::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, December 30, 2011

:: i aM TaKeN ::

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni 30 Disember 2011, ingin aku umumkan...


*I AM TAKEN*


by 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SILE GELAK BERAMAI-RAMAI..

Doakan saya berjaya semua..  GTG, nak dating ngan pakwe..
(^_~)\/



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, December 26, 2011

:: Terima Kenyataan ::

Orang cakap, kalau kita suke kat seseorang tu, jangan bagi dia nampak ea yang kite nak kat dye?

Setuju?

Tapikan kaloo orang dah x nk, kite buat2 nak kat dia pon, die tetap x nk juga kan?
*apaakumelalutni*

Kadang2, dalam hidup ni x semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita.

Allah S.W.T telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kite.

Aku pun xtaw sampai bile ayat ni akan menjadi ayat penenang aku.

Setiap ujian yang menimpa, itu bukan sahaja kerana Allah S.W.T ingin menguji keimanan kite, tapi itu juga menunjukkan bahawa Dia masih menyayangi kite.

Selagi ada Dia, ma, abah, along, kak chik, adik dan membe2 aku. Insyallah, aku akan cube. Melupakan benda yang bukan milik aku.

"Rusuk kiri tak kan tertukar"

"moga dia mampu membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya."


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, December 24, 2011

:: aDa aPa DeNGaN CiNTa ::

Assalamualaikum w.b.t...
Tajuk memang xleh blah kan? Sape nak muntah di silekan muntah terlebih dahulu...

Sebenarnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah buat kerja bodoh! EEi, benci perasaan ini taw x? Konon nak berlagak professional la segala bagai la kan? Sudahnyer, bile tido teringat jugak! *aish*

Ok, perasaan ni sudah hampir 2 tahun terbiar. X bole ke perasaan ni mati jer? Bia la orang lain plak yang ganti. Aish, hati. X ku mngerti apa yang hati mahu.

Sebenarnya, saya ni tetibe dah fren balik dengan "budak" tu kat fb. Memule, buat macam bese jela kan? Konon nak berlagak pro la kan? Last, memang pro pon, pro-sak ataupun lebih di kenali sebagai perosak. Haish, ingatkan bile dah 2 tahun far-far-away bole la aku lupekan "budak" itu. Aish, hati tolomla paham. Kekadang kan kesian dengan Mr N. Mr N? Ok, dye tu skandal aku. Macam hot kan nak ada skandal segala bagai. Dye tu skandal drpd zaman aku muda. Sekarang ni pun muda lagi. Cuma x berapa muda. Ada ke lelaki nak tggu 2 tahun lebih? Aku tak nak berlagak sebab aku pun x taw hati Mr N tu mcm mne. Lelaki. Susah beno nak di percayai. 

Ok, aku bukan nak cite pasal Mr N tapi pasal "budak" tu. Dah la selalu ber-im kat fb tu. Pastu kan memalam bile nak tido tu, start la teringat. 

"andainya telah di takdirkan bahawa dia bkn milikku maka Kau lepaskan la dia dpd hatiku...
sesungguhnya ak redha dgn ketentuanMu..."

Dulu, bile gaduh dengan dia. Doa ni la yang selalu aku mintak. Alhamdulillah, lepas tu kitorang putus. Memang bahagia la kan? Sebab hari2 terakhir bersama dia memang menyiksakan aku. Kaloo x gaduh sehari memang x sah. Phone aku plak memang dah nazak sebab setiap kaali gaduh, ku campaakkan phone tu. 

Aish, malas nak ingat!



"setiap apa yang terjadi, ada hikmahnyer. Allah S.W.T tidak akan menguji hamba-Nya yang tidak mampu. Jodoh pertemuan ajal maut, sume terletak di tanganNya. Aku hanya menadah tangan berdoa semoga urusan ku di permudahkan"

X dilupekan Saengil Chukal hamnida buat Kang Mu Gyul a.k.a Jang Geun Suk!










 * TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, December 19, 2011

:: PaGi TeRaKHiR ::

Hari ini 19 Disember 2011, bersamaan 23 Muharam 1433, berakhir la sudah kelas aku bagi sesi September 2011.



Kiranya pagi terakhir la untuk sem ni. Lepas ni kaloo bangun pagi pun, sebab nak semayang n untuk ke final.

