling mengharukan bile 1 stadium buat ombak. Terbaek kot hari tu. Tapi y dok kat astana x di kira la. Bila dah masuk gol, semua menjerit. Time tu la aku rasa gegendang telinga aku nak hampir pecah. Tapi memang x rugi la pergi malam tu walaupun Kelantan hya seri 1-1 kepada Selangor.

Berbalik kepada tajuk asal kayh, dah bnyak sangat melalut ni.

Sepanjang 80 min permainan, aku salute dengan keeper dan defend Bujang Senang, gile power. Boleh di katakan kebal la kan keeper Sarawak tu sebab selama 80 min dye menidakkan setiap hantaran2 kemas daripada pemain Kelantan. Mat Cah a.k.a keeper Kelantan memang boleh tidor la sebab hanya ada beberapa hantaran sahaja ke pintu gol Kelantan. 

Setelah beriban2 cubaan di lakukan ke pintu gol Sarawak, akhirnya, Mat Yo a.k.a Shahrul Idlan berjaya merobek pintu gol Sarawak.


 Bile dah start masuk 1 gol, aku rase kan konsentrasi keeper tu pun dah hilang dan menyebabkan Piya a.k.a Badri Radzi boleh meyumbatkan 1 gol lagi pada min ke 89 di ikuti jaringan Danial pada minit ke 90 dan di akhiri dengan Piya lagi sekali pada minit ke 92.

Kelantan 4 - 0 Sarawak.

sumpah, puas hati gila game malam tu.

selepas game pahlawan merah vs bujang senang tu adalah game setan merah a.k.a Red Devils a.k.a Manchester United vs Chelsea.

tapi yang game ni aku x berapa concentrate sangat la kan memandangkan happy terlajak kerana Kelantan menang malam tu. Tapi, manchester united punyer game season ni memang terbaik kot.

Man Utd 3 - 1 Chelsea

Game yang aku tggu2 sesangat adalah antara Man utd vs Man City. Yela kan, Man City yang kaya tu dah beli banyak sangat pemain terbaik, termasuklah Nasri daripada Arsenal sehingga menyebabkan Arsenal jatuh merudum season ni. Tapi, kaya2 pom seri jugak dengan Fulham. Baik jadi Man Utd je, 24 jam mngutuk pemaen Chelsea sebab guna Kuda Tua. Alahai Alex Ferguson.

Tapi kan, sukati ko la Alex Ferguson, asal kan prestasi Man Utd x merudum macam Arsenal. iye dak?

 (^,^)


Next game Piala Malaysia adalah seperti berikut.



semoga pahlawan merah akan terus berjuang untuk memastikan Kejuaraan Hattrick buat Kelantan..

*peace yawwww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...