::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, July 22, 2011

:: MaNuSia DaN PeRaNGai MeReKa ::

Manusia zaman sekarang, yang muda tidak lagi menghormati yang tua. sudah semakin kurang ajar, bile di tegur, memberontak. Akan kedengaran bunyi2 sumbang yang terbit. Yang tua x akan menegur kalau yang muda berkelakuan elok. Yang tua x akan marah kalau yang muda mendengar kata. Yang tua juga x akan menengking kalau perbuatan yang muda tidak keterlaluan.

Manusia zaman sekarang, sudah x kenal saudara sendiri untk tikam belakang, asalkan kepuasan hati dapat di capai, maka persetan dengan ikatan yang ada..

Manusia zaman sekarang, suka sangat mencari keburukan orang lain, seharusnya keburukan orang lain di tegur. Bukan di jadikan tajuk utama di dalam persidangan membuat ketupat.

Manusia zaman sekarang, pantang bila kite buat salah, terus tarik muka masam. Sedarlah, kita manusia, tak akan pernah sempurna. Jalan terbaik, tegur la. Sekurang2nya kamoo membantu mereka menyedari kesalahan mereka.

Manusia zaman sekarang, tak pernah memandang sesuatu perkara sebagai perkara positif, semua benda jadi negatif. Jadi mula timbul hasad dengki..



Manusia zaman sekarang, suka sangat pakai baju ala2 k-pop.. *aku pun suka jugak*

Manusia zaman sekarang, suka sangat cakap ala2 korean.. tak boleh cakap melayu? *aku pun suka cakap korean*

Manusia zaman sekarang, suka sangat dengan BAEK SEUNG JO... *yang tu my man ok*

*sejahat2 manusia adalah manusia yang tidak memaafkan orang lain apabila orang itu meminta maaf dengan seikhlas hati. Cubalah memaafkan dan cubalah meminta maaf, kerana hati kamu tidak akan pernah tenang selagi kamu tidak melaksanaknnya.

*Sebaik2 manusia adalah manusia yang memaafkan kesalahan seseorang itu sebelum orang itu meminta maaf..

(^,*)




2 comments:

  1. ladybird.deana : yeah, itulah manusia zaman sekarang.. kan yan..? =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...