Semacam besh jer sebab lepas ni dah x payah bangun pagi. Esok, aku ada dua test untuk paper MAT441 dan CSC415. Hari Rabu ada test untuk paper MAT422, dan selepas itu bermulalah setadi week aku. Sem ni agak gementar di sebabkan :

1) Jadi sangat2 pemalas.
2) Mood tido jer yang asyik datang memanjang, mood setadi jarang2 jer datang.
3) Ramai bebeno budop pandai dalam kelas aku sehingga kepandaian aku jarang dapat di lihat. ok, statement tu poyo.
4) X berapa nak fokus time kelas.

Aku harap sangat sem ni aku x kecewakan mak aku. Bila tengok budak bijak pandai setadi, pernah jugak aku terfikir, kan best kaloo aku serajin+sepandai+sekiut*erh ada kena mngena ke?* diorang. Kompem2 pakcik Saidi dan makcik Norizan x kan serabut dapat anak macam aku.


Tapi, demi makcik Norizan dan pakcik Saidi yang menjadi pujaan hati ini zamaan berzaman akan ku cuba sedaya upaya. Entri selepas ini akan berkurangan, dan kehidupan di Machangster akan di hapdate selepas 20 Januari 2011. Doakan kejayaaan aku yawww!








* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, December 15, 2011

:: Meng"QUOTE"kan DiRi ::

Sometimes, the girl who has always been there for everyone else, needs someone to be there for her.♥


Just because today is a terrible day doesn't mean tomorrow won't be the best day of your life... You just have to get there.


Sometimes to keep it together, you have to leave it alone.


Sometimes the walking away is better than standing there acting like it doesn't bother you.


If you want me, show me. If you need me, tell me. If you have me, show me off. If I'm worth it, fight for me.


Words don't have the power to hurt you. Unless the person who said them means a lot to you.


When you're gone, I can be happy. But seeing you again makes me realize you make me happier than anyone else in this world ever could.


When I was kid, I used to think that my heart was actually "♥" shaped.


Sometimes God pushes us to our limits. It's because He has greater faith in us than we have in ourselves.


I go into stalk mode when I like a guy.


Respect people’s feelings. Even if it doesn’t mean anything to you, it could mean everything to them.


I wish my summer vacation was as long as Phineas & Ferb's.


His smile. His eyes. His lips. His hair. His laugh. His hands. His smirk. His humor. His weird faces


It hurts to see u with someone else. But it hurts even more to know that I haven't been able to move on when u seem to be able to so easily.


I hate how you're ignoring my existence. But most of all I hate you for making me say I hate you, when in reality I'm just loving you more.


What hurts the most is that, even after all we've been through, you didn't even try to fight for me.


If he doesn’t see how special you are, then just forget him, cause trust me, someone else will.


Do your thing, I'll do mine, and lets pretend that we're just fine.







* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, December 14, 2011

:: BeRDaTiM ::

Rindu, rindu serindu rindu nyer...

Pergh, berlagu la plak kan? Sebenarnya, pada Sabtu yang lepas, aku pergi datim.. *hooray*.. Baru sebulan lebeyh x jumpa pakwe-pakwe, dah tebal Kamus Dewan dah rindunyer.

Dengan ini memperkenalkan dengan segala hormatnya, inilah pakwe saye...

.
.
.
.
.
jeng
jeng
jeng
.
.




Amacam?? tergoda x?

Sebab dah rindu super duper sangat, Sabtu lepas, aku bersama2 adik dan juga "kembar" pergi la ke SSM1V untuk menyaksikan Perlawanan Persahabatan di antara Kelantan menentang T-Team. Tahu x apakah itu SSM1V? Stadium Sultan Muhammad ke 1V. Bertolak dari machangster seawal 6.30. Bukan 6.30 pagi, tapi, 6.30 petang. So, di sebabkan jalan dari machang ke Kota Bharu adalah super duper comey, kami sampai pada pukul 7.30. Sesampai jer di sana, tengok barisan sepanjang KLCC. Dalam hati gelisah, takut, cuak dan seumpama dengannya. Bimbang kalau tiket dah habes.! Mwaaaa~ Tapi, Alhamdulillah, sebab tiket masih ada. Lepas dapat tiket terus masuk dalam stadium, x boleh lambat2, sebab lelaki kelate ni "nakal-nakal" orangnyer. Lepas dah "book" tempat yang kami biasa gunakan, kami memerhati sekeliling stadium. Sumpah rindu! Sebentar kemudian, keluar la jejaka2 tampan. mwa3! Tiada gambar yang di snap memandangkan mood leteyh sangat2 terasa.

