::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Sunday, September 18, 2011

:: CuLTuRe sHoCk ::

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera u olsss!


Biasanya kita akan mengalami kejutan budaya atau secara saintifiknya culture shock apabila seseorang yang berada di pendalaman berhijrah ke kawasan yang membangun, tapi apa yang terjadi kali ni adalah vice versa atau bahasa kunonya sebaliknya.

minggu lepas, bersamaan dengan 11 september 2011, saya bersama dengan sahabat saya mendaftarkan diri ke UiTM MACHANG. Seperti yang kita sedia maklum, machang ni x la membangun sangat jika di bandingkan dengan Kota Bharu, tapi apadehal.. Kite datang ntuk setadi, iye dak? Bukan untuk mengenal bangunan. 

* Kali ni aku tekad untuk duduk di umah sewa, nk berdikari kononyer..*

*tapi x sampai 3 hari dah cari kereta sewa, nk balik umah*

di sebabkan aku tinggal di umah sewa, jadi aktiviti utama adalah menghadap tv. daripada luar umah, ber"ia" la menggantung piring astro, kat dalam tu, decoder pon xdop.. *hampeh*

so, jadi la budak baik, pukul 8, semua menghadap berita..

bila weekend, aku balik umah.. *itu perkara wajib*

bila aku kembali ke umah sewa pada sabtu malam, bapak terkejut...
*bukan bapak saya yang terkejut*

sebab?

bebudak kelas aku dah bukak buku.. dah men"stadi"kan diri..

*culture shock*

OMG....

ada 1 cerita, ini berkaitan kelas pada waktu pagi, iaitu pukul 8. time diploma dulu, memang haram kejadah la kalau nak masuk kelas sharp on time. Paling awal pon pukul 8.15.. tapi bila melanjutkan pengajian ke peringkat degree ni bajet nak masuk awal la, yela , mula2 kena tunjuk perangai yang elok. *tangan di dada, mata ke atas*. Bila ke kelas pagi tadi, haku terkejut.. sebab? minggu lepas aku masuk kelas pada pukul 7.50 pagi, paling awal aku rase tu.. tapi bile je aku bukak pintu, dah penuh satu kelas.. pergh, terbaik kan? so, pada pagi tadi, aku bertolak seawal mungkin dan sampai ke kelas pada pukul 7.40pagi, dan bila aku bukak pintu tu, dah hampir separuh kelas di penuhi dengan pelajar2.. 

*culture shock lagi*

pengajaran yang boleh kita ambil ialah, jangan se kelas dengan bebudak matrik jika anda se kepala dengan sayaa...

*gurau je okeyh*

tapi okey jugak kan sekelas dan serumah dengan bebudak matrik ni, sekurang2nya ada harapan aku nk menamatkan ijazah dengan mendapat ijazah pertama *tangan di dada, mata ke atas*, dan juga naib canselor*tinggi sungguh cita2 aku* sekiranya aku juga meniru tabiat mereka..

(^,^)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...