::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Thursday, July 21, 2011

:: KePuaSaN SeBeNaR ::

Hajat yang sudah lama terpendam dalam hati aku...

1 : Bila aku jumpa dengan ex aku, akan aku tersenyum seikhlas mungkin supaya diorang taw tiada lagi dendam, tiada lagi cinta, tiada lagi persaan, yang tinggal cuma kenangan.. Dan aku berjaya melakukannya.. Serius, aku terasa sangat tenang. Petang semalam aku terserempak dengan MFR, dan tiada lagi gabra dan gelabah dan seumpama dengannya, tetibe mulut aku menguntum senyum. Mungkin sudah terbit noktah untuk percintaan aku dan dia. Mungkin juga kisah percintaan kami TIDAK akan bersambung lagi. Kerana aku sudah berhenti berharap. Aku yakin Tuhan telah tetapkan jodoh aku dengan lelaki yang boleh membimbing aku ke jalanNya, yang bilamana aku menyinta lelaki itu, ianya akan menambahkan cinta aku kepadaNya..

2 : Lepas ni, aku nak jatuh cinta dengan bakal suami aku, means for the time being, i will not be in love. Bukan kerana aku sudah serik bercinta, tapi bila aku x bercinta, aku lebih menyintai family aku. aku lebih menghargai apa yang family aku dah lakukan untuk aku. Sebelum ni, haram la kalau aku nk fikir pasal family aku, kadang2 aku ni adalah perkara yang paling menyakitkan hati bagi family aku, tapi bagi family aku, aku tetap yang terbaik. Terima kasih sebab sudi memaafkan aku atas kesalahan BODOH yang pernah aku lakukan. Aku bersyukur sebab aku di lahirkan oleh mak aku, yang juga kawan terbaik aku. Yang sentiasa terima kekurangan dan kelebihan aku, yang terima 'kelaseran' mulut aku, ma, tq atas segalanya..

3 : Semoga aku dapat bahagiakan kedua2 ma n abah aku sebelum ma n abah menutup mata....

4 : Aku nak jadi wanita solehah..

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi hanya Tuhan yang menentukan. Aku bersyukur di atas segala pengalaman yang mengajar aku untuk lebih tabah untuk menghadapi hari2 esok. Insyallah, selagi ada iman di hati, aku x akan kembali menjadi ELLIANA yang dahulu. Sebab, aku bahagia menjadi ELLIANA yang sekarang....

amin......



5 comments:

  1. congtraz . move forward , all d bes yana :)

    ReplyDelete
  2. ladybird.deana: terima kasih...! doakan yana ye yan... :)

    si mata sepet : aku bersyukur sesangat dpt kawan cam kamoo!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...