Musim ni, saya ada 2 orang warriors! Norshahrul Idlan Talaha, dan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: NORFARHAN! ::

Sebelum ni pun memang minat gile-gile + super duper. Tapi, segala nya berubah tatkala dia ke T-TEAM. Tapi, apedehal, skrg dia dah kembali ke KELANTAN. *hooray*.

SELAMAT KEMBALI jua kepada Matjiji dan INDRA! 


Terasa seperti saat2 menjulang PIALA MALAYSIA 2010, cume kekurangan HAI-O dan AKMAL RIZAL. 

Tapi, game malam tu sememangnya SUPERB! Tapi 1st half tu x berapa best. Stadium tu sunyi meskipun  Penyokong The Red Warriors memenuhi stadium itu. So, lepas ni, game tu kasi hangat ckit oke?


Di saat lagu Kelantan berkumandang! oke, Kelantan di hatiku..


:: ini adalah twin DAUDSU, sebijik kan? ::

Tengok pic Daudsu, terhengat game malam itu. Kesian Daudsu. Di sebabkan hantaran yang di beri semuanya tinggi2, almaklumla pemain hemport kan tinggi2, maka, dia sering terlepas bola. Sabar ea Daudsu?


WARNA WARNI BOLA







sekian terima kasih!~



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Wednesday, December 07, 2011

:: WorLdLesS WeDNesDaY ::




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Monday, December 05, 2011

:: IMYSM ::





* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, December 01, 2011

:: eNtRy BeRuNSuR JeLeS ::

Sumpah jeles!

Seperti yang kita sedia maklum, Zahiril Adzim dan Syeira Ayob telah selamat di ijabkabulkan pada 20 November 2011 @ 20-11-2011.

Korang pernah bace x novel*novel kan?* dye yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan.

Pergh, *tabikspring*

Memang terbaik la. Ayat sempoi, maksud mendalam.

Bile wedding dye, boleh plak dye g wat puisi untuk hunny dye. *tabiksprrrrrrrrring*. Syeira Ayob kompem2 tido dalam senyuman malam tu kan sebab dapat hubby macam ZA tu..

Ayat-ayat cinta di bawah merupakan puisi daripada Zahiril Adzim untuk Syeira Ayob :


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”


:: mesti perempuan2 yang dah bace entry ni tengah tutup mata kan? membayangkan pakwe korang buat cmni kan? ::

(^_^)\/



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: aPa KeLasS HeNDoN ::

"apa kelas indonesia", itulah kata2 yang keluar daripada mulut Norshahrul Idlan Talaha yang memperoleh anugerah PEMAIN PALING BERNILAI @ SUPERMOKH dan PENYERANG TERBAIK. Sebelum keputusan di umumkan, aku pasti ramai yang mengjangkakan Khairul Fahmi Che Mat akan memperoleh anugerah Supermokh. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tau. *berpantunbebkoade*.

TAHNIAH Norshahrul Idlan Talaha!

Pagi ni, pagi bebuta lagi dapat mesej daripada membe aku yang bernama sabirah. Dia suruh aku beli metro, katanye dia, gmbar pakwe aku ada. Besar punyer. Dapat mesej, trus x lena nak sambung tido. Mandi, terus siap2. Berjalan dengan penuh semangat. Aku beli paper Metro. X tengok pun muke depan. Sebab, setiap kali aku beli paper, aku akan tengok yang belakang dulu. Kemain aih sengih memanjang tengok muka MatYo. Nah, terimalah gambar MatYO!


:: Semangat Bola ! ::


Antara kata2 hikmah daripada matyo :

"Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus". - Norshahrul Idlan Talaha.

ok, lepas ni saya x kan missed game kat kelantan.*kalooxdearalmelintang*

Sangat2 terharu dengan kata2 dia. Ni yang buat semangat berkobar2 nak p tengok game lagi ni. Heeeee~

(^_^)\/

Tapikan dalam kegembiraan tu, ada yang sedihnye. Setelah aku tersengih panjang, tetibe rase berapi tengok page depan. nak taw? Jom layan gambar.



