::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Tuesday, August 02, 2011

:: RaMaDHaN YanG TiDaK SaMa ::

Alhamdulillah, kerana akhirnya bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun. Bersyukur sebab masih di panjangkan umur untuk menjalani ibdah puasa ni. Tapi, Ramadhan kali ni tak kan sama lagi seperti tahun2 sebelumnya..

1. Dulu, tiap2 petang mesti riuh kat dapur. Sebab, sibuk menyiapkan menu untuk berbuka. Biasanya, pagi tu adik beradik aku akan submit menu apa yang diorang nak. Dan pada petang tu kalut la semuanya nak menyiapkan juadah berbuka tu. Memang havoc la satu dapur, tapi kenangan itu indah. Sekarang, dah x buat macam tu lagi. Beli kat bazar jer. Sebab semua orang sibuk, mak aku pula asyik tak sihat jer.

2. Dulu, time nak berbuka pun kecoh. Sebab berebut lauk pauk yang ada kat atas meja tu. Memang penuh 1 pinggan tu, tak nampak nasi pun. Pastu, bile dah berbuka, lauk pauk tu bukan habis di makan pun. Nafsu nak makan jer lebih. Tapi sekarang, dah tak berebut. Sebab leader sudah tiada. Leader tu adalah adik aku, biasanya time nak berbuka, habis lauk dia yang kaut, lepas tu 1 by 1 follow dia punyer habit. Sekarang bila dia dah xde, mula la terasa.

3. Dulu, kalau nak pergi bazar selalu suruh adik aku temankan. Sekarang sensorang jela menjelajah bazar Ramadhan tu.

4. Dulu, selalunyer membe2 aku ajak berbuka kat rumah sewa, sekarang semua dah jauh. Dah xde orang nak ajak aku berbuka puasa lagi dah. Aku rindu korang..!

5. Dulu time ada kelas, selalu mintak kelas batal. Sebab x larat. Sekarang bila duduk goyang kaki kat rumah, baru taw besh nye kalau time2 cenggini ada kelas.

Sekarang baru aku tahu makna hargailah masa ni. Sebab masa tu tak boleh nak berputar kembali....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...