::. Pengikut setia MisS FeRRaRi .::

Friday, March 12, 2010

:: Lelaki itu.. ::

Aku menulis entry ini di kala fikiranku hanya pada kenangan kita, mata ku terkenang kisah semalam, jantung ini terasa amat dekat denganmu. Untukmu MFR, ku karangkan kisah cinta kita. Mane mungkin aku dapat melupakan kau. Insan pertama yang membuat aku sedar apa itu cinta. Bukan sahaja cinta kepada kau, tapi jua cinta kepada Allah SWT dan juga kau buat aku sedar, bahawa keluarga harus di utama kan sebelum cinta. Kau selalu ingatkan aku tentang itu. Mungkin Allah SWT telah menetapkan tiada jodoh antara kita. Aku menerima segala suratan yang di takdirkan. Kita lebih bahagia bila berjauhan. Di situ aku belajar, cinta tak semestinya memiliki. Sekarang, aku hanya mampu melihat kau. Dari jauh. Cukuplah bagi aku. Bukan aku x rela akan perpisahan ini, tapi, mungkin hati ini masih milik kamu.

Takkan aku lupakan saat kau melamar aku menjadi kekasih hati kau-24 Ogos 2007. Kau bukan macam lelaki lain. Yang selalu manjakan aku. Bagi apa yang aku nak. Kau mengajar aku macam mane untuk memperoleh 1 benda. Mungkin sebab itu, aku menjadi sayang kat kau. Tapi, langit x selalunye indah kan? Aku akui, susah untuk aku setia. Dan, aku akui, aku curang bila aku bercinta dengan ko. Tapi, mungkin Tuhan nak tunjuk kat aku, hari tu ko terbuka mesej kawan ko. Kebetulan kawan ko tu, pakwe aku jugak. Kenapa banyak sangat kebetulan? Bile ko balik keje, ko call aku. Tanya aku, samada kredit telefon aku mencukupi. Aku bingung. Kenapa? Tibe2, aku dengar suara kau serak basah. Aku keliru. Aku ada buat salah ke? Ko ajak aku jumpa. Aku setuju. Bila kite berjumpa, ko terangkan segalanya. Maafkan aku,sayang. Ko suruh aku pilih samada ko atau kawan ko. Mesti ko gila kan? Ko xtaw betapa aku cintakan ko. Jadi, aku pilih ko. Walaupun kawan ko lebih smart daripada ko. First time, aku x pilih rupa. Bagi aku, ko lebih kacak. Mungkin gigi jongang ko tu dah memikat aku. Terima kasih sebab maafkan aku. Sejak hari tu, cinta ku cuma pada kau, selepas cinta kepada Allah SWT, dan keluarga aku. Entah kenapa, buat pertama kali dalam hidup aku, aku rasa cukuplah ko. Entah kenapa aku rasa, kau lah yang bakal membimbing aku dan anak-anakku. Terlalu jauh cita2 aku kan?


Tapi, aku tahu, ko terbeban kan dengan perangai aku? Membebel macam mak nenek, mengongkong mengalahkan mak ko, jeles x tentu pasal. Ko memang superb sebab dapat bertahan dengan aku selama tu. Terima kasih sesangat. Aku suke gaduh dengan ko, sebab time tu jer aku akan dapat perhatian ko. Aku tahu ko bz, dengan kerja ko, dengan bola sepak ko, dengan membe ko. Jadi, ko kena paham, aku bukan sengaja nak gaduh dengan ko. Act, aku nak memanje dengan ko. oke?

Bile aku start keje, ko la orang yang double bz kan? Aku balik, ko sibuk nak hantar aku balik. Bimbangkan aku la kononnya. Serius, aku sayang ko sangat2. Ko x penah lupa amek aku bila aku balik keje kan? Dan ko x penah lupe nasi kukus yang awesome+sedap gila tu. Balik umah, ko suh aku mandi,n bla bla bla.. Macam mak aku kan ko ni? Tapi x pe, sebab tu aku sayang sangat2 kat ko.

7 Oktober 2007 - Birthday aku. Thankz sebab bangle tu. Aku memang dah lama sesangat nak bangle tu. Bila aku bukak kotak tu, aku tengok ada bangle. Aku berteriak, menjerit dan memacam lagi. Thankz sesangat.Sampai sekarang pun aku pakai lagi bangle tu. 

Bila aku dah sambung study dekat Kota Bharu, kaloo boleh tiap2 jam ko nak call aku kan? First time kite berjauhan, walaupun xdelah jauh sangat. Dengan mak aku pun ko nak jeles kan? Ko kate aku hampir lupakan ko. Mungkin itu perasaan ko je. Biasalah, time aku kena "raging", agak bz la mggu tu. Ko menggelabah. Takut aku tinggalkan ko. Takkanla aku nak tinggalkan ko. Belum abes minggu "raging", ko dah nak datang amik aku kan? Ada gap 2 3 jam, kite g lepak kat KB Mall. Ko belikan aku kasut. Sebab kasut aku dah koyak. Walaupun kite jumpa 2 3 jam je, xpe. Terubat rindu aku kat ko. 

Dulu2, aku selalu kejut ko bangun pagi. Kiranya rutin harian aku la. Kaloo aku bangun lambat, dengan ko sekali bangun lambat. Lepastu, mesti ko lambat g keje kan? Malam2, kite gayut smpai tertido. Setahun kite macam tu. Bahagia sangat2. Bohongla kaloo kite x gadoo. ++ aku ni macam bebudak. Sabar je lah ko melayan kan? 

Tapi, kite x taw apa yang akan terjadi nanti. Tetibe hubungan kita macam renggang. Yela, aku dengan study, ko dengan keje ko. Tapi bukan itu yang merenggangkan hubungan kita. Perangai aku. Mungkin aku keterlaluan. 



Love is meant to be free, you cannot change its nature,
if there are people you love, allow them to be free beings,
Give, but don't expect,
Advise, but don't order.
Ask, but never demand.

Aku terima ayat kat atas. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Tuhan tidak menjadikan sesuatu peristiwa tanpa sebab.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...