: sdeyh an ? ::

Kecian aku dengan KFCM ni. Lepas 1, bukan 1, tapi 2 plak kisah yang mnyusul. Memule tu agak percaya la dengan setory mory ni, n kompem2 la aku kechiwa kan? Maw x kechiwa, org kelantan kot beb. Tak nak la orang kite sendiri bermasalah. Tapi lepas baca kenyataan yang di keluarkan sendiri oleh both sides, aku agak marah la. Kenapa harus ada orang yang buat cerita macam tu? Melibatkan maruah kot. Kesian Shida Harmi tu. 2 minggu lagi nak kahwin. Nasib baik dapat tunang memahami. 

Sabar jelah ea apek.

Kepada orang yang membikin setory mory tu, insaf2 la werh. 

"What goes around, will comes around"

Apa yang ko buat kat orang lain, akan datang balik kat ko. 

Tak payah nak sakit hati dengan orang lain. Bersyukur dengan apa yang kita ada? Bukankah ianya lebih baik? Jangan mengharap pada yang x sudi.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, November 27, 2011

:: uNTuK aWaK ::

Aku rindu ko.

Lagi.

Rasa macam semalam kite berjumpa. Semua kenangan terasa sesangat "segar".

Ko bomohkan aku ea? X payah bomohkan pon xpe, sebab aku masih di sini. Menanti sesuatu yang tidak pasti.

Walaupun aku sudah jelas akan kesudahan jalan cerita ini.


*sigh*

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Saturday, November 26, 2011

:: WoRDs oF ThE DaY ::

La Tahzan andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar.




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 25, 2011

:: SeNTaP ::

Semenjak dah tua, semua benda nak sentap. Orang muda cakap sikit pon da sentap, orang buat muka pun dah sentap, inikan plak kaloo orangyangkitesayang asyik nak cari gaduh jer memanjang.

Aku tahu aku x perfect pun, tapi aku tegur sebab aku sayang kat ko. Aku pernah rasa zaman muda, dan aku xnk ko jadi membabi buta. Tengok ko sekarang pun entah pape. Rasa hormat kat orang tua memang fail. Sukati ko la.

Susah nak tegur remaja zaman sekarang.

Kaloo di tegur, kite balik yang kena.

Cukupla aku rase. Lepas ni, jangan datang kat aku menangis airmata darah. Sebab time tu aku akan lempang ko.

Maafkan aku x dapat jadi yang terbaik untuk ko, sebab aku pun memang x baik.

Sekian, terima kasih.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, November 22, 2011

:: SuKa HaTi ::

panas dan seumpama dengannya.

kalu kalah, buat cara kalah.

kecian korang.


sile klik gambar di atas.


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: GARUDA DI PATAHKAN SAYAP, HARIMAU TERUS MENGAUM MEGAH ::




Malam ni boleh tengok muka2 bahagia, sebab Malaysia boleh mengalahkan Indonesia. *kepada Indonesia, kami mengeja nama negara dengan betul*. Kepuasan yang memang takdapat di gambarkan. Menang kepada negara yang memperkecilkan Malaysia. Yang menghina Malaysia, kepuasan itu memang x dapat di gambarkan dengan kata2. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas kemenangan malam ini. Tahniah buat pemain Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat di belakang tabir. Tahniah ini semestinya di utamakan untuk pemain Malaysia.

@Kahirul Fahmi Che Mat - Walaupun beribu cubaan serta helah dan tipuan yang di bawa ke depan gol, apek tetap mampu menangkis. Sememangnya Malaysia beruntung kerana memperolehi goalkeeper secekap apek. Terima kasih atas jasamu apek!

@Badrol Bakhtiar - Terima kasih kerana mnguatkan semangat untuk Malaysia. Walaupun bertalu-talu tackle dan fouls daripada pihak lawan, Bad mampu berdiri, demi Malaysia tercinta. Inilah semangat HarimauMalaya! Tidak lupa dengan jaringan penalti! Kelajuan bola Bad tidak mampu di tepis oleh penjaga gol. Tahniah Bad, dan sekalung terima kasih kerana mempertahankan pingat emas sukan sea.

@Syahrul Azwari - Terima Kasih kerana menghidupkan peluang Malaysia ke separuh akhir. Gol tunggal kamoo amat berharga.

@Fakri Shaarani - Aku tahu, malam ni banyak boo-an. Bukan daripada hendon, tapi from Malaysian. Korang x malu ke? Kita x semestinya akan senantiasa di atas. Kadang2 prestasi akan menurun. Mungkin juga banyak sangat tackle daripada hendon's player yang m,embuatkan dia x boleh nak concentrate sangat dengan permainan tadi. Malaysian, banggalah dengan apa yang kamoo ada, jangan mengutuk bangsa sendiri. Kalau bukan kita yang nak naikkan bangsa kita siapa lagi ea dak?

dan semua pemain yang bertungkus lumus. Setiap pemain. Setiap orang yang berada di belakang tabir. Kami Rakyat Malaysia bangga dengan kamoo!

ayat2 cinta daripada http://www.wawanfaiz.com/2011/11/sukan-sea-2011-harimau-malaya-musnahkan.html


Pasukan Malaysia, tampil cemerlang untuk menumpaskan pasukan Indonesia dalam penentuan penalti, di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, di Stadium Bung Karno, sebentar tadi. Terlebih dahulu, anak buah Ong Kim Swee turun dengan barisan tempang apabila kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Norsyahrul Azwari, Izzaq Faris Ramlan dan juga Wan Zaharul Nizam ekoran dari kecederaan.

Bermula separuh masa pertama, Indonesia bermula garang dan memperoleh gol awal menerusi jaringan pemain pertahanan, Gunawan pada minit ke-5 meletakkan Indonesia 1-0 dihadapan. Namun skuad muda negara, bangkit dari ketinggalan itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan kiri, Ashrarudin Putra pada minit ke-34, yang menewaskan Kurnia Megaherwan di gawang Indonesia.

Keputusan masa penuh 90 minit, Indonesia 1-1 Malaysia.

Keputusan seri dalam masa sebenar mengheret perlawanan ke masa tambahan. Aksi rancak saling menyerang kedua-dua pasukan cukup mencemaskan kedua-dua belah penyokong. Di masa tanmbahan, Indonesia berjaya mendapatkan gol hasil kelam kabut di depan gol Malaysia, namun dibatalkan kerana kedudukan "offside". Begitu juga dengan pasukan Malaysia yang berjaya meletakkan bola ke gawang Indonesia menerusi Zubir Azmi, namun juga dibatalkan kerana "offside". Kedukan seri 1-1 itu kekal sehingga memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di dalam penentuan sepakan penalti, Malaysia terlebih dahulu mendapat kelebihan apabila sepakan kedua pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang manakala sepakan Fandhi Otman pula menerjah jaring untuk meletakkan Malaysia di depan. Namun, Malaysia kembali tertekan apabila Ahmad Fakri Saarani gagal menewaskan penjaga gol Indonesia.

Mujur, di sepakan terakhir pasukan Indonesia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menepis sepakan pemain Indonesia sebelum ketua pasukan, Badrrol Baktiar menjaringkan penalti terakhir untuk kemenangan mutlak buat pasukan Malaysia. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lepas. Tahniah buat pasukan negara.


Gambar2 kemenangan.



:: Gol pertama Malaysia oleh Asrarudin ::


: Pemain meraikan gol Asra :: 


:: Malaysia menang dengan penalti, 4-3 ::



:: di saat kita bergembira, masih ada yang bersedih ::



:: penjaga gol indonesia terkedu ::


:: apek, kemas menangkap bola ::


:: Harimau Malaya mengaum! ::



Final Sea Game 2011 | Football | Penalty Kick


GOLD MEDAL : MALAYSIA

SILVER MEDAL : INDONESIA


Indonesia 1-1 MALAYSIA


-5' Gunawan (IND)


-33' Ashrarudin Putra (MAS)



Penalty Kick : Indonesia 3-4 MALAYSIA


-Mahali Jasuli


-Fandi Othman


-Fakri Saarani (missed penalty)


-Fadhli Shas


-Badrrol Baktiar (C)



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, November 20, 2011

:: 2408 ::


Sedang aku termenung, pandanganku tertangkap pada angka di atas. Aku tahu, ianya bukan sesuatu untuk di banggakan. Blogger lain lebih bnyak angkanya daripada aku.
Tapi angka ni mengingatkan aku kat "ko"

4 tahun dulu pada tarikh ni "ko" lamar aku kan?

Aku dah buang perasaan kat "ko". Cuma kadang2 teringat.

Sori terjiwang.



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: KaHWiN ::

*entry ini di jangka akan menjadi sesangat poyo, so, kalau anda x bleyh nak layan, sile scroll ke bawah, sekian terima kasih*

Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada PakCik dan MakCik aku. Maafkan aku sebab x dapat hadir. Insyaallah aku akan pergi ke majlis untuk menyambut menantu. Semoga kalian berdua akan tabah dan berjaya mengharungi dugaan hidup ini sehingga ke akhir hayat.



Kahwin bukan perkara mudah kan?

Aku tahu, aku x pernah kawin, tapi pengalaman mengajar kita untuk lebih dewasa kan?

Nak kahwin memang bukan perkara mudah. Nak buat kad kawin. Nak prepare bajet untuk majlis lagi, baju kawin, nak kena bajet masa untuk persiapan n bla bla bla.

Aku bukan nak kawin lagi. Sebab makcik Norizan selalu ingat kan aku untuk ganti dlu barang kat rumah yang selalu aku pecahkan. Ok, sorry ma. Sila buat akaun, nanti bayar balik.

Macam mampu bayar je kan? *memangxmampu*

berbalik kepada topik utama, jika anda merupakan salah satu insan bertuah yang telah di datangkan seru oleh Yang Maha Kuasa, maka, anda haruslah persiapkan diri anda.

Kahwin, bukan untuk setahun dua, bukan jua untuk menutup status andartu, jauh sekali untuk menunjukkan anda ni gatal nak kawin. Kawin merupakan penyatuan dua jiwa. Di mana, kita sedia untuk menerima pasangan kita apa ada nya. Pada baik dan buruknya. Pada kelemahan, dan kelebihannya.

Biasala kan kalau pasangan bergaduh, berentam, berhempas pulas telinga kan? Tapi bukankah setiap pergaduhan itu lebih mngeratkan kita? Membuatkan kita lebih mngenali pasangan kita kan? Tapi janganla amalkan selalu ea dak? Boleh menjejaskan mentaliti pasangan.

Mignon McLaughlin pernah ber'quote'- A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

so, apa kata kepada pasangan tersebut sila amalkan quote di ats.

(^_^)


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: KaD KaHWiN ::

Aku ada view kad kawin Dira, ala yang kahwin dengan Helmi tu. Korang tengok x? Gempak kan? Bagi aku, yang dye paling gempak.




Aku suke. Dia g wedding dye naik moto Harley Davidson.

Sebentar kemudian, aku terpiki.

Kad kawin aku nanti...

Aku nak buat ala2 bola boleh x?

Noor Elliana Binti Ahmad Saidi VS Sile isikan tempat kosong

Pengadil : Pak Cik Saidi
              : Mak Cik Norizan

Tempat : Stadium Kg Belimbing.

Pemain Utama : Ahli Keluarga terdekat.

Pemain Simpana : Ahli keluarga terjauh.

Pahtu pic kat depan tu taruk la gambar aku pakai baju bola. Team apa? Harusla Red Warriors. Merah putih adalah tema. Buat plak pra-perkahwinan. Pergh, macam artis siot. Hahaha.


Tengok, da ada orang tiru.

*menyampah*

ohwellwhatever.

Tapi x same kan? Dia Manchester, aku Machangster. haha

Sekian, terima Kasih.


*malamnimalasnakhapdatepasalbolanantiakuhapdatelainkaliok*



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Friday, November 18, 2011

GaRuDa Di BaHaM HaRiMaU :: PaRt 2


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersorak gembira ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia di bilik penginapannya, malam tadi. Turut bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan isteri Datin Seri Rubiah Abdul Samad.

EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.

“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.

Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan. 
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.
Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat. 

*sape yang maling sebenarnya? kepada hendon2 sekalian, tunggu turn sukan sea di Malaysia. Kami akan membalas segala "kebaikan" yang anda lakukan*

ayat2 cinta di atas di kreditkan kepada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/100_000penontongagal_ganyang_/Article

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Thursday, November 17, 2011

GaRuDa Di BaHaM HaRiMaU


aum aum aum roar roar roar!

semangat terlebyh sude,..~

ok2, minit ke 80 lagi aku dah piki tajuk berita utama di belog aku. Amacam? Gempak tak? Haaa, kuasa Tuhan tu lagi besar. Kan dah kena balik. Main kotor lagi! *terlebihemosi*
Ok, kalau yang selalu follow sukan sea kat hendon tu, tahulah kan ke-tidak-adil-an yang berlaku. MENYAMPAH. Bila ada game bola malam ni, sumpah. X expect Malaysia akan menang. Sebab ribu-an boo-an daripada hendo-an akan menerpa ke telinga pemain bola Malaysia. Tapi Alhamdulillah, jaringan tunggal Syahrul Azwari me-nidak-kan sume tanggapan aku. Ingat kah kamoo2 pada entri aku berkaitan Syahrul Azwari?




Time game hari tu, aku sendiri mendengar dan melihat segala kutukan kepada dia. Malam ni, dia dah buktikan. X kan setiap kali nak perfect kot? Buat robot la bai.. kan? Papepun, tahniah untuk Syahrul Azwari yang menjaringkan gol untuk Malaysia walaupun beliau baru sahaja berusia 18 tahun!



Suatu hari di padang rumput yg luas, seekor garuda bertemu anak harimau .... Tepat pada saat itu, tiba-tiba garuda berlari2 ketakutan di dlm dalam kandang lalu menyerabutkan seradung seraga serah berserah diserah diserahkan menyerah ... dan terkulai di mamah harimau muda.



*sangat-sangat puas hati malam ni*

info : 

Syahrul Azwari Berusia 18 TAHUN..
Memakai Jersi Bernombor 18
Dan Menjaringkan Gol KEMENANGAN MALAYSIA Pada Minit 18 !!!


* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

:: BiG CoNgRaTeS ::

Assalamualaikum w.b.t.~

Hari ni dengan semangat aku bangun pepagi buta, semata2 nak folllow mak aku ke sekolah adik aku. Hari ni kan pengumuman result UPSR. Adik bongsu aku merangkap ustaz aku itu kan anak emas, so, keputusan nye sangat2 di nantikan. Ssebelum aku umum kan result dye, nak berceloteh la sikit pasal dye.

Pada peperiksaan 1, dia dapat 1A 4B. Gila terkejut. Sangat menurun. Lepastu, ada sorang cikgu ni cakap kat dye...

Cikgu : " Mule2 lagi dah teruk. Macam mane awak nak dapat 5A ni?"

*sila jangan salahkan cikgu itu, kerana dia sedang menaikkan semangat adik aku*

Adik aku pun kemain lagi sentap dengan statement cikgu tu. tapi mungkin kerana "terbakar" dengan kata2 cikgu itu, adik aku bangkit. Menyedari kesilapan dia. Start study bersungguh2.

Pada peperiksaan ke 2, aku lak yang terkejut besar. Adik aku cakap dia dapat 5A. Bayangkan daripada
1A ke 5 A. Terbaik la! Tapi cikgu yang sama tetap bersuara...

Cikgu : "Sekarang dapat 5A, nanti time UPSR, merosot.! "

Aku hanya menenangkan adik aku. Aku taw cikgu tu tak nak adik aku alpa dengan apa yang dia ada.

Peperiksaan ke 3, adik aku dapat 4A 1B. Failed BI. Time ni aku membebel. Yela, aku kan merangkap cikgu matematik n English adik aku. 1 yang aku x berkenan dengan adik aku ni, sangat2 malas bukak kamus. Asyik tanya aku jer. Bila dah kena sedas dua bebelan daripada aku, barulah dia start buka kamus.

Time trial UPSR, Alhamdulillah, dia dapat 5A.

Dan time UPSR pun, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dia dapat 5A.



 Kat sekolah dia, cuma 4 orang lelaki je yang dapat 5A, the rest sume perempuan.

Aku bersyukur sangat2. Akhirnya, adik aku dapat bagi hadiah yang aku x dapat bagi kat ma dan abah.

Airmata kegembiraan lahir daripada mata ma dan abah.

Bangga sangat dengan kamoo, adik. X sia2 kan telinga adik jadi merah?
(^_^)


Antara gamba yang sempat gua candid. Tapi x banyak la, sebab aku nak rush balik machang balik. Pergi semata2 nak taw result adik aku jer. Kelas kol 12, pukul 11.38 aku otw balik machang. Terbaik kan? Nasib baik sempat smpai on-time.


:: muka kegembiraan mak cik norizan setelah tahu anak dia mendapat 5A ::
Mak cik norizan bertudung merah, dan anaknya adalah pengawas berbaju biru



:: Pengumuman result ::


:: muka mnggelabah ketakutan ::


:: My Lil Bro ::


:: kesedihan yang tak dapat di bendung ::

Kepada adik2, kejarilah cita-cita anda. 

Hargailah pengorbanan ibubapa anda.

Bukan mudah bagi mereka untuk membesarkan kamu.

Bahagiakanlah mereka seperti mereka membahagiakan kamu. 

(^_^)




* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Tuesday, November 15, 2011

:: BiaRKaN GaMBaR BeRBiCaRa ::


::sila klik gambar::



* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *

Sunday, November 13, 2011

:: TaHNiaH, PaHLaWaN MeRaH ParT 2 ::

Assalamulaikum w.b.t readers!

Semalam telah berlangsungnya Piala Agung di mana Kelantan akan menentang Perlis.

Dan macam biasa, aku hanya mengetahui tentangnya setelah buka facebook. Jadi sape yang cakap facebook bawa keburukan?

Berikut merupakan keputusan Full Time Piala Agung 2011 

Piala Agung 2011
FULL TIME : Kelantan (3) vs Perlis (2)


Antara penjaring gol semalam.



Minit 34 - Mohd Muhaimin~Perlis

Minit 51 - Rosairi Asrol~Kel

Minit 67(P) - Wan Rohaimi~Kel

Minit 87 - Mohd Ikmal~Perlis

Minit 92-Ramzul Zahini~Kelantan

Pakwe saya ada yea.

Yang mane?

Opkos la Mr Ramzul. Perasan x saya?


(^,~)


Kesebelasan utama Pasukan Kelantan

Shahrizan Ismail (GK),

Nik Shahrul Azim, 

Mohd Sani Nawi, 

Wan Rohaimi Wan Ismail (C), 

Tuan Norhafizie, 

Rosairil Asrol, 

Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), 

Hafizi Awang (Noriman), 

Hamizi Harun, 

Mohd Aris Zaidi, 

Ramzul Zahini Adenan.




Pemain terbaik perlawanan, Aris Zaidi.

Tahukah kamu bahawa Aris Zaidi pernah juga di nobatkan pemain terbaik ketika memenangi Piala Emas Raja2?



 Juara Piala Agung 2011



Turun selaku tuan rumah, pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan tidak menghampakan penyokong yang hadir apabila menggondol gelaran Juara Piala Agong menumpaskan Perlis, 3-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Perlis yang menguasai perlawanan pada babak pertama terlebih dahulu membuka tirai perlawanan apabila penyerang mereka, Mohd Muhaimim bijak menyempurnakan peluang yang terhidang untuk meletakkan Perlis di depan, pada minit ke-34. Kelantan yang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan seolah-olah hilang punca apabila Perlis berjaya menyerap setiap asakan yang dilancarkan oleh pasukan tuan rumah. Kedudukan separuh masa pertama, kekal dengan Kelantan ketinggaln 0-1.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Kelantan mula memperkemas corak permainan dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu pasukan pelawat. Gol penyamaan yang dicari akhirnya muncul apabila gerakan Norshahrul Hawari dan Aris Zaidi berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Rosairil Asrol pada minit ke-51. Gol penyamaan Kelantan itu sekaligus menyuntik semangat pemain untuk mencari gol kemenangan.

Aris Zaidi sekali lagi bertindak cemerlang apabila larian lincah penyerang itu memaksa pertahanan lawan menjatuhkan beliau di dalam kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Kelantan. Ketua pasukan, Wan Rohaimi Wan Ismail ternyata tidak mensia-siakan peluang apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti, menewaskan Izwan di gawang gol Perlis.

Kelantan yang mendahului 2-1 dilihat mengendurkan asakan ke kubu pelawat, dan sedikit kelekaan pada minit-minit akhir perlawanan ternyata menghukum pasukan Kelantan apabila Perlis berjaya menyamakan kedudukan, 2-2 pada minit ke-87 menerusi Mohd Ikmal.





:: Ramzul Zahini Adenan ::


Tersentak dengan jaringan penyamaan Perlis, pasukan Kelantan terus menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan. Dan akhirnya, penyerang skuad Liga Super Kelantan, Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menerusi satu tandukan cantik mengelirukan penjaga gol Perlis. Tamat perlawanan, Kelantan menang 3-2 sekaligus menjulang Piala Agong 2011.


ayat-ayat cinta beserta gambar di atas di creditkan kepada : J Photography dan Wawan Faiz

* TiMe KaSiH DauN KeLaDi, LaiN KaLi DaTanG LaGi *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...